Nuffnang Ads

Wednesday, September 18, 2013

Anak Angkat

Salam and Hye..

lama dh tak bebel-bebel kan..

Arini tak turun lunch sbb dh heavy breakfast..ni pun kenyang sngt lagi..

tgok2 Amboi.com yg org share kat FB newfeed..ade la cite pasal Jue Aziz amik anak angkat.. dan difahamkan, dia susukan baby dia sbb baby dia kan lelaki..xnk nanti hilang air smyg org kg cakap..wah..kagum gila.. :)))))


Jue Aziz & Darwisy


Kitaorg ni dh lame la suh mama abah amik anak angkat..sbb adik2 dh besar..Auni pun dh darjah 5..kalo nk amik, mmg ktorg nk baby lelaki since sorang je la adik lelaki yg ada..dan kebetulan, baby yg lahir dalam family besar aku lately ni sumanya pempuan..so kalo tgok baby lelaki tu mmg excited ktorng xyah cakap la..

Pujuk2 mama, dia cakap umur 2 tahun ke atas dia nak..kalo baby susah la..sbb mama skang makin busy kn..nk bgn tgh mlm buat susu..tu mmg mama malas la..so, kalo ade sape2 tau, ada family susah nk bg anak lelaki dia dlm umur 2,3 tahun bgtau la..*iniseriusni*..

So, aku pun google la cara nk amik anak angkat.


SYARAT-SYARAT 
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 
  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN 
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Klik sini untuk download borang.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.


PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM

  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.
[SUMBER]

Sekarang, wanita yang belum berkahwin pun boleh ambik anak angkat kalo menepati syarat-syarat yang ditetapkan..Pada aku, benda ni sangat bagus lagi-lagi kalo ambik anak dr famili yang kurang berkemampuan atau anak-anak daripada adik2 kita yang terlanjur.. bukan menggalakkan diorang buat salah..tapi menolong diorang daripada tambah dosa buang baby tu..

Tapi ada juga kebimbangan lain yang menyatakan trend amik anak angkat dan susukan ni buleh menyebabkan wanita yang bekerjaya terutamanya memilih untuk tak berkahwin sbb berkahwin bukan lagi satu2nya cara untuk dapatkan zuriat. Kalo nak baca sepenuhnya, boleh baca kat SINI

Walau apapun, suma bergantung pada niat kita..Tapi harus diingatkan.. jaga la anak angkat anda sebaiknya walau satu hari anda dah ada anak sendiri..sayangi mereka..walau daripada siapa pun asal usul mereka..atas sebab apapun mereka dilahirkan..mereka tetap sama..hamba Allah di bumi ini.. :)

bye..


Chempaka *peace*




P/S: Skang tgh marathon Rindu Bertamu di Abu Dhabi, pasal anak angkat dan family..
Dah la baru terdengar rumors FA tu G**..oh, please.."FA,awk bkn mcmtu kn..?"..*nanges* (rumors itu mengarut!)  

No comments: