Nuffnang Ads

Sunday, September 21, 2014

KUCING dan AUNI

Salam &  Hye,

Lama sangat tak update kan, dari Ramadhan membawak ke Syawal dan sampai dah habis syawal pun. InshaAllah, nanti aku akan buat satu entry letak gambar raya je. Senang, habis cerita...hehe. Nak gigih mengupdate pun, raya dah habis pun kan tapi gigih la kita meletak nanti, bukan apa pun, saja untuk kenang-kenangan raya.

Tadi bukak blog Gee, lama tak bukak. So, latest update dia ada cerita pasal kucing. Jadi aku pun dengki kan, nak cerita jugak pasal kucing. Haha.

NOTED:

1- aku BUKAN peminat kucing even tak suka pun sebab ada pengalaman kurang manis dengan makhluk berbulu dan tidak pernah dibiasakan dengan kucing pun.

2- Sekarang dan mampu pegang dan riba-riba kucing walau hanya kucing yang terpilih sahaja yakni yang ada dalam sangkat dekat PH.

3- Itu pun bukan semua daripada 11 ekor yang berkeliaran itu, yang tertentu sahaja.hehe

4- Hati tetap belum berkenan sepenuhnya pada makhluk berbulu ni, lagi prefer kura-kura, ikan dan yang sewaktu dengannya.

TAPI,

Kalau si Auni tu, tak tau la daripada mana dia warisi, tapi memang sangat suka kucing daripada kecik sampai sekarang. Pernah la dulu dia bela kucing, nama TOM or nama sebenarnya KUNTUM. Suka sangat dia dekat kucing dia tu, sebab dia tak pandai lagi nak jaga kucing masa tu, umur pun baru 4-5 tahun tak silap aku. Ktorang decide nak buang TOM. Kitorang plan nak hantar TOM dekat pasar. Auni mencarik kucing dia sampai ke demam-demam la budak kecik tu. Sedih sangat. Yang kitorang plak poyo poyo la carik kucing dia. Pastu ditakdirkan satu hari tu, kitaorang ternampak ada satu kucing mati dekat simpang nak masuk rumah. Gigih la Auni pergi tengok dengan abang dia and aku tak tau la kebetulan atau memang betul itu TOM..Memang sebijik! So, amik and tanamkan.Sedih la Auninya, tapi atleast dia tau ke mana kucing dia.

Sejak tu, dah tak bela kucing dah. Bela Ikan, kura-kura dan Arnab sekejap. Lagi pun, Abah resdung yang teruk.Haiwan berbulu ni aku kurang sket...huhu

Sampai sekarang, dekat PH ada 7 ekor kucing, aku pernah cerita dalam entry terdahulu..carikla yer..Tapi disebabkan, selalu sangat nampak and acah-acah berani dengan kucing tu..aku dah ok dengan diorang, dah boleh pegang and angkat-angkat tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Dengan syarat, kucing yang tujuh ekor tu je la. Yang lain, memang tak boleh. Kalo dekat kedai makan, aku sanggup ,makan sambil angkat kaki daripada makan tak tenang, sebab fikirkan takut tetiba kucing tu meleser ke, lompat naik ke..uishhhh seram!..

Kira ok la kan, dah ada improvement dah dalam hal ehwal kucing ni. *tepuknahusendiriduakali*

Gambar???

Tiada..sebab aku tak snap. Aku ni payah siket nak snap pakai handphone sendiri sebab kualitinya hazabedah sangat. Jadi aku selalu, pakai phone member pastu ko tolonglah whatsapp kat aku. Kalo kat rumah pun sama, curik handphone mama or abah.hihi..

Ok la. cukup untuk update kali ni.hehe..

Next updata ---- bila rajin kembali bertamu..haha



Bye *kenyitmatasket*




P/S: Bukan niat nak upload di mana-mana pun, untuk simpanan peribadi sahaja. Jangan bimbang, kalau memang kita tiada apa-apa.Tiada masaalah upload atau tidak.