“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.
Petua Imam Ghazali dan Ulama dalam menentukan malam Lailatul Qadar:
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar:
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Pernah kita terfikir, kenapa dalam banyak-banyak malam,satu malam di bulan Ramadhan yang dipilih untuk menjadi Malam yang lebih baik dari seribu bulan?
Pernah kita terfikir, kenapa dalam sebulan bulan Ramadhan, sepuluh malam terakhir yang dipilih?
Pernah kita terfikir, kenapa dalam sepuluh malam terakhir, antara malam-malam ganjil yang dipilih iaitu malam 21,23,25,27 dan 29?
Jujurnya, belum pernah lagi betul-betul mencari sebab dan jawapan untuk persoalan tersebut.
Yang aku yakin cuma satu...
Sebab ALLAH MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGAMPUN
Sebab ALLAH sangat sayangkan hambaNya.
Sebab ALLAH telah ikat semua syaitan pada bulan Ramadhan.
Sebab ALLAH dah jadikan bulan Ramadhan bulan ibadah
supaya ibadah kita tak terganggu dengan bisikan syaitan..
Sebab ALLAH nak hambaNya tak lalai dan memperuntukkan sebaikNya peluang beribadah di bulan Ramadhan
Supaya dalam 10 malam terakhir itu, kita tak terlalu teruja dengan sambutan 1 Syawal dan tak pernah melupakanNya.
Sebab ALLAH nak menyenangkan hambaNya, sekurang-kurangnya hambaNya dah tau malam Itu adalah antara Lima Malam dalam 10 malam terakhir itu
Sebab ALLAH tak nak setiap hambaNya terlepas Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Semoga kita semua bertemu dengan Lailatul Qadar dan tidak mensia-siakannya, ameen.
P/S: Syukur ya Allah,kurniakan aku teman-teman yang sentiasa mengingati aku untuk sentiasa mengingatiMu.