Nuffnang Ads

Tuesday, July 7, 2015

Buka Puasa Part 1

Salam & Hye,

Selamat berpuasa.

Jangan sia-siakan 10 mlm terakhir ni.

As for every ramadhan pun, akan ada buka puasa ramai-ramai ktorang dekat umah Ayah Ngoh since kiranya dia yang paling dewasa la ada dekat area KL/Selangor ni. Kalau sebelum ni, aku akan sampai tengahari and tolong ape yang patut. Malam akan tidur dekat sana, esoknya tengahari akan balik rumah la. Sekarang, memang aku dah duduk dengan dia so, kita jadi tuan rumah jugak la.

After 7 years plus, the Kids (Mok Teh's kids) for the first time balik beraya dekat Malaysia as sekarang diorang stay dekat Scotland. They will spend 2 weeks puasa dengan ktorang before ke Penang kampung Pakteh and then going back to Terengganu untuk raya.

So, Weekend haritu kita buka puasa sama-sama. Both days sabtu dan ahad, penat weyh but best sebab ramai-ramai kan. Dah memang habit suka melepak sampai tengah malam tu dah jadi sebati dalam diri, dengan aku-aku sekali tak tidur malam, lepas subuh baru tidur. Kalah orang jetleg. muahahahaha.

Jumaat malam, kita ke Pasar Borong Selangor yang bukak 24 hours, senang. Murah pun murah.

Menu wajib adalah bubur lambuk terengganu yang ada ikan, pucuk paku dan segala mak nenek dalam tu. Kebetulan, aku balik Terengganu a week before tu bawak balik banyak daun-daun bubuk lambuk memang banyak chengoh buat. Even jumaat tu pun dia ada bawak pegi ofis bagi dekat kawan-kawan ofis. Sabtu petang tu pun, pergi hantar dekat rumah kawan-kawan rapat and jiran-jiran dekat terengganu yang sama jugak dah settledown dekat KL. Itu yang best ramadhan ni, mesti akan ada makan-makan dengan semua kaum kerabat. We consider untuk masak je hari sabtu tu, but for ahad kita tempah je nasi arab dekat Sri Petaling.

Ahad lagi ramai yang ada, ada Kakna jugak and kebetulan Aalia invited Esqandar, for the first time officially introduce pada family. Kalau aku jadi Es, ketaq lutut bak hang. Ramai gila dengan bising sangat, tau-tau je la ktorang ni memang gelak tak pernah control, mulut main lepas je, nak tanya ape tanya je. Masa solat magrib jemaah dekat bawah, aku and kakna yang cuak. Buatnya, tetiba siapa-siapa cuit Es suruh jadi Imam, kalut jugak tu. Memang boleh, tapi mestila cuak kan. Alhamdulillah, everything went well.

Si Amni buat lawak dia pergi menari Sakitnya Tuh Di Sini. Ya Allah dia punya joget tu tak boleh blah. Budak-budak semua sugar rush malam tu, ktorang sumbat cake, kit kat, chocolate. Tu yang macam-macam hal tu.

Kakna dengan Abg Jiman pulak buat lawak antarabangsa malam tu, Aalia and Es keluar gi beli ais time tu, so diaorang ambik kesempatan tell the whole story yang Es ni study together with my friend dekat UK. Dah tak pasal-pasal cerita kita yang tak berkait ni keluar. Pening aku dengan diorang. Ok dah tutup cerita pasal tu.

As lepak mamak tu wajib, after golongan atasan and golongan babies sudah kembali ke sarang masing-masing. Kita yang remaja dan muda-mudi ni ngeteh la. Bawak the Kids gi mamak and lets them order themselves. Roti canai and milo ais je diorang reti order. Nak maggi sup taknak sayur kene pakai translator dah la.Kekekeke. Around 12 plus kita dah balik sebab aku pun nak kena hantar Nadhi balik Kolej. Hasif pun tunggu kawan dia pick up nak balik Kolej jugak. Nasib baik ada Farah temankan hantar Nadhi, tu pun guard tu dah tanya dah kenapa lambat. Budak Kisas balik Kolej pukul 1am, rare sangat ni. Balik lepak lagi dengan Farah.Tak sedar diri nak kerja esoknya.

Nasib baik dekat ofis tak mengantuk, tapi balik malam tadi, Tidur terus lepas buka. Pukul 10 baru bangun balik. This coming weekend ada lagi another session. Kali ni family belah ktorang pulak, maybe ada bbq kali ni, sebab ramai pembakar yang sudi mengasap-apikan diri. Ahad, inshaAllah akan iftar dengan chingus. Jumaat malam, kita nak lepak Bangsar. Lepas tu bilanya projek biskut raya ni??? Cepat cakap..Tinggal angan-angan je la. Azam tiap kali weekend nak bake, dan setiap kali itu jugalah, plan last minit pergi lepak ngeteh ngopi yang jadi keutamaan.

Gambar?

Huhu, tak sempat nak transfer from diorang lagi, busy makan, gambar pun lupa, yang ada dalam phone ni macam kurang wajar diupload. Takpe lah. Sebab tak ade gambar, kita bagi resepi salad arab untuk tatapan semua yer :)


Bahan-Bahan


Sebiji bawang besar

Sebiji Tomato

Daun Sup

Garam

Perahan lemon

Black pepper

Olive Oil

Caranya

Potong dadu semua bahan-bahan


Masukkan garam

Sesudu olive oil

2-3 sudu perahan lemon

Black pepper

Kacau, cover dengan plastic wrap dan chillkan
(Better jangan berair sangat, so agak agak je la letak bahan bahan)

The taste has to be masam-masam and masin siket je.

Sedia untuk dihidang.


Sesuai makan dengan nasi arab, chicken grill or lamb grill.


Ok, bye. nanti minggu depan kita merapu lagi k.




P/S: That leads to the overnight chatting and the confession.
       Betul lah Ramadan mengajar umatnya jujur, terlampau jujur payah jugak.
       *lappeluhdekatdahitapihatirasalegadanlapang*
     

P/SS: Hey you, senget kan! *dushdush*

No comments: