Nuffnang Ads

Tuesday, October 8, 2013

Minat Orang Lain-Lain

Salam & Hye..

Tajuk entry ntah pape..

aku memang tak reti nk buat tajuk ni..belasah je la..

ni tgh lunch hour tp aku turun beli buah je tadi..dh addicted dengan kedondong makcik bawah..

Yang nk cita ni pasal kawan aku ni..

Punya bangang la aku ni..aku ni sangaat tak boleh trima bial aku dapat tau dia tak suka membaca..tak suka yang as if sume benda tak bace kecuali Online Newspaper..tp kira ok la kan..Bila ktorng macam cakap2 pasal buku ke..and bila gaji masuk je..terus balik keje pegi KLCC sebab nk g lepak Kino..Tak pun duk google buku2 baru and order online..

Dia akn diam je, bila aku ajak g lepak kedai buku or suggest dia baca buku A, dia buat muka and macam.."No! i dun read books.."

Aku macam.."Ha??..ok then, how do u study?"

"I hv too..i only read books mase study..now no more.."

pastu aku mcm stress...aku tak boleh trima..aku macam nk paksa dia..ikat dia then bawak g lepak kedai buku..kurung dia dgn tons of books..baca!

ni mmg bongok tahap dewa dah aku ni..hahaha..

Pastu td..aku offer buah dekat dia..dia once again " No..i tak mkan vege and fruits"

ahh..aku pening...boleh kne heart attack ni..aku boleh trima kalo tak makan sayur..sbb ramai tak mkn kn..aku pun tak suka sayur kecuali ulam2 and salad..yang sayur lembik masak2 tu mmg aku tak mkn la..

tapi ni buah kot..yang macam....semua orang makan kan..??? kecuali org kencing manis la, kne kawal pengambilan gula..

Ke korang tak makan buah..?

aku tak tau knapa aku mcm sangat tak boleh trima..

mmg one day aku akan bawak dia..rasa feelnya makan buah..mgkin dia belum jumpa buah yg kne dengan selera dia kot..

"xpe...i tggu..one find day, i'll bring you pegi  mane2 and taste how best gila the fruits are.."

Ish..mcm bongokkkkkkkksssss sangt up entry ntah pape kn..

hahahahahahaha *gelakdirisendiri*


Tapi tu la kan..suka orang ni lain2..minat orang ni lain2..kalo tak takkan fesyen or baju yg kita rase ntah pape or tak cantik tu masih terjual..sbb ade la org yang suka...

Novel yang crita yang cheesy bongok and langsung tak realistik tp ramai gila yang suka..apakah kn..? Sebab taste org lain2..perspective org lain2..apa yang kita nmpak bila kita bace beza dgn yg org lain nampak..

Sama jugak dengan bila kawan aku bgtau dia tak suka kalo tunang dia klua,sbb dia kalo boleh nk tunang dia duk umah..klua ng kawan only once in a while..aku plak lg prefer kalo one day aku ade husband, aku nk dia ada kawan2..which yg aku knal la kwn2 dia tu..mcm mgkin 2x seminggu ade match futsal ke ng kawan2 dia..ape2 je la..ada hobi ape2 je..

ok la..malas dh nk bebel2..

nk sambung makan buah..hehe

Bye!

XOXO
Chempaka :)



P/S: Orang lain Lain dan begitu juga aku..Lain..

Tuesday, September 24, 2013

Kenduri Sambil Jejalan #FazetKawen

Salam & Hye..

First of all..Congratulation to Fazet & Hazwan aka Ustad... 7 years of friendship continue with the beautiful and meaningful halal relationship..:)))))))



Sekali lafaz je..alhamdulillah..tak silap aku 10.41 pg, hari sabtu, 21092013

"aku doakan ko bahagia samapi syurga..sabar and kuat selalu..ha..lagi satu2, hadiah ktorg bagi tu boleh letak roti skali dalam tu..buat makan n minum petang2..haha..Gee yg cakap la.."

Sanding dia petang, dalam pukul 2 baru start..So, after amik gamba..ktorng gerak terus sebab ada destinasi nak singgah..

Pantai Klebang, Melaka


Sampi matahari dh nk terbenam..even pantai dia tak pantai sangat tp best sebab #kawankawanbest yang ada sama.. :)

Ni yg kt atas ni..budget2 nk gamba power la..gadis-gadis bermain di gigi air..tapi hasil dia..ntahpapeje..haha..tp kira cntik menarik ko mmg kabom la kn..kn..kn..kn..kn..? (baik cakap ya!)

aku longgok je gamba..so redha la sebab tak ikut susunan..bolehla kan..yg penting terhapdet yer..jgn jd cam pg Sg.Petani..bekurun baru sebok nk buat entry..pastu lupa..insap dh haku..



Ni betul2 candid..suka aku pic ni..

Gelak sebab Dal cakap dekat Gee 'Ayu' sangat..haha


Lagi kami bercamwhore..aku mmg suka la photo props yg burung cium2 ni..*gatal sangat*.. tp 1st place tetap HIS..haha..yg tu exclusive..tggu tiba masa..heee..


Ni cubaan ntah kali keberapa nk lompat..mmg Pqah je la melompat dengan riangnya..aku bukan ape..takut semua kt Klebang tu lari je nanti aku lompat..kain ternaik tinggi pastu sangkut kt muka..tak ke haru..dh satu hal plak budak2 ni pun tgglkn aku sbb xnk ngaku kawan..hihi..tak ke susah tu..


Lagi aksi kami..haish..comel la pengantin berdua ni..


Ini g main bowling..sempat lagi ni..habiskan masa tggu org sanding..

Pin kat tepi jalan bukan main besar..skali sampai, dari luar macam gudang lama..masuk dalam..hmm..mmg nmpak lama pun..tu tak kesah lagi..tp akak yg jaga tu..bukan main garang..

Aku tak pnh jmpa lagi..org cek stokin sorang2..mmg aku jarang beli stokin g main boling kalo tak bawak stokin..so, buat mcm biasalh..tipu konon ada stokin kn..skali datang cek sorang2 ok..

"tengok stokin..tak pakai stokin, pegi sana!" seram I..haha


Post ayu gadis2 dan Ummi-to-be di tepi pantai..

Yan update dekat IG, baru aku prasan gaya tangan sume same..ni dh abes kool sangat la ni konon bergaya gini..


Lagi... 


Bepeluh Ustad tggu org besilat tgh panas2..lepas sorang, sorang lagi..lepas silat..kutip tol pulak..nk sampai ke pelamin tu hazab la jugak..Kalo aku ni..bepeluh ketiak..terus rasa nk mandi air terjun..



Misi mencari Klebang Coconut Shake Original..dekat jalan klebang..tepi jalan je..tu kalo yg nak take away la..kalo nak makan situ..jalan dalam 50m, ada tmpt parking and kedai skali..

nak pegi..senang je..Search GPS.. "Klebang Coconut Shake Original" .. ada dlm GPS ok..power tak power..

Kene pegi Melaka lagi ni..

Plan seterusnya..

#jalanjalancarimakan #melaka #ikanbakar #jonkerstreet #bandarmelakabandarbersejarah #kebayanyonya #cendolbawahpokok #cruise #menaratamingsari

bukan main banyak..yg paling peting..jalan-jalan cari makan..

oppsss..ramai yang pelik..mane aku kenal ramai sangat geng2 KICT ni..sume wedding diorng aku ada..haha..aku pun tak tau..kenal programme..kenal kawan atas kawan..ntah..tau2 dh kenal..kenal lagi ramai dari budak course sendiri..jodoh kuat ni dengan bebudak KICT..hahaha...

Bye..


XOXO
Chempaka





P/S: Tak tau diorang yg membesar dengan cepat ke or aku yang membesar dengan lambat..hmm..*konfius*





Wednesday, September 18, 2013

Anak Angkat

Salam and Hye..

lama dh tak bebel-bebel kan..

Arini tak turun lunch sbb dh heavy breakfast..ni pun kenyang sngt lagi..

tgok2 Amboi.com yg org share kat FB newfeed..ade la cite pasal Jue Aziz amik anak angkat.. dan difahamkan, dia susukan baby dia sbb baby dia kan lelaki..xnk nanti hilang air smyg org kg cakap..wah..kagum gila.. :)))))


Jue Aziz & Darwisy


Kitaorg ni dh lame la suh mama abah amik anak angkat..sbb adik2 dh besar..Auni pun dh darjah 5..kalo nk amik, mmg ktorg nk baby lelaki since sorang je la adik lelaki yg ada..dan kebetulan, baby yg lahir dalam family besar aku lately ni sumanya pempuan..so kalo tgok baby lelaki tu mmg excited ktorng xyah cakap la..

Pujuk2 mama, dia cakap umur 2 tahun ke atas dia nak..kalo baby susah la..sbb mama skang makin busy kn..nk bgn tgh mlm buat susu..tu mmg mama malas la..so, kalo ade sape2 tau, ada family susah nk bg anak lelaki dia dlm umur 2,3 tahun bgtau la..*iniseriusni*..

So, aku pun google la cara nk amik anak angkat.


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Klik sini untuk download borang.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM

  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.
[SUMBER]

Sekarang, wanita yang belum berkahwin pun boleh ambik anak angkat kalo menepati syarat-syarat yang ditetapkan..Pada aku, benda ni sangat bagus lagi-lagi kalo ambik anak dr famili yang kurang berkemampuan atau anak-anak daripada adik2 kita yang terlanjur.. bukan menggalakkan diorang buat salah..tapi menolong diorang daripada tambah dosa buang baby tu..

Tapi ada juga kebimbangan lain yang menyatakan trend amik anak angkat dan susukan ni buleh menyebabkan wanita yang bekerjaya terutamanya memilih untuk tak berkahwin sbb berkahwin bukan lagi satu2nya cara untuk dapatkan zuriat. Kalo nak baca sepenuhnya, boleh baca kat SINI

Walau apapun, suma bergantung pada niat kita..Tapi harus diingatkan.. jaga la anak angkat anda sebaiknya walau satu hari anda dah ada anak sendiri..sayangi mereka..walau daripada siapa pun asal usul mereka..atas sebab apapun mereka dilahirkan..mereka tetap sama..hamba Allah di bumi ini.. :)

bye..


Chempaka *peace*




P/S: Skang tgh marathon Rindu Bertamu di Abu Dhabi, pasal anak angkat dan family..
Dah la baru terdengar rumors FA tu G**..oh, please.."FA,awk bkn mcmtu kn..?"..*nanges* (rumors itu mengarut!)  

Wednesday, September 4, 2013

Dua Puluh Sen

Salam & Hye..


20 sen..???

Tak yah cakap ape..sure org dah tau..

Masaalahnya..tudung bawal yg ok tu tp yang paling murah..selalunya selai RM30..sekarang dh naik jd RM35 okeyh..ape ke kekdahnya nye lah..dh tentu ko angkut tudung tu bekoyan2 skali hangkut dalam satu lori..haish, takkan la naik samapi RM5 selai..kotla naik 20 sen selai..boleh la trima akal lagi..

Kalo kira2 masak jugak la naik 20 sen ni..xpe..ujung minggu ni..kita duk umah je diam2..kot boleh jalan kaki..jalan kaki..kot boleh naik lrt..naik lrt..haha..

xde dh nk ulang alik balik Putra Heights dh..Tol je dh 6 hengget..kali dua..12 hengget..naik 20 sen lagi..masak la..

Pasni dh xleh dh..tetiba xtau nk wat ape..call sape2.."jom..aku amik ko..".."takpe..nanti aku hanta korang balik.."

dia kene tukar jadi.."ok, aku amik..sume tggu dekat lrt bla bla bla.."..

haha..

ahh.. malas pk..

Jadi..kita ade 2 pilihan..:

1) keje kerajaan sbb slalunya, dia akn naikkn sket gaji krjaan before fuel charge naik..so boleh tampung la kn..walau kurang membntu sngt..haha..

2) jadilah peniaga sbb 20 sen naik utk seliter tp harga mknan.bju sume la naik gak berhengget2..haha..mcm gula naik 20 sen sekilo tapi tea o segelas pulak naik 20 sen even segelas pakai 2 sudu je pun..haha..


Monday, July 22, 2013

Puasa & Makan juga Lelaki Sekarang

Salam...

Masih berpuasa lg korang?

Aku? Alhamdulillah..doa dan harapan aku untuk puasa penuh tahun ni..harapnya..amin.. :))

Minggu 1st haritu sempat balik Terengganu..syok gila!! mggu ni adik & Kakna balik, tp aku xdpt balik..sbb tak cuti plus dh janji dengan kawan-kawan hingusan nk iftar sesame..Setahun skali..apa salahnya..Balik raya nanti InshaAllah 6 August, 2013.

Yang macam perubahan besar sket puasa kali ni, tak pernah lagi miss sahur..kalo tak, abah akan kejut aku dulu bngn..then kejut yg lain, then kejut aku lg skali guna bantuan adik2..baru aku bangun..roti ke, nasi sket yg penting Milo..kalo aku bangun lambat sangat..Abah dan siapkan Milo untuk aku..Milo abah mmg best ever la! Aku mmg anak Abah!..hee~..

Skang tahun ke-2 la berpuasa sebagai gadis yang hidup sendiri..tahun lepas mcm biasa..roti+MILO..dh lebih dari cukup dah..

This year, aku pun tak tau..sebab hormon orang besar dah meresap masuk ke..jodoh dh dekat ke..mmg aku dh rajin ke ape..Tapi, slalunya aku akan bangun kul 4 am/4.30 am.. Bangun dan mandi siap bershampoo di pagi hari kadang2 tu..pastu aku akan masak nasi..pastu g la nk solat ke ape semua..pagi2 ni kusyuk sket..then dh pkul 5 baru semua bngn..makan sama2..panaskan lauk yg ada..lepas subuh, kadang aku tido balik kalo malam tu tido lambat..kalo tak..tak tido dah..

Kadang before tido, aku masak nasi gorang siap2..bngn pagi tu..just panaskan and buat air je..xyah la nak gigih menumbuk pagi2 kan..hehe.. Dah boleh diharap masak sahur ni..impress dekat diri sendiri..haha..balik umah haritu pun..aku bgn sama2 ng orang lain..pastu pg subuh dekat Masjid(ni mmg wajib bila Ramadhan kalo kt umah)..dannnnnnnnnn..yg paling penting, tido lepas subuh dan mampu bangun awal..tido kejap sngt..*tepukbahusendiri* Syabass bethe..dh besar dah ko Kak..

Makan apa kt Trganu..satu pun xde gambar..haha..xleh la nk riak kt korang yeh..

Sabtu lepas pun Buka ramai2 kt Putra Heights, menu wajib haruslah bubur lambuk Terengganu yang banyak pucuk hijau dan ada ikan serta tanpa carrot dan kacang pis

Best gila..tetap jugak xde gambar..Sabtu tu ktorang tapaw je dari luar..Briyani Gam Putrajaya dengan ayam,dagung dan kambing..yg ni ada..sebab riakkan kt orang kampung..post kt group whatsapp family..hihi


Sedap..tergugat iman weyh crita makanan tengahari ni weyh...bersabarlah wahai Chempaka...wawawawa~

Malam tadi dah apa pe'el selera aku..nak makan mashed potato..pastu ajak Gee g William..akhirnya..mashed potato tu aku tapaw je..benda lain yg makan..xtau ape nama dia..sbb xde menu..bagus marketing strategi diorang ni..diorang suggest..then kita iyakan aje..pastu ko bayar la..

Portion dia mmg besar..air dia sedap..segala sampah pun letak..

RM8

 Rasa dia campur laici ng soda pastu main sumbat je semua..laici tak macam 1/3 tin aku rasa..daun pasley ke ape yg hijau kembang2 tu..pastu daun pudina ng serai sebatang..Lemon 2 slices..asam boi 2 ketul..yg kureng sket aku rasa..patutnya serai tu dia ketuk sbb xrasa sangat..asam boi pun xrasa..pudina lagila tak rasa..mgkin sbb air sejuk kan..aku ok je air ni..balun je semua..Gee cakap..sorang baru kawan dia yg dia jumpa makan sampah sarap dlm tu..haha..Aku la tu..tak pelik kan..??

RM40

Yang ni pun sume la dia tuang..kepah+tiram+ketam+sotong+udang dan segala bagai lagi..bawah tu sebenarnya spagetti..layan..

Ha..hari tu..aku sempat la buka puasa dekat KDE, atas jemputan KDE..tq :)..tapi tak amik gambar..malu..hikhik..makanan dia ok dan sedap..ada kambing suma..pastu nampak Irma Hasmie ng Husband & anak dia..cun gilaaaaaa!!!!

Sebelum tu, buka puasa ng kawan2 ofis dekat Kenny Rogers KL Sentral..sbb apa Kenny Rogers?..sebab ktorang ada voucher blom pakai..hihi


Sekian sahaja cerita makan2 yer suma..

Opss..Hot topik sekarang..- Isu kawin Dua dan Kawin Muda ..
eh2..xyah nk gosip sangat la bulan pose ni yer..tapi satu conclusion aku boleh buat..


* Cemana anak dara muda (25 consider muda ok!) dan single macam aku (dan sesape shj) nk kawin..

Kalau..

- Taste lelaki muda seusia adalah janda wanita berpengalaman yg pernah berkahwin

dan

- kalau pun yang berminat pada anak dara plak, suami orang..

I is tak sanggup merampas laki orang u oll's..huhu

So, jangan tanya la kenapa belum berpunya...hihihihi~



Bye





P/S: dah tak sanggup hadap makanan bazar..masaklah even simple..huhu
Teman..
Bertabahlah..Allah lebih mengetahui..Pasti ada hikmah..saya tau awak kuat :)

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah

Salam & Hye (bulan puasa)

Hari ni 1st Ramadhan..kerja kt ofis menimbun-nimbun..makin puasa makin kerja besusun yg berdateline segala..haruslah ku gigihkan jua..huhu..

Mungkin Boss pun dh tgok ktorng mcm nk taknak je and macam redha je la keje membukit..terus dia suh tanyakan buffet untuk Iftar kt Restoran Nelayan bape hengget..nak bawak ktorng g mkn..tp sebab pose kne la semua orng yg tak pose beriftar..hehe..ok la.. dekat ngan umah..tak susah sngt..:)

So far ada la beberapa Plan Iftar untuk kali ni..

Geng PC's Iftar - 20th/27th July * 11/18 Ramadhan (tempat blom book)

Department's Iftar - 29th July * 20 Ramadhan (Leta setelkan)

Lain-lain Weekend - Putra Heights

Office-mate Iftar & gathering - TBD yg penting bukan Sabtu Ahad


Projek Kueh raya konon-konon rajin..

Popiah Nestum & Kueh Siput - every weekend! kita tgok berjaya ke tak..hihi

Azam ramadhan..

Setiap tahun pun azam..hihi..harap tahun ni berjalan dengan baik..

Baca quran sebanyak mungkin

terawikh taknak tggl

Puasa taknak tinggal (xpernah nya berjaya tp sekurang2nya biarlah cukup 10 hari terakhir)

kurangkan perkara-perkara lara

sedekah

masak sekerap mungkin..sangatlah kan..mohon doa semua yer..hihi

Baca buku sebanyak mungkin (mcm xde kaitan kan..tp baca waktu2 tenang mcm ni, cepat utk serap dan rasionalkan apa kita baca..kata mudah..cepat HADAM)

Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNYA..amin

Ku mengharapkan ramadhan
kali ini penuh makna

ku mohon ketenangan
keredhaan
dan keampunanNya

Ko mohon limpahkan olehMu
kesejahteraan dan kasih sayang buat
ayah bonda
adinda-adinda tercinta
nenda-nenda
saudara teristimewa
Sahabat yang sentiasa bersama


Mungkin ramadhan ini
Tuhan itu penat dengar hambanya memohon
dan kurniakan yang dipinta saban tahun



In sha Allah

ameen


P/S: Ramadhan is always a good start for a better life :)
Moga ramadhan ini ada rezeki untuk kita,digerakkan hati kita..who knows, aite?



Ikhlas,

Chempaka

Monday, June 24, 2013

Guest Booth and Haze

Salam and Hye..

ni sngt quick update yer..

Aku plan utk buat guest booth for Eza's Wed..blom bgtau dia pun lg details nya..skng baru nk start plan..

1) kne ade complete plan/designs cemane nk decorate

2) List barang-barang yg perlu

3) Survey2 dkt kedai deco tgok barang yg agak2 boleh guna (Daiso and Ikea etc)

4) Kompemkan theme

abaikan tulisan ntahpape

Ni yang list barang aku nk buat and nak beli..WAJIB..yg sunat and kecik2 blom lagi..td dh beli Photo Frame dh dua..

Sekian sahaja cerita itu..nanti aku cerita lagi misi DIY Guest Booth aku yer.. :)


Owh sebelum lupa..

Jaga kesihatan..jangan lupa pakai mask..mata aku dh pedih2..pakai la sume..hehe





P/S: 

Tak mampu dengar A thousand Years
Takut!
Teramat Takut!

Jangan pisang itu dua kali berbuahnya
rasa yang kedua tu pastinya lagi kelat
walau yang pertama dh tak brapa menjadi

Arghhh!
marah sangat rasanya
hantuk kepala ke dinding
tembak hati biar lebur

Kan dah selalu kata
Jangan di percaya walau yang di sebelah
melainkan memang dilahir bersama

Kan dah selalu bilang
Dia bukan kau cara fikirnya
Dia bukan kau cara pandangnya
Apatah lagi kalau kisahnya 
tentang jejaka

Ini salah kau!
Jangan terlalu percaya

Sekali sekala..
belajarlah untuk tak menjawab 
walau pada yang disebelah
aku bilang pada yang disebelah ya..
eh..?
yang dikeliling juga

Ingat!
takut nanti kau ranap tak terbangkitkan


25062013

Sunday, June 23, 2013

Tertelan

Salam and Hye..

Lama biarkan belog tak berupdate..

niat tu ada..tapi masa membataskan..lately ni aku slalu balik awal..jd tak sempat nk buat entri..time kerja mmg tak la nk update kn..unless kalo boss takde..tu pun tetap tak boleh gak..bukan aku ni baik sngt tp sebab mmg keje melambak je..ni ade dua kes yg tak setel lagi..dan berkes2 kecik yg nk kne handle..*berpeluhkejapmak..

ha kenel #BaktiArjunaFitri tak.? ala..anak Kokping tu..aku kan follow IG FynnJamal..mmg slalu la tatap muka Nuna the Tuna tu..sebijik muka mak dia..hihi..lagi lagi baby laki kan..mmg tak cukup cute pun aku tatap je slalu..ni lagi kan la cute..senyum menawan je..cair hati akak ni Nuna..

Baru-baru ni..Kak Fynn ade update pasal terjumpa syiling yg saiznya kecik je la dalam hasil nyahtinjaan Juna..means dia tertelan la kan..biasa la budk kecik..tgh fasa sume yg ditangan akan hala ke mulut..

Pastu ramai yang komen..yang paling bestnya,yg share cita masing2 tertelan macam2..taik sendiri pun ada gak..

terus aku teringan kisah bebelas tahun yg lepas..haha..cam tua benor dh rasanya..huhu

1) Kisah Hasif (my only brotha!)

Dia ni mmg mcm2 kisah la pada dia sorang..macam2..yg aku ingt,masa tu dia baru 4months kot ke 6 months, gitu la..baru pandai meniarap dan 'menyusur' ke ape org panggil..fasa before merangkak..kalo org trganu panggil 'heret dada'..ujung mggu la time tu..nk jadikan cite..sume org tido..aku kt dalam bilik time tu..pastu cam feeling nk g main kt lua kan..dengan ceria nya jalan2 nk ke pintu rumah..skali aku nampak dia kt depan pintu, tmpt abah park keta slalu..ko tau dia tgh buat apa..? yeah! taik ayam kt mulut...hahaha..aku pun terus jerit panggil mama..terus mama dtg..ntah masa bila dia keluar pun xtau la..sbb dia pun tido gak sebelum tu..jiran umah aku ni bela ayam..biasala ayam dia jalan2 untuk membuang hajat di tmpat org kan..

Busuk ya Tuhan..tak tau nk cakap la..mama ng abah dh mcm2 buat..nk suh dia berkumur, mana la nk reti budak tu..basuh je mulut dia..pastu mama gosok gigi gusi dia....bagi dia minum susu..rasanya bila dia minum susu, lebihan yg tertinggal tu dah selamat kt dalam dh la..Dah besar tanya dia, mmg tak ingt lah..

Itu cerita 4 bulan yer..

Ini cerita 4/5 tahun plak..Dia mmg duduk ng Mok bila mama keje.. Mase ni hobi dia is panjat2..lelaki kan..biasa la..nak jadikan crita..Mok basuh baju Pakcik aku, dkt kolar baju kan selalu berdaki..so, Mok akan campurkan Clorox and air..pastu amik berus gigi yg tak pakai, celup dlam tu and gosok2 dkt kolar tu bagi tanggal..mgkin dia duk perati je, ape la Mok buat kan..Mok tggl dia jap, g dapur..skali dtg balik..bekas yg berisi campuran Clorox and air tu dah kt mulut dia..yer..sngt terbaik..

Terkejut la mok.. Cucu kesayangan dia kan..Pastu jiran Mok kol Mama and Abah..pastu bawak dia g hospital..masa tu dia dh nangis2 dah..muka dah lain dah..Sampai hospital..Doktor tak bg dia tidur..sebab mgkin penat nangis or dia rase lain mcm dia nk tido..Doktor scan and sedut cecair tu dari badan dia..masukkan wayar sume..Doktor cakap dalam 2 sudu gak la yg smpt masuk..nasib baik, bukan pure Clorox, dah campur air kan..

Masa tu, Mama abah bawak dia g klinik, then naik ambulans siap bunyi2 tu g hospital besar..

Balik je..minum susu..terus tido..lama sngat dia tidur..penat sangat kot..

Tapi dah besar ni, aku tgok..tak bersih-bersih gak..degil sama je..haha..

Haish tu la sorang je pun adik laki aku..cucu favourite Mok bila bulan puasa..teman Mok g subuh kat masjid hari2..

2) Kisah Tokey Warung

Hahahaha..

Kita gelak la dulu..kelakor sangat rase biala ingt balik..macam bongok pun ada..haha

Tapi kisah aku tak sedramatik Haisf la..tragis je..haha..masa tu dh besar dah..dah darjah 5 dh.. juga di hujung minggu..aku ni kalo hari cuti mmg keje aku kemas bilik la..pastu feeling bangga sebab dah kemas and cantik sambil baring2 atas katil..Satu time tu, aku baring sambil nyanyi atas katil..tngan duk bukak mechanical pencil part by part..konon nak baiki la pencil yg rosak tu..tgh syok2 tu..skali terjatuk besi yang kecik kaler gold tu dalam mulut aku..OMAIGOD!!

Korang bayangkan..dah kalao tgh syok nyanyi smbil baring..besi tu pun baik punya target terus masuk dalam tekak..aku cuba nak keluarkan tak dapat..tapi tau ade kt dalam..terus lari pegi kat mama..bgtau mama..mama cakap..tak pe minum air je banyak2..nanti dia keluar la tu..relaks je..aku ni takyah cakap la..dah gelabah ayam dah..paksa mama bawak aku g klinik..kepala dah tebayang dah, Doktor korek tekak aku..pastu terlantar kt hospital..pastu tebayang besi tu jalan2 dalam perut aku terlekat kt jantung ke hati ke..pastu bekarat..pastu aku sakit..mati..hahaha..gila jauh aku pikir..#hiperbola gila plak tu..

mmg aku tak puas hati gila time tu Mama buat dek je.. aku ni dah teloncat2 la..tapi ikut gak ckp mama..g dapor minum air sebanyak2 nya..pastu aku rasa dh takde kt tekak tu baru aku ok..tp..ttp gak cuak..takut bekarat dalam perut..haha

2,3 hari gak la tak senang duduk..tapi budak kan..lama2 lupa la..aku pun tak tau..bila masanya, beli tu dah selamat dikeluarkan bersama hasil nyahtinja..ntah2 ada lagi pun aku tak tau..

Sampai skang, bila tgok je besi kecik dkt pencil je..aku rase nak buang ng pensil2..ko telah berjaya buatkan aku rasa nak mati besi kecik!! Tahniah..haha

Pastu baca komen org dekat IG Kak Fynn dgn mcm2 pengalaman tu..rasa lega..sbb bukan aku sorang telan besi..walaupun kecik je..ttp nk feeling feeling Iron Lady..haha

Ok Bye

XOXO
Chem





p/s: Sapa kau nk cakap dia tak pandai jaga anak..Dia cuai..sebab belum kene dekat diri sendiri..Benda dah nak jadi..suruh kita lebih berhati2..

Sekurang-kurangnya..adalah jugak pengalaman ktorng..hihi

Sunday, June 9, 2013

Limau Kasturi + Asam Boi

Salam & Hye,

Sepagi hari dah menghirup Limau Kasturi Asam Boi ais

Tak tahan
Sangap sangat-sangat sudah--

sebab kali terakhir
memberi kesejukan ais ke tekak
mengalir melalui trekea dan esofagus
3 hari yang lepas
Lemon Teh Ais

Alhamdulillah
bukan salah aku
minum ais di pagi hari
kerap minum air tanpa susu ber'asam' bila di kedai
bukan juga salah kau

kita punya alasan kita sendiri
kita ounya cara sendiri
kita punya kesukaan kita sendiri

jangan salahkan aku kalau kita selalu tak berpeluang jumpa
bukan aku mengelak
mungkin bukan masa
mungkin bukan --kita--



RM 2.50





P/S:: "makcik, neskepe ais makcik lebih susu kurang neskepe,kurang ais..tak sedap di lidah dan rasa saya..nanti tekak sapa tak puas.."

Wednesday, June 5, 2013

Sg. Petani Kedah - DAY 1 Part 2

salam and hye...

Jom kita sambung..haha

nak tggu satu entry, bebulan2..mcm sibuk sngt je..haha

eh, kt mane kita aritu ea..? owh, yg ktorng cabut pegi carik mee udang kan..harap2 masih boleh ingt lah yer..

nk buat cemana, kisah Mac yg lalu..haha

Si Fazet kol kwn dia and aku kol kawan kau..n diorng suggest tempat yg same..from homestay nk g D'King Mee Udang tu senang je..menurut informer (wah..mcm gerak khas plak..hihihi), dekat dgn Giant rasanya, ke pasaraya apentah..(padan muka dh tak ingt)..haha..tapi mcm kitorng tau la jgk, sbb dkt dgn exit nak masuk highway..yang paling penting dan tak perlu risau..Bumble bee ade GPS juga kita ada Fazet yg terror gila tgok Google Maps..okeyh, baik korang jgn gelakkan aku...aku tau, aku sorang je tak reti guna Google maps..huhu..baru je blaja dan berjinak-jinak ng Gee haritu..huhu

Dari jauh nampak kedai tu macam happening je..

ape lagi..sngt excited..haha..

Tepi jalan..tp mcm di bucu jalan..sbb ade jalan di depan dan dibelakang kedai camtu..yg pnting..sng nk carik..dun worry ye sume..parking pun disediakan..

Masuk je kedai tu..dh nmpak dh udang,sotong dan mcm2 jenis lagi la..kita mcm boleh pilih,pastu suh dia masak..

kitorng dpt duk meja panjang..then sume excited..ha dh pilih dah menu ape yg nak..bila akak tu sampai..

konpiden jawab..mee udang 4,2 kuew tiew udang pastu nasi putih dengan ikan...akak yg amik order tu relax je..jap agi..dia pun cakap..em, mee udang akak buat 2 orng makan pastu kuew tiew 2 orng mkn..sebab dia banyak..siap suggest air beli jug lagi..kitorng pun..trima la dia punya suggestion..

tapi dlm ati aku..xpe..tak cukup aku mintak tambah..tgh lapar ni..

ha..sekali datang..amekaw..mee udang dalam bekas nasi tambah yang besar tu..patotla akak tu ckp cmtu..bagus sangat di situ..kalo dia syok je amik order and ikut je yg ktorng order..jawabnya,ke tong sampah la mee udang dia..tak pun..sampai kedai ttp la ktorng tesadai kat situ..cuba habiskan..haha..

servis pun bagus..mcm sementara kitorng borak2,posing2,gosip2 sambil tggu mknan smpai..ada waiter lsin dtg tnya..order dh amik kan..? ha..gitu kekdahnya.. aku rasa la kan..dia mcm ada pembahagian kwsan gak kot..mcm area sini..ko dgn ko amik order..belah sana..ko ng dia amik order..baju pun sama sume..tmpat pun..ala ala cozy je..

pastu sume sibuk nk check in kt fb..ko taip je mee udang D'King..pastu keluar list..ko pilih je, mane satu nk check in..punya gigih aku mencuba tapi fail..haha..dh baru time tu la nk sibuk add p-qah ng fazet..

So, moh le kita layankan gambo2 kat bawah yer..nak bebel banyak2..ingatan tak brapa nak kuat dh..tak tau la sbb banyak mkn semut ke kurang makan kismis..mihmihmih..

