Korea????
Aku bukanlah peminat K-Pop sangat tapi sekarang dah belajar tengok realiti show dia, Running Man dengan We Got Married. Kalau Auni, tanyalah apa sahaja memang suka dan bagaikan CNN dah aku rasa. Pengetahuan K-Pop dia sangat luas.
Aku bukan nak cerita pasal K-Pop pun tapi Korea Utara yang mana Korea Utara dan Selatan terpisah sejak perang penghujung 1950-an dulu. Melalui pembacaan di Wiki (tak berapa tepat sangat maklumatnya mungkin) dan beberapa blog lain, Korea Utara sebuah negara Komunis yang mana Kim II-Sung sebagai satu-satunya Presiden negara tersebut walaupun telah meninggal dunia pada 1994. Kemudian legasinya diwarisi oleh anak lelakinya Kim Jong-Il dan kini pemrintahan dipegang oleh Kim Jong Un.
Unik sebenarnya Korea Utara ni yang sangatlah menerapkan nilai Patriotik
Dalam Harian Metro semalam bahagian global ada satu berita pasal Korea Utara, katanya Kim telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Pegawai Kanan Tentera yang menukar lirik lagu kebangsaan mereka.
"Terima kasih kepada Parti kita" jadi "Terima kasih kepada parti awak"
"Benci kepada musuh, cintakan tanah air" jadi "Bencikan isteri, cintakan perempuan simpanan"
lagu tersebut telah ditukar lirik masa berkaraoke. Kim menganggap tindakan tersebut sebagai pemberontakan. So,esoknya terus dia suruh pasukan penembak untuk mengheret Pegawai tersebut keluar dari rumah dan menembak mati. Uishh, takutttttttt!.
Pendapat aku, tindakan tegas bagi yang mempersendakan lagu kebangsaan memang bagus tapi tindakan menembak mati tu, terkejut jugaklah. Tapi itulah keistimewaan Korea Utara.
Berlainan dekat Malaysia, bila Namewee mempersedakan lagu Negaraku yang kita duk nyanyi dari tadika tiap-tiap pagi, tindakannya hanyalah acah-acah sahaja. Aku tak mengikuti sangat kes tersebut, tapi Namewee sehingga sekarang masih lagi Vlogger yang terkenal. Kalau Kim yang memerintah Malaysia...hmmmm...
Korea Utara masuk World Cup
P/S: Kurang gemar dengan tindakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang letak tangan dekat dada bila lagu kebangsaan dimainkan. Bukan sepatutnya tangan ke tepi ke..????