Nuffnang Ads

Monday, May 26, 2014

Weekentivities

Salam & hye

Ni ntah crita bila ntah tapi cerita-cerita bulan 5 la yang pasti, or mungkin end of April. Sepatutnya dah lama share tapi sebab kekangan waktu yang tak mengizinkan..maafkan saya tuan puan.. (yeah, alasan paling bijak atau yang lembut sket menggantikan perkataan malas) hehe.


Cerita 030514



Alhamdulillah, lagi seorang #chingu selamat menjadi tunangan orang dan majlisnya inshaAllah tahun depan. Kita terjah kelantan pulok yer. Majlis bertunang ni buat kat rumah abang Siqin di Taman Bukit Subang, itu yang ktorang boleh pegi tu.

Makan sedap....lama kot tak makan makanan kenduri kelantan, tu yang bila dapat makan rasa puas gila. Raya haji tahun ni ntah berapa hari la boleh cuti agaknya. Cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je ni, plan bercuti bukan main banyak lagi. susah-susah kita behenti kerja je la..hihi..lepas tu, makan pasir.. :p

Lepas tu, kita ke OU sebab nak cari hadiah kawen Aimi. Tak lama dah, minggu depan dah. eh, hujung minggu ni..lagi beberapa hari je. Semoga urusan dipermudahkanNya, amin :)

Itu bukan topik utama yer kawan-kawan, topik utama dia aku jatuh di OU. *tutupmukadanlarilajulaju*. Ya Allah, maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..haha..tapi haruslah kontrol macho yang utama, cepat-cepat bangun buat macam tak de ape ape, terus jalan..haha..padahal, dalam hati..malu yang amat, sakit pun buat tak tau je..sampai ada pakcik tengah duduk dekat bangku tepi-tepi tu siap "Ya Allah"..nasib baik tak melatah, pakai dah vougue ni, dengan cardingan ala kebaya, chewah..tudung lilit-lilit.sekali, amik ko..gedebuk..arghhh, sampai sekarang malu lagi....wawawawa

Cerita dekat mama, dia boleh gelakkan aku..haish..tapi seriously, dh dua hari baru perasan ada lebam dua dekat lutut..memang malu buatkan sakit tak rasa apa-apa..haha


Cerita raikan Gee's Birthday


Itu baju fresh aku beli dekat JJ Wangsa Maju, terus pakai..haha..sebab baju takde, malam tu tido umah Eza..hihi.. cerita disebaliknya tak payah la cerita. Tapi, aku rasa saaaaangat bertuah, masih ada kawan-kawan susah. Dari malam sampai ke pagi sampai ke tengah hari. Terima kasih sangat-sangat. Tak tau nak balas macam mana budi baik kalian. Doa je mampu aku bagi agar kalian sentiasa dalam lindunganNYA *lapairmata*

Syahdu la pulak kan..hihi..blom tau lagi ke? aku kan kadang-kadang jiwang..hihi :) kuat nangis jugak ni, tapi tak sedrama Aisyah Rosedi la..itu tabik spring aku bagi..hihi oppss, sorry Syah, aku tau ko tak baca..hehe

Ktorang pegi lepak dekat Wahab Cendol Sri Rampai lepas pekena Mee Udang Mak Jah. Nak lepak dan bercerita je sebenarnya..Macam-macam plan..hihi, tungguuuuuu




Ini Kegigihan Pqah nak dapatkan shot terbaik mee udang mak jah. Nampak tak kegigihan yang amat di situ.. Pernah la ktorang datang dulu kat sini, tapi udang habis. Kali ni ada rezeki ktorang, alhamdulillah. Marila kita treat birthday girl yer.Dah besar-besar, takde cake and surprise party pun no probs sebab spend time with each other tu yang penting. rasa dekattt sangattttt. Rasa sayangggg sangat..*kangdahcakapakujiwang* *tangankebahumatakeatas*


Cerita hari cari baju #RaikanAimiUsen




 Ini hari, pagi-pagi sudah kita keluar. Janji di Imbi terus. Jalan-jalan thendari decide warna tema baby blue sampai ke hijau sampi ke dark blue sampai biru sahaja, asalkan biru..haha, biasalah..dah ktorang yang cari baju dulu, maka pilihan di tangan kita..hahahahahahahahaha (gelak jahat). Kita yang survey rambang mata, tu yang jadi berkali-kali tukar theme.

Lepas tu, aku konon nak bawah Gee pegi KLCC jalan kaki, akhirnya sepatutnya kita naik monorel ke titiwangsa, tiba-tiba kita ke KL Sentral, sedar-sedar dah Hang Tuah. Sengal betul, makanya melepak di KL Sentral sudah, yang baru tu..best..ada TYPO..ktorang lepak sambil minum kopi di Espresso Lab, aku kan sejak akhir-akhir ni penggemar kopi yang amat. Simptom orang tua kot..haha.

Alhamdulillah, ktorang come out with a few ideas. Harapnya semua berjalan lancar. Doa-doakan yer. Belum boleh share lagi sebab tengah peringkat paper work lagi.

Harapan aku tinggi sebenarnya dengan projek ni. InshaAllah.. aminnnnn


Cerita lapar dan cari makan


Masa ni dekat Putra Heights, bangun tido je semua orang takde. Pembantu balik kampung, bukak peti tak de apa, ada la nugget tu tapi mestila malas. So, aku pun whatsapp, kot siapa-siapa dekat area shah alam kan. Gee on, then terus la keluar makan, dah alang-alang di shah alam, marilah kita singgah Vendour Festival. Ramai manusia yang amat.. 

Ada neelofa dan kakak maneh yang jual boot tu, yang aku berkenan tak ada kat situ, aku try dan test saiz je la. masaalahnya, sampai ke hari ni, belum bukak order lagi untuk online.Stresssssss mak tau.. habisla dah tak glamer pegi wedding aimi nanti..haha. Sempat la jugak habiskan duit sket2..hihi.. Jugak dapat idea untuk projek ktorng nanti.. :)

Malam baru balik after dinner. Kenyang..hihi


Cerita hari buruh


Kita pegi PBAKL sekejap sebab janji dengan geng-geng MM pukul 3pm.
Konon tak nak beli, sekali jumpa Buku Hitam, habislah jugak 50 hengget. Buku hitam kot, cannot tahan ok.
Lepas tu, bila nak bayar tu, abang tinggi ini offer, "nk sign tak?" sambil pegang buku Hangat Tahi Ayam. OMG OMG OMG OMG.. Fikhri Harun weyh, yang tulis #BukanDariJibril tu. Terus mintak amikkan gambar, wife dia rasanya akak yang amikkan gambar ktorng tu. Dekat jari dua-dua ada inai lagi.

 Selamat Pengantin Baru :)

Owh, kekurangan pada ketinggian aku terserlah..damn..


Cerita shopping advisor untuk Zaid


Biasalah, kalau keluar mesti makan kan. Keluar tengok movie, kene ada agenda makan-makan, keluar shopping pun wajiblah ada agenda makan-makan. Ktorng try restoran ni (Lupa nama) dekat OU sebab nampak deco dia macam cantik je. ada buai-buai siap. Actually, makan dekat meja belakang tu, tapi sesi amik gambar kene poyo sket. 

Tujuannya memang nak teman zaid shopping, dia nak cari sut. complete. Syira suggest dekat OU sebab banyak outlet kan. Before this, dia dah window shopping dengan kawan dia yg kacak itu dekat KLCC, whatsapp gambar mintak advise. Rasanya better, ikut sekali. senang. Ktorng pilih, ko try. 

Jelajah la from Topman, Uniqlo dan apa-apa aje la yang jual baju lelaki. Akhirnya kita ke H&M. Ada banyak choices, ktorng pilih semua, siap bagitau lagi. Kemeja macam ni, NO! Yang gini, YES! Kesian budak tu, yang dekat jaga fitting tu pun dah pelik. Lelaki seorang pegi fitting, yang ikut nak tengok hasilnya tiga orang perempuan. Oh lupa, Aniq pun ada kali ni, dia datang dengan husband dia, ada la husband dia bagi suggestion jugak. Bagusla, sebab from lelaki punya kaca mata kan. Zaid pun yakin la sket kan..

Dari petang, membawak ke malam. Akhirnya, si Zaid tak beli. Geram pulak para advisors ni. haha. Nasib baik  dia datang esoknya, dan beli yang dia berkenan from banyak banyak suggestion ktorang tu. Aku dah bagitau dah, elakkan seluar hitam, sebab coat yang dia berkenan bukan hitam. lagipun, apa salah lari dari kebiasaan. Dekat Topman, average harga untuk satu coat tak termasuk shirt and seluar, dalam RM600-RM800. Dekat H&M, coat + seluar + shirt, dalam RM300-RM400 dah boleh dapat. Bawah RM500 la satu set.

Kalau ada yang tengah mencari jugak, pergi la banyak-banyak outlet sebab bentuk badan lain-lain. Mungkin cutting di sini tak ok dengan kita dan mungkin kedai lagi satu ok.




Eh, siapa mamat ni????
Ha, ni la kawan zaid yang ktorng gigih suruh kirim salam. Ni Zaid hantar gambar masa ktorng insist nak jugak masa diorng window shopping tu.

Sepatutnya, dia datang sekali on that day tapi sebab dia kene siapkan projek yang due date dah dekat. So, dia hutang satu lepak dengan ktorang..haha

Frust sekejap ktorng..haha

Kenapa kene mosaic??? sebab aku tak kenal pun dia siapa..ha, takkan la nak tepek gambo orang tanpa kebenaran kan..buatnya satu hari dia terjumpa dan saman??? 


Yes, inilah gambar yang Zaid share dekat group ktorang which leads to ktorang kirim salam dekat kawannya itu..haha. Diorang pegi makan dekat IKEA, antara tempat peberet kalau kita semua melepak makan. Mula-mula aku dah nampak dah gambar sekerat ni..dalam hati dah berkata-kata, owh nampak separuh pun dah boleh melting..uhhh..haha..sekejap tu, Syira tanya dulu..aku pun sokong la..ada geng..haha..Siap la budak ni, kalau keluar dengan ktorang, memang kene usik je la nanti..haha

Motip watermark dekat mulut? haha


~Bye~





P/S: Pesan Fikhri Harun "Ingat, malas adalah musuh no 2 selepas syaitan!"

Thursday, May 22, 2014

Segmen : Cari Followers Mei !

Salam & Hye
Jom sertai contest ni, moga moga boleh tambah kenalan alam maya :)
Klik sahaja pada banner dekat bawah atau link [CLICK HERE]


eh, lagi satu.. Tarikh tutup 31 MEI 2014


*Salam kenal dan follow aku jugak k korang :)*




Monday, May 19, 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Salam and Hye..


Suka girang hati aku bila tgok email aritu, dapat invi ni from Nuffnang.

Thanks Nuffnang for the invitation. :)

Memang aku suka la, dapat pegi melaka plak tu..then Mamee Chef Event some more. Aku ni bukan orang yang suka mee segera, nant mula la perut rasa sebu..tekak rasa mual..payah la nak terima.. tapiiiiiiiiiiiii...
Mamee Chef Tomyam MEMANG THORBAIKKKKKK!!
Sampai satu masa tu, jadi addicted.Tiap tiap hari aku duk makan. Banyak-banyak, tomyam la yang paling kena dengan tekak aku. Haritu pun, masa pergi Giant dengan Pqah pun, pandang Mamee Chef, bagai terpanggil-panggil untuk membeli. Tapi mengenangkan, makanan banyak lagi dekat rumah maka, aku tahankan nafsu ku..hahaha..

Walau bagaimanapun (kurlass kau penanda wacana..haha), aku tak dapat join event ni atas beberapa sebab:

1) Pada tarikh tu, Aimi Aimirah Kahwin dan semestinya aku berada di Terengganu masa tu.

2) I is malu la uollsss, haruslah ramai blogger blogger ternama join event, siapala saya ini..setakat syok sendiri. Followers pun adalah 18 ketul..hahaha..sadisss sangat..Update pun 4 tahun skali.

Ape-ape pun, THANKS so much pada nuffnang sebab hanta invi ni..nant event-event lain. jemputla lagi. In sha Allah akan hadirkan diri. Aku kan muka tak malu..haha.



Eh, nak pesan ni..:

Jangan Lupa Beli Mamee Chef Tomyam!






P/S: So, silalah rajin-rajinkan blogwalking dan update yer..haha..

Thursday, May 15, 2014

Happy Teachers Day & Happy Birthday

Salam & Hye


16 Mei 2014

Happy Teachers Day to MAMA & ABAH

My forever teachers. Aku saaaaaaangat respect dekat mama dan abah sebab pada diorang, being a teacher is their passion. Bukan sebab senang dapat kerja atau senang nak buat loan (sebab tu ramai prefer kerja kerajaan).

Kalau dekat rumah, sejak sejak dah besar ni even masa secondary school pun, mama selalu cerita pasal students dia. Mama mengajar sekolah rendah si kawasan kampung, jadi murid-murid dia ada macam macam cerita. Even, aku pun pernah jadi student mama. Mama kan cikgu BM, tahap kuat membebel dan garang dia memang to the max. Kawan-kawan pun takut dengan dia kalo kat sekolah tu. Pulas telingan tu perkara biasa. Yang paling tak boleh blah sangat dan akan ku kenang sampai sekarang pulas dekat perut..aduihh, kesan dia tu memang power. Bayangkan ea, cubit perut, tekan ke dalam sket, pulasss, tarik...pastu lepas..perghhhhhh, cili padi dekat perut weyh..di sebabkan cikgu tu mama sendiri, anak dia dapat extra la. package dengan telinga skali.Pastu dalam kereta nak balik rumah, sambung membebel pulak. Sampai rumah, ada lagi..fuhh, masyukkkkkkk..haha

Cuba kalau budak-budak sekarang, ketuk ketampi pun dah tak boleh. Apatah lagi rotan dan sebagainya.

Mama ni ibarat kamus dewan bergerak ktorang semua, sampai sekarang pun, apa-apa yang aku konfius, aku akan whatsapp or call mama. Mama kurang gemar kalau ktorang guna ayat tak betul,nanti dia akan betulkan..Kata dia,"nanti terbiasa yang salah, tu yang exam pun salah".. 

Kalau abah pulak, lebih cool dan relax. Sebab bertahunnnnnn mengajar sekolah menengah as math's teacher, masa mula-mula mengajar sekolah rendah dulu macam culture shock sket.haha. Yela, abah cerita, masa tu dia ajar budak darjah 3, ko bayangkan la..mesti macam-macam perangai kan. sorang nak pegi toilet, satu kelas nak ikut..sekolah menengah mana ada macam ni,paling paling pun, 1,2 orang je. Ada sekali tu, ada sorang budak lelaki tegur abah "eh, cikgu..rambut cikgu ada uban la, cikgu nak saya buang tak?"..haha..gelak guling2 ktorng. Abah bukan cikgu yang garang, jadi budak2 berani dengan dia.. mama kata, kalo nak tau, ktorng adik-beradik camne dekat sekolah..macamtu la..tak makan saman, main langgar je..

Abah- Cikgu terbaik maths. Dulu kalau nak exam, abah akan datang dekat asrama dan tanya aku, apa lagi tak paham..so dia akan ajar..aku suka cara abah ajar..dia kan pahamkan kita, konsep dulu dengan cara yang paling mudah.Abah cakap, tak perlu ikut sebijik2 cara kerja dalam buku..kalo kita paham nak mampu skip few steps, skip je..

Mungkin sebab abah orang math, orang yang fikir logik, maka lagi senang kalo nak cerita apa-apa.mudah. Mama pulak, orang sastera, complicated sket, kene tengok mood mama kalau aku nak tanya apa-apa.

Tapi, BOTH aku sayaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat2! No one can replace them! 

To MAMA ABAH:

Umrah Mei, 2014

Currently at Kenyir Houseboat


" Kalo kecik-kecik, kak selit bawah pintu handmade kad ucapan, letak bawak bantal la. Hadiah pun ntah apa2..bila dah besar ni, kak shoutout dekat blog je la ea..hihi..Thanks for all these years and many more years ahead! semoga mama abah sentiasa sihat, diberkatiNya, dipanjangkan usia. doakan anakmu ini selalu..LOVE UUUUUU!!!!" *mataberpasir*
#SelamatHariGuru#Guru:PencetusKreativitiPenjanaInovasi #Homesick


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Happy Birthday to Afiqah Tajizizi

Aku kenal Pqah from Izyan, lepas tu ntah macam mana jadi rapat. Rasanya start pegi Kedah untuk kawen Liza. Selalu-selalu jumpa dan sekarang pun, kalau tanya apa-apa dekat group chingu, dia dengan Gee je la yang reply.

Tak kesah bila kita kenal, berapa lama kita kenal tapi sekali kita kenal, kau teman selamanya Pqah. Sahabat selamanya. 

Aku pernah tanya, kalau susah-susah, korang akan cari sapa? Aku suka kalo ko cari aku, sebab aku tahu kalau ko cari aku, maksudnya aku kawan susah ko. Maksudnya, ko sayang aku. Dan inshaAllah, ko pun kawan susah aku. Yang aku tak segan nak suruh pick up, yang aku tak segan nak ajak lepak minum.. 

Pqah + Gee: InshaAllah, kita ada untuk kita dalam susah senang kita

Pqah:

"Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan dan kemudahan  untuk berbakti pada orang tua, dikurnia kesihatan yang baik, ditenangkan hati dalam setiap keadaan. Baik baik selalu. Inshaallah didatangkan lelaki yang memahami dan melindungi. amin."

Oppss..

Jangan lupa daku dalam doamu.hehe..

Izyan's Pre wed dinner

Izyan's solemnization


Ok la..

Bye..








P/S: Tak lupa selamat hari Guru buat semua guru terutama guru-guru di MRSMYTD 2001, what was happened malam ambang hari guru tu jadikan siapa kami hari ini.. :) terima kasih cikgu.. masa tu bengang dan kecewa, tapi bila sekarang..rasa kelakar dan macam..ktorang je ada pengalaman macam tu..hehe

Sunday, May 4, 2014

Power of Sorry

Salam & hye.

Aku skrang ada kelas dekat TTDI 3 kali seminggu dari pukul 8 mlm. Kelas ni under yayasan Ta'lim yang terletak di shop lot jalan rahim kajai dekat area maybank sume tu. To be specified, di tingkat dua yg berhampiran Pub Interlude & Duke and Duchess.

Nak dijadikan cerita, Rabu lepas selepas kelas, aku late dinner with Aalia & Izyan dekat cafe sebelah maybank..biasala mesti borak-borak kan..plus esoknya cuti 1 May.. dalam pukul 11 lebih ktorng ke kereta nk balik. aku parking dekat belakang and Aalia parking tepi jalan depan pubs tu..mungkin sebab ramai sangat org nk enjoy malam tu, maklumla cuti plus baru pay day kan..parking penuh, so dgn selamba badaknya ada kereta block kereta Aalia. Dengan tak turun handbreaknya.. So, nak tolak pun x boleh..then, ktorng horn  la panjang2 dengan harapan, adalah yang sedar dan terdetik kt hati dia, "owh, aku parking salah" dan cepat cepat datang alih kereta dia.Tapi..nan hado... :(

Tunggu punya tggu dekat 10 minit jugak, lepas aku dah berdiri je kt depan pub dalam jarak 5 meter je..pastu datangla sorang ni, intai2..pastu blah..mungkin bukan kereta dia..so dia masuk balik..kot la nak tanya org lain kan..xdenya..dia masuk sambung bergelak ketawa..

Dipendekkan cerita..dah dekat 20 minit ++ xde jugak yg datang, horn takyah cakap la..kot ada la rasanya kt kt apartment depan tu baby terjaga sampai mengigau..horn panjang, horn pendek, horn kejap2..suma la..sampai dah tahap xleh sabar kot lama2.. ktorng decide masuk je pub tu, tanye dekat kaunter tu..Aalia masuk satu..aku masuk satu..ha, amik ko!.. nasib baik pakai seluar ktorng malam tu..kot la pakai jubah itam..dah masuk beautiful nara dah esoknya..haha..

Aku masuk dalam, cakap baik2 la kan..mintak dia tolong buat announcement or tanyakan customer dia..aku bagi plat number suma (Sampai skang ingt lagi W** 8**5)..walaupun bengang tahap petala kesepuluh dah time tu ktorng tp nasib baik..sabar tu ada sikitttt lagi..Keluar je bar tu, Aalia dah macam "its not everyday to see a girl with tudung came out from a bar"..nasib baik dia macam pub/bar restaurant camtu je..bukan club..so, org dia pun chill-chill je..lg pun TTDI kan..kalo Changkat harus aku macam amik kete esok je la..or call polis je...

Dalam tak sampai 5 minit, datang la 2 guys, masa tu aku dah sikit lagi nak call polis dah..diorang mintak maaf sebab block kereta..then, he did mentioned, "thanks for being nice miss"..keep cakap sorry repeatedly.. Bila dia duk sorry2 tu, kita yang nak marah ni dah tak jadi nak marah..macam hilang gitu je..jadi, kitorng keluar..dia terus masuk parking tu..

Power of Sorry atau Maaf... Kalo ikutkan hati aku mula2, mmg nak marah je sebab ktorng sampai setengah jam kot..kalo depan klinik ke, boleh la kata emergency, org sakit..ini depan pub! tggu ko tgah syok2 berhibur kt dalam yg mmg dah boleh agak akan berlama-lama melepak kt dalam..haruslah, puting beliung aku kt situ kan..tapi bila dia datang, terus mintak maaf..cakap baik2 ng kita..terus sejuk hati ni..mungkin sebab ktorng pun masa tu, pegi cakap baik2 kan..bukan mengamuk depan2 pun yang ramai orang tu..so, diorng pun baik2 gak mintak maaf..

Tu la kan..bila kita buat baik..orang balas baik..hati kita tenang, dia pun senang hati..

Lepas tu, Aalia hanta aku dekat kereta sebab aku parking belakang ari tu.Nasib baik xde org block gak..kalo kali ni block lagi..ktorng call polis je terus dah..haha..Eh, elok2 nak keluar dari simpang tu, banyak pulak polis peronda duk pusing-pusing..tadi, masa tunggu setengah jam tu, tak da plak nak datang kan..haishh!


-Bye-






P/S: Selalulah berhemah bila bercakap, sebab kita bukan sahaja represent diri kita tapi juga agama dan komuniti kita. :)