Nuffnang Ads

Tuesday, June 30, 2015

Kenangan Kanak-Kanak 80-an Ketika Remaja

Salam & Hye,

Chingu lately semua down to memory lane, as seperti kata AJET (you can visit hers too) baru je lagi menjadi ahli Chingu. Puasa-puasa ni macam-macam la topik keluar dekat group, it happens when one of us getting sleepy.

Aku tak tau la this post title related much ke tak, tapi boleh la sket-sket. Chingus berjaya figure out a few things that we did during our schooldays back then.

1) Gosok tudung pakai lilin



Which i never apply, tapi most of my friends did. Gosok atau tenyehkan lilin pada tudung sekolah dekat bahagian muka untuk effect yang keras dan terbentuk sebelum gosok pakai iron.Ada juga yang cairkan lilin pada iron kemudian gosokkan pada tudung. Nanti bila pakai, tudung akan kekal terbentuk cantik kebabom.

2) Awning tudung pakai clear cover



Yang ni almost semua dekat kelas buat, since sekolah rendah sampailah menengah. Tau kan, dulu-dulu kalau subjek kajian tempatan mesti kena buat buku scrap, so kita akan ada plastic cover, mase tu 50 sen satu kalau tak silap. Gunting plastic cover bagi ngam-ngam boleh letak bahagian dalam tudung sekolah. Memang kena angin sepoi-sepoi pun tak bergerak weyh. Bila dah masa rehat tu, benda alah tu dah berpeluh, keluarkan, lap then letak balik. Bulat je tudung semua.

3) Kain Labuh

Yang ni mungkin tak apply to all, tapi ada satu waktu tu, kain labuh memang jadi trend. Sapu semua sampah sarap daun kering semua, setel. Waktu tu, makin labuh kainnya makin power orang tu. Kira dah cukup nakal dah tu.

4) Tulis buku lagu



Kalau sekarang, tanya je pakcik Google, semua keluar. Tapi masa tu, penggunaan internet ni sangat jarang. Dengar lagu pun pakai walkman lagi and kaset. Siapa ada walkman dah dikira kaya la even harga walkman masa tu dalam RM60-RM100 ikut brand. Apa yang kitaorang buat is, dengar lagu sambil salin laju-laju. Kalau siapa yang hafal lagu tu, akan tulis dan kita ni akan copy buku lagu dia. Gigih tak gigihnya la.

5) Balut meja



Meja sekolah tak begitu cantik mungkin sebab dah bertahun tak ditukar. So caranya, balutkan dengan pembalut hadiah dan cover dengan plastic pembalut buku.Dekat atas meja tu, bolehla kalau nak letak lirik lagu kegemaran. Kalau nak mengorant pun, tinggalkan lah note kat situ.

6) Fenomena Boyband dan hindustan masih jadi kegilaan



Cubala tanya kawan-kawan sekeliling, pasti Nsync, Newboys, BSB, Spice Girl (pompuan ni, hehe) mereka kenali. Nick Carter contohnya, rambut belah tengah. Maka semua  lelaki-lelaki cuba bergaya rambut ala belah tengah jugak. Kalau di Malaysia, ini zaman Newboys, Qface, Spin, Syura dan Siti NurDiana. Tak lupa band dari seberang, Shiela On 7. Lagu Sejarah Mungkin Berulang oleh NewBoys pada ketika awal 2000-an glamornya seperti Mewangi hari ni.

Setiap hari Sabtu, orang masih lagi berkumpul depan tv untuk tengok filem Bollywood, Aishwarya Rai, SRK, Aamir Khan, Salman Khan, Juhi Chawla and the list goes on. Siapa tak tau cerita Dil To Pagal Hai, Mohabbatein dan banyak lagi. Yang kita suka is Tall, Dark and Hensem and not Jambu, Flawless and Skinny macam mamat Korea harini. Paling-paling pun Titanic, Smallvilles and all.

Ni je yang ingat setakat ni, nanti kita update lagi ok.

Belum cerita pasal denda dan hostel life lagi. Lagi awesome kot.

Disclaimer : All photos are from Google.












P/S: Pernah tertarik pada Tall, Dark & Hensem ketika zaman itu, owh macam-macam stupid things i did back then even some of it dah takleh ingat. Kelakar ada, malu pun ada. I've heard recently that you fall for someone. I am sure she's a nice girl. Go and get her, lambat-lambat nanti melepas. :)

No comments: