marah aku pada yang rakus
benci aku pada meragut
sakit hati aku pada yang pengecut
bengang aku pada yang hantu
menangis aku kerana kamu yang bodoh
menjerit aku kerana kamu yang tolol
meraung aku kerana kamu yang gelojoh
tegar kamu menjadi pemusnah pada jiwa yang bersih
sampainya hati kamu
menjadi pembunuh pada hati yang suci..
"dah tau sedap berani la tanggung"
ya,
kemudian jawab kamu:
"ahh,dosa aku biar aku yang tanggung,
kalau mati kubur lain lain"
angkuhnya kamu!!
kamu terlalu liberal
liberal yang terpesong dari landasan
hukum norma kemanusiaan sejagat
kebebasan yang kamu kecap
terlalu jauh hingga kamu hilang punca dan pedoman
aku tak heran pada kamu
tp yang ak kesahkan
jasad kaku tak bernyawa itu..
selautan ait mata oleh yang prihatin belum tentu menberi nyawa
pada yang terkulai
kamu kejam!!!
biar..
asal aku prihatin
kami prihatin
dan kamu,kamu dan kamu
juga harus prihatin
jangan terhantuk baru nak tengadah
#cetusan rasa "kami prihatin"
~jangan biar kita penyumbang kepada mangsa seterusnya...~
1 comment:
ops.."yang meragut"
Post a Comment