Nuffnang Ads

Thursday, May 19, 2016

The Bridesmaids on #MrandMrsIwan



Salam & hye,

Muntahlah tengok gambar kat bawah. semua perasan. Lol

Ni entry about bridesmaids je, tak ada pasal wedding langsung. Yang wedding nanti next entry yeh.

Kita semua gerak tiga kereta from gombak. Me and Siqin, Pqah and Jaa pastu Eika dengan Kam. 6 orang tapi sampai tiga kereta??? Sebab after that semua ada plan lain lain.

Penat yang amat sebab masa tu tengah audit and order mashed potato dari isnin sampai rabu. Hari-hari tido pukul 3pg. Rabu malam lepas kerja terus pergi Petaling Street cari bunga. Khamis pulak pergi pasar borong, cari sireh dan barang-barang masak untuk order next weeknya. Beli bawang jugak nak bawak balik Terengganu. Ini bawang 10 kg punya. Itu je masa yang ada sebab lepas kenduri Gee terus nak balik terengganu sampai isnin. Selasa pulak cuti nak pergi Negeri Sembilan.

On Friday nite tu baru ingat baju belum amik dekat Kak Liyana, nasib baik ingat.Fuhh.. Pukul 3am jugak baru tidur. 4.30am dah bangun nak siap-siap untuk ke Bentong. Nak loading barang masuk kereta lagi. Time nak cepat macam ni la boleh tertinggal barang la ape la. Berkali-kali kot keluar masuk turun naik, sampai tudung tak sempat pakai betul-betul.

Alhamdulillah, kita sempat sampai rumah Gee seperti sepatutnya. Rushing siapkan sireh. dah la sireh tu gaduh dengan orang pasar. Kedekut nak bagi sireh tua sket. Bagi yang muda-muda, daun kecik-kecik. Tak apa, hakak redha je la.

Eh, syabas untuk diri sendiri sebab berjaya pergi rumah Gee tak pakai waze. Yeay!!



Ni baru lepas akad nikah ni.
Eh, tu Jaa..Kawan baru.hii


Nampak tak bercahaya.?
Percayalah, itu memang Nur yang terpancar.hikhik


Nampak sama kan semua shawl, even tak sama sebenarnya.
Tuan kedai shawl pun confuse.Lol


My favourite photo.


Yang decent mesti kena ada.


Ikut je ape photog cakap.Kiki


Yang ni la Orang jual tudung post dekat instagram.
Dalam ni ada enam je tudung dia, teka yang mana bukan?


Aisyah bertunang. Hehe

Eh, baju kita dengan ajet lebih kurang la. Inspired by Liyana Jasmay.




Tak tau nak buat gaya apa dah



See!!
Kalah pengantin semua.


Kita suka yg love birds tu.



Pqah!


Siqin!


Aisyah!


Kam!


Eika!


Azra yang Drama Queen.
Amani yang dengan semua orang Ok.


Athif!


Nanad: Azra, nanad dah tak sayang Azra dah. Sayang Amani je.

Azra: Masam terus jeling.

Nanad: Azra..sini la..Nanad main-main je.

Azra: Pandang ke lain, tak nak layan.

Hahahahaha. Hai la anak. You've made my day tau!

Aku cerita pasal Azra dekat my friends otw balik from Muar last week, tergelah-gelak diorang.
Babies sekarang sangat la bijak kan.



Ni dengarlah semua orang Kak Nad kamu membohong. Semangat dengar, aku cerita pasal toothfairy.
Lol.

Disclaimer: Alif panggil Kak Nad, kena la semua panggil Kak Nad. *perasanmuda*


Mom and dad to be.


Yang ni memang Aisyah bertunang, Jaa sarung cincin.


My favourite too!


This one too!
Thanks to the I Phone 6 and photo editor. Mihmihmih.

Korang ingat, aku secerah itu? oh tidak sama sekali.


Gee cuak..


Hai Azra, Mandok dah ada pakndok. Tak sayang Azra dah. Weik!


Furqan! another bijak baby.


Furqan: Mama pakai apa tu?


Ajet balik awal, kena catch another wedding rasanya. Kitaorang pulak macam biasa, nak balik tak jadi, nak balik masuk balik tapau lauk. Nak balik, masuk balik tapau goodies satu bag IKEA. *takmalumemangmacamni*. Pastu nak balik, Liza sampai. Nasib baik sempat jumpa.

Kita nak gi minum-minum makan ABC ke Goreng pisang ke lepas tu, before semua ke destinasi masing-masing kan. Jauh pulak cameraman tu cakap. So, kita minum kedai sebelah rumah Gee je..Kekekek. Bolehlah.

Eika tak terus balik KL, singgah Janda Baik ada event katanya. Me, Kam and Aisyah terus ke Terengganu. Pqah, Jaa and Siqin balik KL. Diorang singgah UIA. Cakap pasal UIA terchenta, dah lama dah tak singgah. InshaAllah puasa ni kita usahakan iftar dan terawikh kat sana.


Tips untuk long ride:

Bercerita, it will keep you awake selain company yang best. Belum masuk highway lagi, diorang dah bukak cerita. So, kita pun tak ada la speeding sangat.


Dah half way tu, mintak Aisyah drivekan, aku dah tak larat sangat. Takut tidur je tengah bawak kereta. Boleh pulak tak ada air dekat R& R. Kesian Aisyah, dia pun penat tapi kena drive lagi. Huhu. Thanks so much Syah. Aku bangun betul-betul dah almost nak exit Ajil. Then, after exit aku drive balik sebab takut Aisyah tak biasa. Nak ke rumah Kam tu all the way, jalan dia tengah construction. Kadang-kadang dua lane satu arah, kadang-kadang satu lane. Kena pandai-pandai. Dia punya berubah tu kadang harini lain, esok lainla. Tu yang if kawan aku amik aku kat rumah, dia akan half way lalu jalan dalam, half way main road. Sepatutnya 20 minit je dah boleh sampai rumah aku tapu boleh jadi 45 minits la sebab construction dengan traffic lite. Haish.

Tapi i think lama sungguh haritu nak sampai Terengganu. Macam dah boleh sampai Singapore lama dia.Haha..


Alhamdulillah, everything run smoothly even Gee bridezilla kejap. Lol. Terus bridesmaid takut nak keluar beratur mengiringi. Kekeke.

Kitaorang enjoy sangat and very grateful jadi sebahagian dari majlis tersebut. :)

Ok, next entry kita cerita pasal wedding and the pengantin pulak k.

XOXO







P/S: Kebal tak kebal sangat la.
Kuatkan hati doa banyak-banyak, be realistic. 
Harap Tuhan sentiasa mengasihani. Amin.

No comments: