Nuffnang Ads

Friday, February 28, 2014

Mr Steak House, Seri Kembangan

Salam & Hye,

Berbicara kita lagi dengan makanan..

Maklumla, azam tahun baru ada tiga :-
1) Nak jadi cantik
2) Nak explore tempat makan dan makan banyak-banyak, Best!
3) Nak g jalan-jalan banyak-banyak

*azamyangtakberapazamsangatla
*poyojelebihni
*akurasababmakanjeberjayadengangemilangnyahahahaha

I have known about this place dekat blog Kak Filla -TheKasihs-.. so, aku menyuarakan keinginan keexcitedan nk cuba Mr. Steak House dekat seorang teman ni since dia pun duduk dekat SK..way back in 2012 aku rasa..end of the year..dan aku baru pegi malam td which 27022014..nampak tak lamaaaaaaaaaanya baru boleh makan..haha

Kepada sapa yang di Seri Kembangan, Bukit Jalil, Puchong walau di Hulu Selangor sekalipun, mohle mencuba western kt sini..Rasanya sedap and not bad plus harga dia sngat berpatutan..most of the meal below RM20..ktorang berempat mlm td baru RM77..tapi kt sini ada service charge 5%..macam dekat Nandos, TGIF je uollsss..haha..

Koordinat location cari le sendiri..tp senang crita,dekat shoplot blakang Giant Seri Kembangan.

Dari Puchong :: Traffic light simpang 4 selepas Giant tu boleh masuk kanan - terus dan jumpa roundabout kecik amik pukul 9 - dalam 50m masuk ke kiri (ShopLot) - dah jumpa kedainya!!

Dari Bndr Seri Kembangan :: Traffic light selepas Petronas, sebelum Giant, masuk kiri - dan jumpa roundabout kecik amik pukul 9 - dalam 50m masuk ke kiri (ShopLot) - dah jumpa kedainya!!

tmpt mkn

Bolehla nak call for reservation

Menu :)

Gambar ni ehsan teman aku which aku rase ni tahun lepas.. Menu dia dh tak mcm ni dh..dh tukar saiz A3..haha

Ko nmpak tak macam, aku hantar org pg QC dulu, baru aku cuba..and it takes 1 year and half utk aku cuba..bijak Chempaka..bijak sngt..haha..Teman aku tu pun dh tak duduk situ dh pun..

Harga drinks dekat sini bawah RM7..aku minum Chocolate Iced dengan hanya RM4.90 dan aku makan Chicken Grilled hanya RM14.90. Chicken Maryland pula hanya RM12.90. Begitu juga Fish & Chip.. So aku rasa bolehla kalo nak ajak kawan-kawan ke sini..ambient yang juga best..kedai dia nmpak mcm ala ala cowboy gitu..

Oppss..gambar makanan xde la plak..mlm td battery phone dh flat..perut pun lapa..makan lagi utama..hahaha..Btw, Thanks pada Nadya sebab blanja ktorang.. Kata dapat BR1M..haha..

ok..bye..


XOXO
Chempaka




P/S:: Sometimes, I miss U :) yup..sometimes!








Wednesday, February 26, 2014

REDBULL & COOL-HIPSTER CAFE

Salam & Hye..

*Bukan sponsored post*

Pernah minum Red Bull kan..? one of the famous energy drink besides Livita, M7(apekenamadiayangaaronaziztu), 100 plus etc..Slalu kita minum yang tin colour gold tu kan..skng kita ada yang baru..tin yang tinggi dan kaler biru-silver..

Tadi jalan2 nk g lunch, theres one modified minicooper dh jadi redbull car bagi try..baru la tau rupa-rupanya Redbull yg gold and this one are from two different companies tp still guna the same nama..yg gold tu from Thailand and this one is product fro Europe.

So, bila dh kne redbull ni..harap bertenaga la for the whole day kan..sedap and good la bila nk drive balik kampung! yeay!..




Tu saje model Leta tengah gigih minum RedBull..jap agi duk mengarot je la ni kang..terlebih active nanti..haha..

This flavoured drink with taurine and vitamins is good for:

- top athletes
- busy professionals
- active students
- drivers on long journeys

Tgok promoter tu tadi..cool gak..lupa plak nk tanya..ada keje kosong ke tak..dapat minum redbull free..mahal kot ni..haha..dpt drive Mini Cooper lagi..haha

BTW, nk bagaitau..aku dah start sem dua dh..so sebab kelas dekat TTDI jadi kadang-kadang lepas kelas slalu la jgk lepak makan dekat area Uptown, Curve ke etc..so, aku nk share these tempat minum which aku rase cool and hipster dkt korang..aku pun tak pernah try lagi..so, moh la kita g sesame yer..

1) Chaiwalla Coffee (The Curve)

From google

Aku ni asalnya bukanla peminat coffee sangat tp maybe sbb sejak zaman blaja dulu slalu sngt berjaga and amik coffee..lama-lama jd addicted to caffeine.. aku kurang suka latte sbb dia mild sangat..aku lagi prefer mocha and sometimes, i take espresso..fuhh..masyukkkkkkk!

So, bolehla kita try sama-sama dkt Chaiwalla ni..tmpt pun best..harga dia dlm 6-8 rggit je which is affordable and reasonable..boleh ajak #chingu dtg sini.. and Aalia too..

2) Kulcats Cafe (TTDI)

Since aku ada kelas dkt TTDI, haruslah mencuba yg dkt situ kan..asyik tak jadi je nk pegi..hipster sngt ok..haha..Actually dekat area TTDI ni banyak coffee house and cafe yg cool..so boleh cuba one by one..plus kalo nk lepak pub pun banyak..Interlude, Duke & Dutchess... 

From Google

Ok..hingga ketemu lagi..

jangan lupa cuba k and share la tempat  makan yg best2 lagi...kita #JJCM... hihi..

Btw, aku plan nk bawak my uncle's family and my nenek makan ahad ni..kt mane yg best dekat Shah alam yer...?hmm...


XOXO
Chempaka





P/S: Ada ice cream baru (akuyangbarutahusebenarnya..duhh) nama dia Ben&Jerry..ada dekat Cold Storage..nampak yummmy gila..mcm lagi power dari haagen dazz..harga dia pun..huhu~

Monday, February 24, 2014

Roti Canai D' Bukit






Salam & Hye..

Sebelum jamu dengan gambar yang mengiurkan..kita crita sikit-sikit dulu..tempat ni mmg femes la sebenarnya tp aku je tak tau..skng aku bgtau korang..so lagiii femes kedai ni sebb makin ramai org kenal..




Pqah la yg suggest tempat ni..dipendekkan crita..Pqah bawak la ku and Nadya(which adeq aku) pg tempat ni..cari2 dkt blog bgtau tempat ni dekat seksyen 10, Bangi..So, ktorng pun menuju ke seksyen 10..tp mcm tak jmpa2..sebab bangi ni bulat, so ko macam berpusing kt situ je pun.. [Actually kalo korang dr KL-Exit bangi - roundabout pukul 9 - terus sampi nant masjid belah kiri (dkt traffic light) - tak sure kne uturn dkt traffic light or terus boleh ke kanan-kanan before masjid-terus je smpi hujung ke kg2 - masuk kiri dan naik bukit jalan kecik]

After that, ktorng decide pakai GPS letak koordinat..sbb exact Bukit yg dicari blom jumpa..agak jumpa simpang yg mcm betul tu..tak berbukit la plak..pqah dh "tak nmpk bukit pun"..haha

                         Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929

Jumpala akhirnya, kami disambut dgn bnyak kreta parking kt mane2 je..kt depan kedai siap ada 'baby uptown' jual baju, crepe and kek..mmg full house..dapt je meja..ada org datang amik order..dun worry..korang hanya perlu duduk and bangun bila dh bayar..suma ada staff dia yg akan dtg..konsep dia simple:

- Cari tempat..duduk
- amik oder
- mknan smpi..melantak
- dtg kira dan kita bayar (agak dh abes mkn, diorg dtg)
- sila chow spt2 sebab ramai lagi yg queue up




sbb first time, so kita mintak suggestion from adik amik order yang cute itu..




Ini lah yg ktorng order..yummyyy!! haish lapo la plop..

- 2 roti kosong
- 2 roti telur
- 1 roti tampal
- 1 kari daging
- 2 kari kambing
- sambal biasa
- sambal sardin

Harga dia sngt berpatutan..sume dlm RM24 sahaja termasuk air..kalo tak cukup kuah..boleh layan diri..yang jadi special sbb roti dia lembut dan roti canai org melayu dan bukannya kedai mamak..sambal and kari dia mmg rasa la, kari melayu..

Kepada yag nk makan kat sana..dtg la sebelum pukul 10..sbb nant habes..untuk take away..dtg la 7-8pg sbb kne bratur nanti..

Yang penting, mmg akan dtg lagi..nant bila-bila akan ku angkut Kak Na & Abg Jiman dtg sini..

#selamatmenjamuselera #anakdaraJJCM #chingucarimakan


Chow!

XOXO
-Chempaka-


P/S:: Alfaatihah buat abah tersayang kepada my dear Hazeeha/GEE yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Feb, 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Buat Gee, harap ko dan family kuat..insyaAllah..   

Sunday, February 16, 2014

Aku Tak Kuat




Aku tak kuat
Sungguh..aku tak kuat

Letaklah berjuta hashtag pun..
hati ini tetap rapuh
komenlah apapun
hati ini tetap luluh

Aku cuba kuat
kuat dengan bayangan kau dan orang lain..
berpegangan tangan bahagia..
tapi itu setahun dulu!!!!

kau betul la buat aku!
kenapa kau??????!!!!!

Aku tak kuat
bila lihat kau dan dia berdua

Aku sangat tak kuat!

19122012





P/S: Please..dun hurts him bacause it hurts me too..cukupla sakit aku sekarang..cukuplah...

Thursday, February 13, 2014

TIPS KE CAMERON HIGHLANDS


Salam & Hye..

Baru-baru ni  aku ke Cameron Highlands from February 7, 2014 to February 9,2014.

1) Attending Izyan Farhana's wedding reception.. yg kat sana belah lelaki..tp sebab dekat CH so kita tetap pegi bacause.......

2) Nak jalan-jalan #chingu #CHwithbumblebeeNgipsy #LeBridemaidsonWHI

Jadi before ktorng pegi mmg buat research sket..and now a few tips for you guys yang ada plan nak ke sana..

1- Rancang Perjalanan anda

- Sama ada berkumpulan dengan kawan-kawan (sama jantina/mix), family atau individu.
- Kena tahu berapa lama di sana.
- Maximum budget seorang boleh afford (kalau berkumpulan dengan kawan-kawan)
- Masa anda ke sana (Cuti umum/hujung minggu/weekdays) sebab harga penginapan may vary depending on   season.
- Kenalpasti tempat yang nak pegi dan bayaran masuk
- Susun jadual anda. (Dalam trip ktorang ni, Gee dh tolong buatkan..TQ Gee :))
- Perjalanan akan mengambil masa dalam 3jam-3jam stgh je kot..bhenti la dekat RnR Tapah sekejap..

2- Transportation & Kos Perjalanan

- Ktorang pegi 2 kereta dan 6 orang (1 kereta = 3 orang) 
- KL- CH melalui Simpang Pulai dengan tol pegi dan balik tidak sampi RM50 untuk satu kereta
- Juga boleh melalui tapah tp jalannya agak bengkang bengkok dan bahaya sket..even simpang pulai mcm jauh sket tp jalan lagi selamat..
- Minyak kereta pegi/balik/berjalan-jalan di CH dalam RM100-RM130 (bergantung pada kereta apa        korang guna)
- Selain itu, korang boleh ke CH dengan bas samada dari Jalan Duta atau Ipoh dan akan terus ke Tanah    Rata. (Harga tak pasti)

Jadi kalo korang pegi satu kereta ber5, kos minyak dan tol lebih kurang RM30-RM40 seorang sahaja.

3- Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Ni aku tepek gamba skali antara tempat yang ktorng pegi..ada jugak yang ktorang tak pegi yang rasa macam tak worth it pegi..haha..Selain tu, dekat CH ni malam dia tak brape nk hidup..boleh dikatakan semua tempat-tempat menarik tutup paling lambang pukul 6PM..sebab tu Tips no 1 sangat penting!


** Ladang Teh

ada dua which are Ladang Teh Boh, Sungai Palas dan Bharat Tea..

Ktorang decide untuk ke Ladang Teh Boh which jalan dia agak adventure compare to Bharat Tea. Ramai orang memilih untuk ke Bharat Tea..

Location???
Ha..Bharat Tea agak jauh dari tanah rata..kalo nak pegi..seeloknya pegi dalam perjalanan datang or dh nak balik..kalo tak macam jauh sangat nk pegi dan patah balik dari Tanah Rata or Brinchang.

Ladang Teh Boh terletak dalam 2-3km dari Brinchang..kalo korang dari Brinchang, korang akan nampak simpang ke kiri naik bukit..kne alert takut terlepas..ada jugak yang naik ke sana dengan bas yang kebanyakkannya tourist/Mat Salleh..tp aku tak sure nk amik bas kt mane..


Ingat tak kt balakang tu tempat Izzah lari2lepas nampak Haris and Wafiah dalam ofis?..haha..
#ombakrindu


Ada kedai untuk beli produk Boh which boleh dapat kt mane2 kedai je di sekitar CH cuma harga kat sini lebih murah RM0.80 ke RM1.


Pemandangan Ladang Teh dari Cafe :))))))


Ni Gee jadi model cafe jap..hihi..cafe dia macam tergantung dekat lereng ladang..lawa :))
Ala macam Ombak Rindu tu..hihi

** Cameron Lavender 

A must visit place! nak masuk tu kne beli tiket RM5 je..kat sini pun ada boleh petik buah strawberry..ada cafe..tempat jual cenderamata..Ha, tempat game macam funfair yang dapat bear tu pun ada..


Ni yang akan nampak bila mula-mula masuk..bertentangan dengan rumah kecik2 ni..ada tempat gantung kunci banyak2..macam kau kunci cintamu la..boleh la beli, tulis dan lock kt situ kalo berminat..harga tak tanya la plak..




** Taman Agro Al-Mashoor Kg. Sedia.

Ni sepatutnya under tempat best makan..tapi boleh la..haha..Simpang nak masuk kami sedia ni adalah di tepi selekoh..pandai-pandaila bagi signal..haha..kalo dari tanah rata belah kanan dan kalau dari Brinchang belah kiri..Kalo dari Brinchang, agak-agak dah jumpa signboard ASZI Homestay..dah dekat la tu..ada pintu gerbang..

Kg. Sedia sangat best..tenang sangat..kalo korang stay or sewa homestay kt sana boleh la jogging pagi2..hihi.. eh, shot crita #terukirdibintang pun kt sini..

                                             
Nampak tak strawberry yang ditanam secara bertingkat dekat blakang tu?..ha..kt sini pun boleh pick yourself jugak buahnya..

                                               

Ni WAJIB try!! Harga dia RM2 sahaja..cubalah setiap hari..pasti puas hati..dekat MARDI pun ada tp tanpa strawberry dan topping..uihhh..xbest!


Gigih Pqah nk makan strawberry..
Al Mashoor ni ada jual macam-macam product lagi..macam jem, topping dll..

8.30 pagi dah bukak dah and tutup lbh kurang 6 ptg mcmtu..

** Fragrance Farm

Terletak antara brinchang dan Kea Farm..lebih kurang 1KM sebelum Kea Farm kalo dari Brinchang..belah kanan..




Bunga-bunga dia mmg ..pergh!!
aku org yang kurang gemar bunga-bunga ni tp pegi sini boleh jatuh CH boleh jatuh cinta..

** MARDI

Wajib pegi! RM3 je nak masuk..pukul 5 dh tutup..sebaiknya spend la sekurang-kurangnya 1-2 jam dekat sini..lagi2 yang gila bergambar mcm ktorng ni..


Tu ada peta dan modelnya..hihi..

ada banyak tempat..taman herba, bunga, lookup point pun ada..taman rabbit pun ada..ha..lagi satu..ada teko Ayah Pin kat sini..


Location??
Dun worry..aku akan memudahkan korang..terletak di tanah rata..dalam banyak2 tempat best yang pegi..ni paling ujung la..kalo korang bermula dari ringlet-Brinchang-Tanah Rata..Dekat dengan terminal bas..(Depan terminal ada Starbuck and a few cafes yg menarik..:))

Senang je..Korang cari sign board Hopital Sultanah apa ntah...masuk ikut situ.. mula2 masuk simpang akan jumpa terminal..belah kiri selepas skolah kalo tak silap..kanan plak Puncak Arabella.

** Cactus Point

Tak de bayaran..masuk dan beli la..kalo yang kecik2 tu dalam RM2 je satu.. macam2 jenis ada..ada yang dh siap tanam dalam pasu with variety of cactus..dalam RM25-RM45 sepasu..boleh la..nk bagi gift kt org..

Dekat Brinchang..kalo dari Tanah Rata..selepas pekan Brinchang..


** S'Corner

Memang Corner kt situ bentuk S pun..Pukul dh tutup..huhu..so tak merasalah ktorng makan aiskrim kt sini..huhuhuhu :((



Yang dari tempat parking dia..nampak tak jalan yang bentuk S tu.? Location juga selepas Pekan Brinchang..merasalah makan jem strawberry dalam kereta kalo petang ahad..haha..

Tempat-tempat lain yang harus dilawati kalo anada ke CH:

**  Taman Rama-Rama

 Bayaran Masuk RM5..rama-rama dia ikut musim..kalo time banyak..ada la...kalo tak..ada semut je la..
 ktorng tak masuk..sbb Uteh ng Uda Yan cakap tak worth it masuk..Tanya Dalili..budak tu cakap..Rama-rama tido..ada semut je..haha..Kanak-kanak tak pernah menipu..haha..
    
**  Bee Farm - depan sket dari Taman Rama-Rama
Ktorng tak masuk gak..sebab orang ofis Pqah cakap tak worth it..tp mmg tak banyak kete pun dekat tempat parking dia tu...

** Time Travel Museum

Tak sure brape ringgit..tapi dia dekat shoplot yang ada banyak2 pick yourself punya strawberry tu..dekat area Ringlet/Brinchang kot..kalo dari bawah..belah kiri..yang aku nampak signboard tgh2 jem..hihi..ikut yang dia tulis tu..mcm kita boleh tgok barang-barang antik ikut zaman la..mcm travelers time la..Cuba la korang g..hihi..Pick yourself strawberry yang area sini..glamer sket..kebun dia kt blakang..shoplot..RM20 kalo tak silap..kalo nak banyak kne bayar lebih ikut gram..

Tak banyak tempat sngt kan..lgpun dekat2..

Cadangan aku..spend masa banyak dekat MARDI dan Ladang TEH..mgkin ladang teh pagi or before balik..Lavender dan Ladang Teh Bharat dah dekat jalan nak turun..so..boleh la skali..

Cactus, Rama-Rama, Bee Farm,Pick up Strawberry, Time Travel Museum - Dekat area Brinchang and Ringlet..

Kg. Sedia, MARDI, - Dekat area Tanah Rata

Dan........................

** KEA Farm 

Jangan dilupakan..sebaiknya pegi la hari before nk balik sebab boleh shopping sayaur, strawberry, jagung dan bunga di sini..slalu jem kt sini.. pandai2 la..


Ni hari ktorang nk balik..otw to KEA Farm..hihi..

** Last But not least, Pasar malam brinchang...

Ingatkan hari-hari ada, rupanya sabtu dan ahad sahaja. Thanks to reader for the information..betul2 di pekan Brinchang. Ktaorg pegi hari jumaat haritu, mungkin kebetulan musim cuti ke tak pasti..makanan dan barang-barang lebih kurang je dari kedai ke kedai..panjang jugak pasar malam dia..

Ha..jgn lupa beli Goguma.. RM3 satu plastik..RM5 untuk 3 plastik.. :)

4) Penginapan

Tempah la awal-awal supaya sampi sana tak habiskan masa cari tempat nak tido..Korang boleh pilih:

- Hotel Budget - Di sekitar Pekan Brinchang dan harga pun murah..boleh jalan kaki je nk g makan and pasar malam..

- Hotel yang selesa - Ada banyak di merata-rata dari Brinchang ke Tanah Rata (Google yourself k..hihi)

- Homestay - Dekat Kg. Sedia ada bnyk..tp kne cek betul2..ada yg macam duduk ng tuan rumah tp kebnyakkn macam Chalet..harga pun murah..(Boleh google je Homestay di Cameron Highland)

- Homestay Apartment - Di Puncak Arabella, Tanah Rata which ktorng duk sini..Satu malam RM200..
 3 bilik 2 bilik air, boleh masak dan ada astro..
-Maklumat from reader jugak, boleh la ke apartment MARDI. RM250 sahaja satu malam dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Boleh google untuk dapatkan contact number.

5) Makan

Di sekitar Brichang dan Tanah Rata banyak kedai makan..bila malam choice yang ada hanyalah kedai mamak dan nasi kandar..ada banyak..pilih la..ada jugak kedai seafood..cafe2..pilih je..or nk masak sendiri pun boleh..nak beli pasar malam pun boleh..ada ayam goleh..ada goguma..hihi..Harga dia affordable :)

6) Budget

Secara puratanya RM300 seorang dah cukup dah..
Minyak + Tol + FEE Masuk = lebih kurang RM150 (ikut apa korang masuk,kereta apa korang bawak and brapa orang korang pg)
Makan = RM50-70 (ikut apa yg korang makan la..)
Shopping = RM100-RM200 (Ikut apa yg korang shopping gak)

Harap-harapnya tips yang serba sedikit dapat membantu korang untuk rancang percutian korang..gerak la awal pagi supaya masa tak terbuang..jangan lupa..tempah penginapan awal dan rancang perjalanan anda :))

oppssss..

Kalo lalu Tapah..singgah la Lata Iskandar..mandi-manda jap..hihi


Bye!..Selamat Bercuti

XOXO
Chempaka




p/s: Berjalanlah..merantaulah..kutipla sebanyak pengalaman di perjalanan..nescaya akan kau jumpa bunga-bunga indah, mutiara-mutiara bernilai, pelangi -pelangi cantik dan mendamaikan...

Thank you Allah!
* PAYGAS*