Almaklumlah..updatenya terlaaaaaaallluuuuuu la cepat kn...hehehe..bukan salah i uollss, Cik Ta banyak sngt story..so haruslah baca gosip lagi penting dari buat entri..hahaha..*matakelipkelip*



ni dia Mee Udang Banjir yg udang dia ramai banyak gila..


 tersadai kekenyangan..tgoh Aisyah tu..gaya dah xmampu tgok mknan dh..haha..Yan..tlg jgn buat2 kiut..:p


 Ini sebelum mkn..boleh plak..gmbo mkn dulu kita tepek..apeapejelah labu..



 Paling kiri..Shikin si pengapit cum make-up artist..


 Gaya Aisyah sebelum mkn yer..beza kn ng yg atas tadi..haha


 The bestissssss!


 Ni cun yan..haha..yg td..tolong la..haha :p


 Budak kacamata 2 org ni mmg mcm2 gaya kalo tgok pic diorng..:)


nak rate sedap cemane aku tak reti..kalo tekak aku boleh lalu..semua sedap je pada aku..

tapi tgok keadaan tu, korang rate sendiri la yer..hihi



Dah kenyang sume..ape lagi..bayor dan g jumpa pengantin baru kt blakang Giant..haha..tak boleh blah..

Balik homestay..lepak-lepak dan beradu di pembaringan..

esok nk bangun pagi..hehe..


Bye.

XOXO

-Chem-


P/S:: cemane nk jadi blogger kalo update pun malas..hahaha..


Monday, May 20, 2013

Sepucuk Pistol Di Dalam Laci dan Langit Vanilla

Salam & Hye,

Ujung minggu baru-baru ni memang dihabiskan di rumah semata..

memang!

Sepatotnya ada walimah kakak Taca hari ahad tp atas sebab2 tertentu terpaksa membatalkan niat tersebut..

Kakaknya kawen, so ok lagi la..kurang sket rasa bersalah..

Alhamdulillah..

4 dan setengah buku berjaya di habiskan dalam dua hari tersebut..

tapi yg aku nak share pasal dua di atas je..

1) Langit Vanilla oleh Wani Ardy

Gee pun ade update pasal buku ni..tak sangka dia pun baca.. actually this book was recomended by one of my friend.. katanya buku puisi..

Apa boleh cakap, himpunan prosa dan puisi ni jujur.. Kalo Bogel Menuju Tuhan lebih terus dan bahasa yang mudah dan plain.. untuk wany ardy ni, dia bercampur..ada setengahnya sangat terus dan ada setengahnya sangat dalam selimut..baca sekali nampak plain..tapi bila diperhalusi, itu bukan sekadar kata-kata..

Dan ada jugak yang aku tak suka..


Ohh..yg aku share dkt entry sebelum ni..tu Wany Ardy..antara yg terus dan dekat sngt ng kita semua :)


2) Sepucuk Pistol Di Dalam Laci oleh Hadi M. Nor


Yang ni ada tak sampai 1/4 lagi untuk dihabiskan..

Baca dalam train..lambat la sket..tp boleh buat aku berada dalam dunia sendiri..

Bagus jugak la..so tak terasa serabut sangat dengan orng yg pelbagai ragam dan bau dan gaya,

Ini pada aku sangat mantap..Alegori sinikal..Ekspresi yang lebih american..Kalo yang belajar Literature mgkin faham maksud american di sini..Imaginasi yang tinggi dan lebih mengarut..senang je kita nak beza..kalo crita or movie ber-American dia lebih fiksyen..star wars etc..

Himpunan cerpen ini begitu..

Apa yang menarik..bila dibaca, ianya seperti ntah apa-apa dan tak dapat nk tgkap maksudnya..towards the end..nah.."owh, ini ke.." terus senyum sorang-sorang..

Sangat banyak unsur perlambangan..so, lain org mgkin lain fahamnya..

Bacalah..tak rugi baca..

Isu yang dibawanya lebih besar.. :)

Sekarang kita tggu buku Fynn Jamal pulak yer..



Bye..



XOXO

Chempaka



p/s: Catatan kata itu kadang lebih baik daripada ucapan kata..cubalah..

Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru Untuk Mama & Abah

Salam Hye..

Lambat sehari kan..?

biala.. hehe..

Semalam balik keje..terus call abah..

Chem: Abah...Selamat Hari Guru!

Abah: baru nok wish..mentang2 tak nak jd cikgu..terus lupa nak wish.. (perli sngt..hihi)

Chem: eh, wish dh la..awl2 lg dekat FB..

Abah: ye ke..nanti la cek..yg tu mama sokmo buka FB.

Chem: skng suma FB je sng..hehe..Bah, ce pggil cg sorang lg..

the rest is history..

saja je kan Abah ni..In Sha Allah..anakmu ini akan jd murabbi jugak one day..

targetnya taun depan smbung master..

pastu insha Allah la.. preparation mengikut suami..owh..alasan ini sngt tak boleh blah..haha..alasan lain..senang sket nk ade mase ng family bila dh berfamily nanti..haha alasan yg juga senget dan gedikkksss di situ...

sebenarnya saya nak jd Doktor..sbb tu la kne jd Murabbi..i want to be someone yg ada title kt depan..kalo sy jurutera..biarla ada IR.. bgtu juga kalo saya arkitek/akauntan/peguam.. nk buat cmne.. tak masuk sekolah perubatan..kalo tak..dh jd Dr Chempaka dh..haha.. saya hanya seorang dropped out Engineering School..huhu..:p

Eh..dh mengarut dh bakal Doktor ni..*matakeatastangankebahu*

kita copypaste FB okeyh..

"Kita takkan dapat apa kita mahu,
Kita akan dapat apa kita tak mahu,
Kita harus mahu apa kita tak mahu,
Hingga kita tak mahu apa kita mahu.

REDAH! "

(Wani Ardy, 2012)

Sy suka baca dan sy cinta coretan kata sebab sy tau itu datang daripada Mama Mahshuri Ismail

Buat sy boleh tak tido kerana ber-novel, terbang dalam ruang tak bertepi sebab nak hadam puisi dan coretan kata.

Buat sy kenal indahnya sastera dan bahasa

Abah Alias Daud selalu pesan,

"Org takkan ingat apa yg kita pernah tolong dia, tp hanya akan ingt sekali yg kita tak mampu tolong..tapi jgn sbb itu terus tak tolong orang..Tolong selagi boleh semoga nanti, bila kita kesusahan ada yg sudi bantu.."

Sy selalu cakap, sy anak abah..
sebab lebih kool and rasional bila berdepan konfrantasi..

Ya..mereka cikgu pertama sy..cikgu BM and Math sy..Cikgu kehidupan sy..

Untuk MAMA and ABAH : Selamat Hari Guru!! Happy Teacher's Day!!! I Love You..Thank you for everything.. masa kecik2, buat kad sendiri, selit dekat almari solek..bila beso ni..kita wish dekat FB je..hihi

Untuk semua cikgu saya: 


SRJK (C) Chong hwa, Wakat Tapai
Sk Wakat tapai
SMK (A) Durian Guling
SMK Padang Midin
MRSM YT Dungun
MSRM Pengkalan Chepa
MC IIUM
IIUM, Gombak

Juga kawan-kawan yang kini bergelar cikgu dan pendidik..
Tak lupa buat Angoh Ti, Kak Hanim, Cik Yah and Mok Teh Poh ..

SELAMAT HARI GURU Malaysia!!



1 ASPIRASI : 1 AGENDA


p/s:  Kalau jadi guru, kene ikhlas..kalau terpaksa sbb tak punya pilihan lain..yakin dan percaya itu yg terbaik..biar betul ikhlasnya..kesian yang ingin berguru..

'kesian Mia...'



Monday, May 13, 2013

Prame : Farewell

Salam & hye..

[Wrote on last Friday]

lama kita tak jumpa kan..?

Rindu x..? haruslah tak..aku tau tu..okeyh..tsk tsk..

Sape yg follow Intagram aku tau la kot update aku hari2..

My dear office mate Prame..hari ni last day dia..huhu..lebih kurang genap setahun aku kerja, maka genap setahun lah aku kenal dia..sebab department aku ni cenonet je..makanya mmg aku sngt rapat ng dia..So, bila dia leaving agak terasa la..

But its good for her career movement..All the best dear! :) will miss u dearly..

So, haritu ktorg pg la lunch same2 dkt Pavilion with lg dua org colleague baru.. :).. Semalam plak, Ms Lynn blanje dekat Nandos..sbb Lot office aku ni share dua department..so, kita pegi la sume..baru rase ramai sket..Boss nk blanje kan..lg la suka..hihi..

Then, td..Amar plak blanje ktorng..Amar ni Boss jugak tp from other department..slalu la deal ng ktorng lagi2 Prame..about agreement etc..So, macam farewell lunch la..

Ni pun, aku tgh tggu Prame kemas2..bayangkan la, kalo dh 4 tahun dgn company..office dh jadi umah no dua..ng dia punya bear yg banyak gila..mcm2 la..tu pun..dia ade tggl gak la..

Isnin ni dia report dekat company baru..tak jauh pun..so, maybe, we will meet up for breakfast..

Em..ktorng ni mcm dh boleh share crita pasal macam2 dh..dia ni open and positive kind of person..so, kalo cakap tu bukan pasal bnde ngarut2 la..tu yg syok tu..

tp mmg ade la yg nakal ktorng buat same2 kan..

Dia ni mmg tak tengok cita melayu..sape pun dia tak kenal..Siti Nurhaliza je dia kenal..Erra Fazira lagi sorang..ko sebut la Lisa Surihani ke Shaheizy Sam ke..mmg dia kene tanye Pakcik Gugel..tu pun tak kenal jugak..haha..

Tapi..aku dah berjaya buat dia tengok ISTANBUL AKU DATANG dekat pawagam okeyh..bukan sekali..tapi 3x die g tgok..tak beragak..lawan tokey betul..maka baru la dia kenal Lisa..then skng,Fan Lisa dh dia disamping Bobo BUBU..Big Fan okeyh..siap PM Bobo Bubu lagi..ajak aku g jumpa Bobo Bubu..boleh tak..? senget gak dia ni kadang2..

Really nice to know you la dear.. :)

So layan je la gambar kt bawah yer..



 Pepper Lunch, Pavilion (curi fr IG sendiri)

Lo Vui nk amik gamba ng Sos..suka sngt dia ng Sos Nando's :)





 Pepper  Lunch, ladies day out!


At Pak Cik's Cafe (nama kedai ni mmg cmni ok..;p)
amik order kemain canggih..



Okeyh..sekian sahaja..

Bye

XOXO
Chempaka




P/S: pg td dapat text from Prame.. Her brother is in critical condition now after get shot by unknown people at Bandar Tun Razak last Saturday.. Just went tru his major operation today.. Pray for him ya.. hope that everything will be fine.


 

Tuesday, April 23, 2013

Sg Petani, Kedah - DAY 1 Part 1

Salam & Hye..

Terpaksa buat berpart2 sebab macam penuh je aktiviti..*yerlasangatkanhehehe*

Tak tau nak start dari mana..haha..tu la, sape suh update lambat2..

Sebenarnya journey aku macam dah bermula dari jumaat lg..sebab ktorng bekumpul kt Kota Damansara umah Yan, P-Qah, and Fazet. Gee dah sampai awal2 lagi..balik keje terus pegi..sampai sebelum Tuan rumah balik..hebat lagi..haha..Aku sampai umah diorng dalam 12am ++..

So esoknya, bangun pagi ng muka tak basuh kita balut hadiah dulu..maklumlah..hadiah aku yg beli pastu pembalut malam tadi baru beli kat 7E..mihmihmih..So...bla bla bla bla...

4.30 am 160313

Dengan lafaz Bismillah..ktorang pun memulakan perjalanan..gerak awal sebab nak sempatkan akad nikah..In Sha Allah..Kita pegi ng Bumble Bee..banyak dah berjasa si Bumble Bee ni..Thank you Bumble Bee..kalo dia boleh becakap mesti dia pun berterima kasih kat Tuan dia sebab dah bawak dia jalan2 pusing Malaysia..hihi..

Tapiiiii......... ktorng blom isi minyak full tank lagi and sebenarnya minyak pun dah tinggal macam sekit sangat dah..so, dengan confidentnya kita terus masuk highway dengan harapan isi kt tgh jalan..skali dah semangat dah bagi signal..boleh plak Petrol station tu under construction..Apakah...?? dh cuak dah..sebab next hentian sebelah is Tapah which will take more than one hour.. takpe..tawakkal and yakin,ktorng decide untuk keluar susur,isi minyak and baru masuk highway balik..time ni dah kelip-kelip dah..masa ni aku mmg yakin je,kita akan sampai..sbb pengalaman balik Trganu dulu penah mcm ni skali.. So, alhamdulillah..segalanya ok..sempat! bayangkan kalo tak sempat, tak ke tersadai anak gadis comel-comel lima orang ng baju cantik2 tepi highway hitchhike lori kang..haha..pukul 5 pagi plak tu..tak ke haru....adoi!..

After subuh dekat Tapah..kita terus je ke Sg. Petani terus..aku siap solat tu, tengok Gee dah siap2 duk sebelah dh..mmg nk suh aku drive la tu citanya..ngantuk mmg la..tido lambat bangun awal kn..tp sbb mind dh set dari awal..We will gonna have an awesome journey, wed cum vacation!..yeay!!!!! :)
so xde hal la..lg pun mgkin sbb dah biasa kan travel jauh2..so,ok je la..

Pada aku, PLUS highway ke utara lagi mencabar dari ke Selatan..sebab to the south, jalan dia lurus and mendatar tau..so macam saujana mata memandang..nampak straight je..ibaratnya, kalo kete selang 3 buah kedepan memotong pun kita boleh nampak la..Tp ke utara ni macam selekoh banyak and bukit-bukit..tapi yang bestnya...kiri kanan memang best gila..ni bukan stock2 kelapa sawit je,hutan je..ni macam jumpa bukit tinggi2..pastu macam jumpa gua pun ade..ujung-ujung perak tu lagi syok habes..mata ni rase nak tengok tepi je...

8.48 am 160313

Alhamdulillah, sampi la ktorng dekat masjid apeakutakingatname..huhu..tp ngam2 a ktorng sampai tu..tengah nak ready2 la untuk Akad nikah..terus rase VVIP sangat..takde ktorng, majlis tak jalan..poyo sangat di situ..makanya, sempat la ktorng camwhore dulu..#iniperkarawajib

selamat muntah la korang tengok gambar-gambar #superpoyo #supergedikks


  Baru sampai..haha..gaya xleh blah..macam YB masuk kampung tu..haha

ha..yg 4 org kt bawah tu..yg mmg lg awl smpi dr ktorng..


lambak terus semua gambar..haha
                                    
Liza dah selamat..Daripada Cik dah jadi Puan..Semoga bahagia hingga syurga yer kawan..:)
Tu sebenarnya, Liza tgh cuba hafal syarat wajib dan sah nikah..Solat etc..sbb before akad, Imam akan tanya dua2 pengantin..kalo ko tak tarik nafas and relax, mmg beterabur la sume..Tok Imam tu plak scary gile..sabo je la..huhu..

Time batal air sembahyang ni yg paling aku suka..Isteri cium tangan suami tanda hormat dan Suami cium dahi isteri tanda kasih and mcm sign yg cakap " sy syg awk,sy akan lindung awk dan jaga awk smpi bila2"

sebab tu, kalo boleh..jaga la batas2 sebelum kawen..moga nanti ini jadi momen terindah..:) *peringatanuntukdirisendirijuga*

After setel suma yang wajib,kita balik homestay dan rehat sekejap...

tapi kan..tapi kan... tapi kan...nk ikut Liza g makeup..hmm..mgkin xde rezeki kn..xpe la..#therestishistory

The Homestay was superb!mmg selesa sangat la..recommended kalo korang nak pg yer..tak jauh pun dari umah Liza,kalo kera kangkang tu tak sempat sakit la..mmg ngam2 sekangkang..bahahaha..

Pakcik cakap, pukul 11 dia datang amik ktorng..so, dalam 11.15am camtu kita follow je Pakcik tu ke Dewan untuk Reception petang tu..mmg agak awal la ktorng sampai, tak pe..kitorang dah naik pangkat jadi Tuan Rumah dah..haha..

sampai tu pepandai je buat kecoh ng amik gambar..org tengok, kita buat tak layan je..biala..jeles la tu, kawan kita kawen, ktorang pakai baju ade theme, diorang takde..ktorang ade props,diorang xde..berlagak sangat okeyh..haha..biala..janji aku happy sangattt!


                                    

                                                  Gee yang buat..canteek sangat.. suka!

                                  

 Ni prop yg paling glamer di samping LOVE twitter..malas nk upload banyak2..haha... tapi kan..saya suka yang HIS tu..gambar kne simpan dulu..hahahahahahahahah*gelak jahat*

                                     



 Ini mmg acara wajib org kawen..mkn suap2..pastu amik gambar..haha..kalo aku, yg ni yg paling aku akan elak..kalo nak suap pun..mgkin boleh suap aiskrim ke..yg ade kayu tu..aci tak..?.. ni tgh mkn nasik,minum air..pastu suap kt org sebelah plak tu..mau tak terkehel tgn..kalo org depan lain cite la kn..sng sket..betul tak?..sila cakap betul semua..hahaha

Dah petang sket, aku mmg dh penat sangat, sempat tido 10 mnt dalam kete..pastu ktorang 5 orang aka Geng Kete Kuning yang Degil mintak ng Pakcik nak balik homestay..nk rehat jap..nanti petang kul 5pm ktorang datang balik sbb nak ikut amik gamba ng pengantin.. :) tak sabar okeyh!




tp mgkin bukan rezeki..xdapat nk 'mencapub' dengan pengantin..kelewatan telah berlaku dan pengantin tinggalkan ktorng..isk isk isk..sayu je hati..pastu macam, kne g hanta orang ni..orang ni nk g tgok orang tu..ntah..aku pun tak paham di kala itu..tp xpe.. maka jadi la seperti gambar di atas..ktorng jejak pengantin photo shot dan buat agenda sendiri..huahua hua...

 Dan dah katanya di Sg Petani..haruslah ke PANTAI MERDEKA kan.... :p

Penat aku ng Yan nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka..diorang tak tau..boleh tak? tak rock kapak langsung kan diorang ni..? ish2..err..ke aku yang berjiwa klasik..?hahaha...Tak tak..sebagai orang yg lahir tahun 80-an..wajib tahu lagu evergreen 80-an 90-an ni..kan..kan..kan..?.. *tetapjugaknakmenangdenganmukatakbesalah*

Juga bukan rezeki..kecewa gila rasa hati..time ni..aku punya kecewa rasa macam tak nk behenti becakap..boleh tak mcm tu..?sungguh tak de kaetan..

em, tapi betul weyh..dia rase macam frust tak dapat makan aiskrim, tp aiskrim dah depan mata..ha..cmtu la tragisnya xleh g Pantai Merdeka ni..mgkin sebab Pak Cik sayang ktorng sangat2 kot..xpe la..bak kata Pakcik..nanti datang lagi..err..bilakah??...hmmm...

Pantai Merdeka xleh pg..boleh la tahan lagi.. even..hmm..tp, bila nak g makan kt luar, kt tempat-tempat best tak boleh jugak....isk isk isk..nak nangissssssss!!!! wawawawawawawawawawwawa~

Lalu, Budak-budak Kereta Kuning yang Degil dengan baiknya call kawan2 utk tanya tempat makan best...

Maka..lepas mandi dan siap2...ktorang C.A.B.U.T!!!!!!!!! mihmihmih..


Ke manakah ktorang pegi..? Tunggguuuuuuuuuuuu....haha


Bye
XOXO
Chempaka






P/S: Bila ckp,thats how my parent treat me too..then Yan replied: "tak mcm ni kot,kalo tak ko xde kt sini" then, it makes me think..hmm..betul jugak..Yer..lepas dah keje ni.. :)