Nuffnang Ads

Thursday, April 4, 2013

Adab Berhujah/Perbezaan Pendapat


Salam & Hye..

Nk ceritanya tiap-tiap hari rabu malam, aku akn cuba sedaya upaya untuk hadir ke Usrah Alumni CENSERVE..Slalunya, kita akan berkumpul di Censerve, solat same-same di Masjid, makan dan kemudian berusrah..Topic adalah random..

Rabu baru-baru ni, kita semua dijemput oleh Ibu Martinelli untuk g rumah die dan berusrah di sana..Ibu blanja soto. Tak ramai yg dapat hadir, hanya 7 orang sahaja..Giliran untuk mengepalai topik minggu ni adalah ABG LI..

Tajuknya Adab-adab berhujah atau perbezaan pendapat

katanya, tajuk dipilih bersempena 03042013 adalah tarikh Parlimen Dibubarkan. Sejurus itu, bukan sahaja perang bendera tercetus tetapi juga perang FB juga bermula berkaitan PRU-13 ini.

Aku sempatlah mencatit beberapa point penting yang dikongsikan bersama. Antaranya:

1) Ikhlas dalam berdebat atau berhujah
Setiap pendapat haruslas ikhlas dan disampaikan secara elok..guna perkataan yang baik..intonasi yang   betul

2) Berbalik pada Quran dan Sunnah
Andai kata terdapat perbezaan pendapat dalam sesuatu isu, adalah lebih baik utk kita merujuk pada Quran dan Sunnah kerana walau itu adalah kunci segala-galanya.

Juga boleh menjadikan sejarah para sahabat terdahulu sebagai rujukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Walau berbeza zaman tapi masih relevan dan dapat disesuaikan.

3) Tidak mencela pandangan Ulama-Ulama lain
Kita haruslah memuliakan pendapat, pegangan dan pandangan ulama-ulama lain. Walaupun tidak sependapat tapi kita tak berbicara negatif terhadapnya.
cth: Imam Syafie tidah membaca Qunut ketika bersolat subuh di makan Imam Abu Hanifah kerana ingin menghormati cara dan pandangan Imam Abu Hanifah.

4) Hormati pandangan Ulama berbeza.
Sekiranya sesuatu perkara atau pendapat itu adalah baik pada pandangan A dan mgkin tidak baik pada kita. Tetapi apabila diperhati, pandangan A itu tidak memudaratkan maka adalah baik juga untuk kita terima.

5) Jauhi sikap ta'sub atau fanatik pada satu-satu kelompok.
Point ini sangat bertepatan dengan isu sekarang. Sebaiknya, kita jgan terlalu ta'sub pada satu-satu kelompok tanpa menimbang baik buruk, betul salahnya. Sehingga kadang-kadang menjadi fitnah kerana berhujah tanpa bukti dan usul periksa..Hanya tau nk menang sahaja.

6) Utamakan persaudaraan
Ini sangat penting! Walau macam mana kita berselisih pendapat pun. Persaudaraan harus dititikberatkan. Hanya nilai persaudaraan akan menjernihkan ketidaksefahaman.

Setelah kita berbincang dan memberi pendapat masing-masing berkaitan topik ini..

Satu perkara penting yang kadang-kadang kita semua lupa dan lalai..yang rasanya sudah menjadi budaya hari ni..iaitu LIKE & SHARE..kadang-kadang hanya semberono tanpa diselidiki sebaiknya.Isunya nampak kecik tapi , ini boleh jadi fitnah. Fitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh! Agaknya macam mana kita nk mintak maaf pada orang yg kita tak tau siapa dan di mana, kalo hanya dengan satu LIKE dan SHARE itu menjadikan dia mangsa fitnah..nauzubillah..

Ingatan utk diri sendiri juga..

Kami juga akan share dan mengambil tahu perkembangan terbaru CENSERVE..Aktiviti adik-adik di CENSERVE sekarang yang alhamdulillah, masih gigih berusaha memberi sesuatu pada masyarakat.

Kemudian, kami beransur pulang..dan aku pulang dengan baju yang basah. Aslim, cucu Ibu dengan tanpa sengaja kencing  ketika sedang di riba aku..wawawawawawa~

"Tq Aslim..kencingkan aunty.." *matakuyumukapasrah*

Kata Ibu, " tu tandanya tak lama lagi nak dapat baby sendiri"

*gulpp* "Bu, ayah kepada baby tak tau di mana, macam mana nk muncul baby" *hanyaterluahdihati*

Aku tak mampu untuk sentiasa ke lapangan kemanusiaan seperti dulu..Tapi doa dan sokongan tak pernah putus untuk kalian.

Berada di alam pekerjaan, membuatkan rutian harian sama dan kurang pengisian jiwa..salah sendiri yang malas dan tak pandai nk bahagikan masa..hmm..bila berpeluang sekurang-kurangnya sekali seminggu..itu lebih baik walau belum cukup.

Bye

XOXO
Chempaka



P/S: Penangan terima email berayat formal dr Zahiril Adzim, jadikan aku berbahasa agak formal

No comments: