Nuffnang Ads

Thursday, October 30, 2014

COSMO MEN at GUESS, One Utama

Salam & Hye,

Kita nak share gambar kita teman Syira pegi event Cosmo Men dekat OU on last 7th September. Syira menang slogan contest kalau tak silap la. So boleh bawak friends jumpa 10 Cosmo Men dekat Guess, OU. Ada ramai la consider 'Malaysia Hot Guy' la kot yang ada dekat event tu.



Should be by 12pm kita dah kat sana dah tapi sebab masing-masing ada hal itu dan ini. Zaid je yang sampai awal. Aku pulak, after drop Hasif dekat LRT Kelana Jaya, terus ke OU dengan Nadya, budak ni datang KL hantar Mok sebab cucu-cucu dia dah nak pergi UK sambung belajar(now dah pergi pun). Sampai sana orang dah beratur nak ambik goodie bag. Kita duk tepi je, dapatla belon diorang duk bagi-bagi jugak.

Then, the guys datang, aku kan tak reti sangat kalau retis-retis ni. Tengok je dari jauh, then Zaid offer nak tolong amikkan gambar.Terus laju je la ktorang tapi nak cari kekuatan pergi ke arah crowd and "nak amik gambar boleh?", hamboi kemain lama lagi aku rasa. Nampak Karl Shafek, terus hilang segan sebab suka tengok dia dalam Masterchef Selebriti. Nadya gigih nak amik gambar dengan Jibam Oh My English, katanya nak jeleskan students dia. They are friendly. Dengan Karl Shafek yang kelakar, dah la pinjam phone Zaid nak selfie dah phone sendiri cap ayam akan, tak reti nak guna frontcamera pastu tak reti selfie plak tu. Aduyai.. Sudahnya, Karl Shafek yang tolong pegang phone sebab tak malu mintak dia pegang..haha.Dia memang terror gila selfie, sempatla 2,3 keping. (-_-)".





Bila Syira sampai dia terus pergi jumpa PIC event tu, because she won untuk lunch/tea with all the Cosmo Men. Mungkin la rezeki kitaorang, ada tempat kosong tiga, terusla the lady tu ajak kitaorang skali. Ape lagi, terus on.After makan tu, ada la pesanan khidmat masyarakat from Cosmo Men about Stop Violence Against Woman. Yang tak tahan tu, siapa dah nama yang jadi Doktor dalam MISIKU KUZA tu, ha dialah, kemain panjang pesanan, dah macam ucapan dah.Aku suspect dia ni tak bagi mic ni kat dia, lagi tak behenti agaknya.


After that, Editor Cosmo datang kat ktorang borak-borak semua and tanya suka siapa. Terus laju jawab Sher, Chef 5 Rencah 5 Rasa tu. Dia panggil Sher, terus ktorang bergambar.Tinggi mak aih. Semua la tinggi, terasa sangat katik aku. Nasib baik pakai 2 inches shoe,kalau pakai flat tak tau la.





Habis je, aku terus blah. Sebab nak rushing flight Nadya balik terengganu pukul 5 petang, nak kene balik rumah dulu semua. Syira and Zaid stay lagi pergi Body Shop pulak untuk event yang sama.

Lambat gila kan update, haha. Actually, duk dalam draft je berkurun nak tunggu transfer gambar.

Ok. Bye.





P/S: Ada Mejar Dr. Faiz datang jugak.Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
Singgah beli buku Dari Ulu Yam ke Liverpool, such an amazing story.

Wednesday, October 29, 2014

#ChinguChallenge 2 - Resepi Mudah

Salam & Hye

Resepi??? 
pandai masak ke? Untuk tekak sendiri boleh la tapi jarang sangat aku masak sebenarnya. Jujur dan saksama jawapan. Tapi kalau mintak aku masak, inshaallah. Boleh masak kalau yang basic tu tapi jarang ke dapur. Bulan puasa rajin la jugak.Bukan ape sebab, dekat rumah sewa semua jenis macam ko nak makan, ko masak.Tak ada jadual. Since Nadya dah tak duduk dengan aku, so kalau setakat sorang tu memang tak gigih la nak masak.

Kadang-kadang masak juga. Pernah sekali tu rajin hari-hari bawak bekal. Lagi pun, hujung minggu selalunya makan dekat luar, balik kampung, balik PH dan ke mana-mana la. Alasan memang hebat kan, nak tutup kemalasan yang melanda. To be honest, antara adik-beradik aku lah yang paling tak ke dapur sekali. Mama cakap, kalau tinggalkan adik-adik dekat Hasif, lagi confident dari tinggalkan dekat aku sebab kalau dia lapar dia akan masak. Sebab aku akan ikut tekak sendiri, haha. Kalau aku ada kerja ke apa, makan bukan priority, akan setelkan semua dulu pastu baru, "eh, belum makan lagi la harini?". Kalau nak makan, kena bagitau. Then, aku akan bawak pergi makan kat luar ke, tapaukan lauk dan hanya masak nasi sahaja ke. Ape-ape aje.

Makanan berbentuk desert, western food atau kuih muih tradisional aku rajin. Lauk pauk leceh sket sebab tu aku boleh telan apa aja.

Tapi kalau memang Mama suruh masak, atau memang adik-adik mintak aku masak.Aku akan masak tapi inisiatif sendiri untuk start tu memang payah melainkan kalau jin memasak aku datang buat lawatan sekali sekala..hahaha.. *matikla kalau ada jejaka ketak-ketak baca post ni, jatuh saham* - *Takpe, diorang jaga makan, jaga perut takut boroi* Ini statement sedapkan hati..haha

Motif cerita panjang-panjang??? sebab malu dengan resepi, secoet sangat. Boleh google my resepi je kan semua kalau nak resepi elok sket.

TAPI...

bagi menyahut seruan chingu, aku share la satu resepi mudah Malas aku.

TELUR SOS TIRAM

2 biji telur (discramble dalam non stick pan)
1 biji bawang putih diketuk
2-3 bawang merah / setengah biji bawang holland
**ikut apa ada dekat dapur la,aku prefer bawang holland
Sos tiram
*sos-sos lain yang disekeliling..hehe
Air

Cara-cara:

- Tumis bawang sampai naik bau.
-Masukkan sos tiram secukupnya (2sudu kot)
-masukkan sedikit air, kacau secukupnya
-tambah black pepper sos sikit, apa-apa aja kalau suka
-Kacau, kalau pekat tambah air, pandai-pandaila
- tambah seasoning/garam/gula secukupnya
- Angkat dan tuangkan atas scrambled egg tadi

Bolehlah makan bersama nasi panas dan ikan kering berbulus yang rangup itu. :)
Silalah omit telur dengan ayam yang dipotong kecik-kecik supaya kelihatan lebih lauk dirumah,bukan lauk dalam hutan..hahahahahaha

5 minit, siap!

Ini sangat berguna kalau dihujung minggu ketika kemalasan melanda dan hanya ada telur dalam peti. Juga sangat afdhal dimakan bila lapar dah tahap harimau dan sahabat yang diajak keluar makan off data..hihihihihihi ;p *larikkkkkk*





P/S: Rindu nak berbaking, nanti kita buat chocolate chips cookies ok.

Tuesday, October 28, 2014

#chinguchallenge1 - SKIN CARE Routine

Salam & Hye

*mata kelip kelip*

focus pada hashtag semua orang,yeah! kemain kan hashtagnya. This topic was suggested by chingu Pqah so sebagai chingu yang bagus di kalangan chingus semua, marilah kita menggigihkan diri update juga walaupun ntah ape-ape.

Takpe, pelan-pelan. So, jemputlah mengetahui macam mana diriku yang serebeh-serabai-selekeh ini menjaga kebersihan dan kesihatan muka which tempat yang paling penting bagi semua orang kan.

SKIN CARE

Facial Foam/Pencuci Muka ni aku mula belajar pakai masa form 1 form 2 macam tu sebab duduk asrama kan, so bila semua orang beratur cuci muka dekat singki sementara tunggu turn mandi, diri ini terasa kecil di situ akibat hanya mampu menunggu tanpa berbuat apa-apa. Yang mampu hanyala, gosok gigi berulang kali sampai berangin gusi..haha..

Belajar la pakai sabun susu kambing mula-mula yang bentuk macam siput tu, kotak hijau. Time tu sangat in ok sabun susu kambing ni. Bila makin maju siket, kita pakai clean and clear lepas tu akibat terpengaruh dengan promoter dekat Pasaraya Salwa, belilah satu brang ni tak ingat apa tapi tutup warna hijau. Masa lower form, alhamdulillah tak ada jerawat pun so, pakai cuci muka sebab konon-konon orang pakai.

Akibat ketulahan telah berlaku, mengutuk seorang lelaki sekelas yang penuh jerawat di muka.Maka berebut pakat duk keluar jerawat kat muka, tak sabar-sabar. Haish la..menyesal gila kutuk si Helmi tu masa tu. Maka kita pun budget2 kool pakai la Tea Tree for Teen..cakap remaja kan. haktuihh sangat!

Selepas itu lantakla nak jadi ape pun, kadang bila abes nak tunggu beli baru agak berkurun. Sental je dengan sabun badan, kalau dettol pun dettol la, dengan harapan hilang bakteria dekat muka. Sampaila ke matrik, brand berubah-ubah dan banyak tak pakai dari pakai. Ponds pernah cuba, Nutrogena la paling last, masa mula-mula start kerja. Bila dah habes tu, tak beli beli sampai la ke awal tahun haritu. Azam baru katanya..
Alhamdulillah..




EVERSOFT - Alhamdulillah, so far ok. Ni dah botol kedua dan dah tinggal separuh pun. Sebabnya packaging dia lawa dan senang nak bawah pergi travel, dia tak akan tumpah. Yang penting bagi kelembapan semulajadi pada muka memandangkan, kulit aku ni jenis dry/combination.

NIVEA TONER - Tak ingat dah bila belinya, kononnya nak jadi gadis cantik, orang pandang dari jauh nampak jelita gitu..hahaha. Kene la belajar pakai semua ni. Tapi, sehingga ke hari ini itu je la amount yang luak pun. payah betul nak disiplin benda-benda macam ni.haish..

BEAUTYCODE Pureness Night Repair Cream - Ni range produk from Cosway untuk kulit kering jugak which antara produk yang bagus la. Baru lagi beli, dalam 3,4 minggu lepas kot. Masa tu ada warehouse sales, RM8 je. sebab tu beli. daaaaaaaaaan alhamdulillah.. dah pakai sekali.. Yer sekali..bagus kan saya..*mata kelip kelip mintak simpati* haish...

Yang lain-lain tu, sample produk from Korea. Marketing suruh try before launch untuk jual. Ni untuk kulit berminyak aku rasa, sebab gatal jugak nak try even muka tu kulit kering maka keluar lah jerawat kecik-kecik. Terus stop pakai and call marketing bagitau. Duration of test actually 2 weeks tapi baru 3 hari dah stop. Bekas dia yang aku suka. Nanti boleh cuci bersih bersih and bawak pergi travel, letak kita punya sendiri. Cita-cita tu tinggi tapi tak jugak istikomah betul betul.

Sebaiknya, pakaila   Facial foam ---> Toner ---> Pelembap secara regular :)


Now i know sebab apa tak ada boyfriend, muka tak cukup bercahaya. Amik wuduk pun bila nak solat je, kena kerapkan ni, supaya bercahaya bagaikan hiasan kebahagian yang bersinar-sinar disimbahi lampu neon memancar. ;P jawapan Artis sangat kau!


MAKEUP



MIYAMI 2 Way Foundation - akibat terpengaruh dengan chingus, maka kita berjinak-jinak pakai. Alhamdulillah dengan bangganya nak bagitau rakyat jelata semua, ini dah yang kedua. Hebatnya rasa. sebelum ni pakai bedak tabur je. Dan macam-macam brand la pernah beli tapi pakainya jarang-jarang last-last hilang tanpa dapat dikesan. Konon kalau keluar dengan girlfriends, nampak macam girly uolls kalau ada compact powder. Idok le mak ni ketinggalan sangat.

GARNIER Whitening Cream - Pakai before pakai bedak sebab bedak tak akan bercapuk bila kita berpeluh nanti. Kenapa macam tu packaging dia? Owh itu sebenarnya sample sahaja. Dapat free masa pergi event apa ntah. Banyak pulak tu dapat. Ni yang last dah.

LIPBALM/LIPSTICK - Baru beli semalam.hahaha. Terpengaruh dengan budak ofis. Sebelum ni pakai lipbalm nivea dengan mulberry ape ntah. Tapi letak dalam beg sekali dengan perfume. Boleh plak perfume tu tumpah. Hoih beralkohol lipbalm aku. terus buang. Itu kejadian raya puasa haritu. Maka togel la bibirku sehingga pagi ini. Terasa cantik berkilauan plak.

Tengok IN2IT semalam, menarik jugak makeup range dia. Harga pun murah. Kalau beli tapi jarang pakai lepas tu expired, tak rugi sangat kot. Kita cuba sket-sket ok.





P/S: Kata teman-teman kesayangan baru-baru ni "wow,bergaya gila kawan ko.ko bila nak berubah ni?" haha. Takpe, nanti aku gojes jangan jeles k.haha

Thursday, October 9, 2014

Must Visit Cafe & Coffee in KL

Salam & Hye,

Banyak aktivities actually aku nak share dengan semua tapi sebab tak tau nak mula dari mana, kita mulakan dengan kisah makan-makan dulu.

New cafes macam cendawan tumbuh lepas hujan banyaknya, even banyak pun masih lagi orang pegi walaupun untuk secawan kopi, you have to spend sometimes up to RM15. Sebabnya, wanna try new places with different ambient which best la bila nak lepak dengan kawan-kawan after work and over the weekends.

For the past few weeks, aku dah pegi Farrenheit dekat Publika dengan Syira and Nini which actually ktorang nak makan dekat cafe lain tapi dah tutup. Even before Aalia flew to UK pun, banyak jugak gi minum kopi area SS15. Dekat situ i tell you, memang bersepah kedai kopi yang memang macam, "eh, ni baru ea?", "ni kene try ni".. Since, Aalia dah dekat UK, lucky i have Syira untuk pergi coffee hunting ni..Yeay!!

Ni aku bagi list kedai kopi and cafe yang akan aku pergi satu-satu or dah try. So the, kita boleh same-same pegi dan try!!


FAHRENHEIT 600 @PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS

HOT SHOTS COFFEE & TEA, PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS

THE RED BEAN BAG, SOLARIS DUTAMAS

MUKHA CAFE, TTDI

KULKATS, TTDI

A PIE THING, UPTOWN DAMANSARA

TRYST, SS15, SUBANG

BIG CUP CAFE, SS15, SUBANG

COSANS CAFFEE, SS15, SUBANG

THAT LATTE PLACE, PERSIARAN RITCHIE

GARAGE 51, BUNDAR SUNWAY

KIDZ & CREME, SETIA ALAM

CHEMISTRY CAFE + LAB, SHAH ALAM

KOPITIAM, SEKSYEN 7, SHAH ALAM (Lupa nama, hehe)


List above ni ada yang dah banyak kali pergi, ada yang soon akan pergi and ada yang in waiting list. Because of malas nak carik gambar, so this entry is photoless, wakakaka..Yang penting isi nya kan..Dasar pemalas memang macam ni.

If you guys ada suggestion any cafe yang best, bagi lah. :) nanti kita boleh sama-sama try..

Bye.





P/S: If i can drink espresso double shots until the last sip; waiting you for another year will be no biggie at all huh.. ;)