Nuffnang Ads

Tuesday, September 24, 2013

Kenduri Sambil Jejalan #FazetKawen

Salam & Hye..

First of all..Congratulation to Fazet & Hazwan aka Ustad... 7 years of friendship continue with the beautiful and meaningful halal relationship..:)))))))



Sekali lafaz je..alhamdulillah..tak silap aku 10.41 pg, hari sabtu, 21092013

"aku doakan ko bahagia samapi syurga..sabar and kuat selalu..ha..lagi satu2, hadiah ktorg bagi tu boleh letak roti skali dalam tu..buat makan n minum petang2..haha..Gee yg cakap la.."

Sanding dia petang, dalam pukul 2 baru start..So, after amik gamba..ktorng gerak terus sebab ada destinasi nak singgah..

Pantai Klebang, Melaka


Sampi matahari dh nk terbenam..even pantai dia tak pantai sangat tp best sebab #kawankawanbest yang ada sama.. :)

Ni yg kt atas ni..budget2 nk gamba power la..gadis-gadis bermain di gigi air..tapi hasil dia..ntahpapeje..haha..tp kira cntik menarik ko mmg kabom la kn..kn..kn..kn..kn..? (baik cakap ya!)

aku longgok je gamba..so redha la sebab tak ikut susunan..bolehla kan..yg penting terhapdet yer..jgn jd cam pg Sg.Petani..bekurun baru sebok nk buat entry..pastu lupa..insap dh haku..



Ni betul2 candid..suka aku pic ni..

Gelak sebab Dal cakap dekat Gee 'Ayu' sangat..haha


Lagi kami bercamwhore..aku mmg suka la photo props yg burung cium2 ni..*gatal sangat*.. tp 1st place tetap HIS..haha..yg tu exclusive..tggu tiba masa..heee..


Ni cubaan ntah kali keberapa nk lompat..mmg Pqah je la melompat dengan riangnya..aku bukan ape..takut semua kt Klebang tu lari je nanti aku lompat..kain ternaik tinggi pastu sangkut kt muka..tak ke haru..dh satu hal plak budak2 ni pun tgglkn aku sbb xnk ngaku kawan..hihi..tak ke susah tu..


Lagi aksi kami..haish..comel la pengantin berdua ni..


Ini g main bowling..sempat lagi ni..habiskan masa tggu org sanding..

Pin kat tepi jalan bukan main besar..skali sampai, dari luar macam gudang lama..masuk dalam..hmm..mmg nmpak lama pun..tu tak kesah lagi..tp akak yg jaga tu..bukan main garang..

Aku tak pnh jmpa lagi..org cek stokin sorang2..mmg aku jarang beli stokin g main boling kalo tak bawak stokin..so, buat mcm biasalh..tipu konon ada stokin kn..skali datang cek sorang2 ok..

"tengok stokin..tak pakai stokin, pegi sana!" seram I..haha


Post ayu gadis2 dan Ummi-to-be di tepi pantai..

Yan update dekat IG, baru aku prasan gaya tangan sume same..ni dh abes kool sangat la ni konon bergaya gini..


Lagi... 


Bepeluh Ustad tggu org besilat tgh panas2..lepas sorang, sorang lagi..lepas silat..kutip tol pulak..nk sampai ke pelamin tu hazab la jugak..Kalo aku ni..bepeluh ketiak..terus rasa nk mandi air terjun..



Misi mencari Klebang Coconut Shake Original..dekat jalan klebang..tepi jalan je..tu kalo yg nak take away la..kalo nak makan situ..jalan dalam 50m, ada tmpt parking and kedai skali..

nak pegi..senang je..Search GPS.. "Klebang Coconut Shake Original" .. ada dlm GPS ok..power tak power..

Kene pegi Melaka lagi ni..

Plan seterusnya..

#jalanjalancarimakan #melaka #ikanbakar #jonkerstreet #bandarmelakabandarbersejarah #kebayanyonya #cendolbawahpokok #cruise #menaratamingsari

bukan main banyak..yg paling peting..jalan-jalan cari makan..

oppsss..ramai yang pelik..mane aku kenal ramai sangat geng2 KICT ni..sume wedding diorng aku ada..haha..aku pun tak tau..kenal programme..kenal kawan atas kawan..ntah..tau2 dh kenal..kenal lagi ramai dari budak course sendiri..jodoh kuat ni dengan bebudak KICT..hahaha...

Bye..


XOXO
Chempaka





P/S: Tak tau diorang yg membesar dengan cepat ke or aku yang membesar dengan lambat..hmm..*konfius*





Wednesday, September 18, 2013

Anak Angkat

Salam and Hye..

lama dh tak bebel-bebel kan..

Arini tak turun lunch sbb dh heavy breakfast..ni pun kenyang sngt lagi..

tgok2 Amboi.com yg org share kat FB newfeed..ade la cite pasal Jue Aziz amik anak angkat.. dan difahamkan, dia susukan baby dia sbb baby dia kan lelaki..xnk nanti hilang air smyg org kg cakap..wah..kagum gila.. :)))))


Jue Aziz & Darwisy


Kitaorg ni dh lame la suh mama abah amik anak angkat..sbb adik2 dh besar..Auni pun dh darjah 5..kalo nk amik, mmg ktorg nk baby lelaki since sorang je la adik lelaki yg ada..dan kebetulan, baby yg lahir dalam family besar aku lately ni sumanya pempuan..so kalo tgok baby lelaki tu mmg excited ktorng xyah cakap la..

Pujuk2 mama, dia cakap umur 2 tahun ke atas dia nak..kalo baby susah la..sbb mama skang makin busy kn..nk bgn tgh mlm buat susu..tu mmg mama malas la..so, kalo ade sape2 tau, ada family susah nk bg anak lelaki dia dlm umur 2,3 tahun bgtau la..*iniseriusni*..

So, aku pun google la cara nk amik anak angkat.


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Klik sini untuk download borang.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM

  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.
[SUMBER]

Sekarang, wanita yang belum berkahwin pun boleh ambik anak angkat kalo menepati syarat-syarat yang ditetapkan..Pada aku, benda ni sangat bagus lagi-lagi kalo ambik anak dr famili yang kurang berkemampuan atau anak-anak daripada adik2 kita yang terlanjur.. bukan menggalakkan diorang buat salah..tapi menolong diorang daripada tambah dosa buang baby tu..

Tapi ada juga kebimbangan lain yang menyatakan trend amik anak angkat dan susukan ni buleh menyebabkan wanita yang bekerjaya terutamanya memilih untuk tak berkahwin sbb berkahwin bukan lagi satu2nya cara untuk dapatkan zuriat. Kalo nak baca sepenuhnya, boleh baca kat SINI

Walau apapun, suma bergantung pada niat kita..Tapi harus diingatkan.. jaga la anak angkat anda sebaiknya walau satu hari anda dah ada anak sendiri..sayangi mereka..walau daripada siapa pun asal usul mereka..atas sebab apapun mereka dilahirkan..mereka tetap sama..hamba Allah di bumi ini.. :)

bye..


Chempaka *peace*




P/S: Skang tgh marathon Rindu Bertamu di Abu Dhabi, pasal anak angkat dan family..
Dah la baru terdengar rumors FA tu G**..oh, please.."FA,awk bkn mcmtu kn..?"..*nanges* (rumors itu mengarut!)  

Wednesday, September 4, 2013

Dua Puluh Sen

Salam & Hye..


20 sen..???

Tak yah cakap ape..sure org dah tau..

Masaalahnya..tudung bawal yg ok tu tp yang paling murah..selalunya selai RM30..sekarang dh naik jd RM35 okeyh..ape ke kekdahnya nye lah..dh tentu ko angkut tudung tu bekoyan2 skali hangkut dalam satu lori..haish, takkan la naik samapi RM5 selai..kotla naik 20 sen selai..boleh la trima akal lagi..

Kalo kira2 masak jugak la naik 20 sen ni..xpe..ujung minggu ni..kita duk umah je diam2..kot boleh jalan kaki..jalan kaki..kot boleh naik lrt..naik lrt..haha..

xde dh nk ulang alik balik Putra Heights dh..Tol je dh 6 hengget..kali dua..12 hengget..naik 20 sen lagi..masak la..

Pasni dh xleh dh..tetiba xtau nk wat ape..call sape2.."jom..aku amik ko..".."takpe..nanti aku hanta korang balik.."

dia kene tukar jadi.."ok, aku amik..sume tggu dekat lrt bla bla bla.."..

haha..

ahh.. malas pk..

Jadi..kita ade 2 pilihan..:

1) keje kerajaan sbb slalunya, dia akn naikkn sket gaji krjaan before fuel charge naik..so boleh tampung la kn..walau kurang membntu sngt..haha..

2) jadilah peniaga sbb 20 sen naik utk seliter tp harga mknan.bju sume la naik gak berhengget2..haha..mcm gula naik 20 sen sekilo tapi tea o segelas pulak naik 20 sen even segelas pakai 2 sudu je pun..haha..