Aku skrang ada kelas dekat TTDI 3 kali seminggu dari pukul 8 mlm. Kelas ni under yayasan Ta'lim yang terletak di shop lot jalan rahim kajai dekat area maybank sume tu. To be specified, di tingkat dua yg berhampiran Pub Interlude & Duke and Duchess.
Nak dijadikan cerita, Rabu lepas selepas kelas, aku late dinner with Aalia & Izyan dekat cafe sebelah maybank..biasala mesti borak-borak kan..plus esoknya cuti 1 May.. dalam pukul 11 lebih ktorng ke kereta nk balik. aku parking dekat belakang and Aalia parking tepi jalan depan pubs tu..mungkin sebab ramai sangat org nk enjoy malam tu, maklumla cuti plus baru pay day kan..parking penuh, so dgn selamba badaknya ada kereta block kereta Aalia. Dengan tak turun handbreaknya.. So, nak tolak pun x boleh..then, ktorng horn la panjang2 dengan harapan, adalah yang sedar dan terdetik kt hati dia, "owh, aku parking salah" dan cepat cepat datang alih kereta dia.Tapi..nan hado... :(
Tunggu punya tggu dekat 10 minit jugak, lepas aku dah berdiri je kt depan pub dalam jarak 5 meter je..pastu datangla sorang ni, intai2..pastu blah..mungkin bukan kereta dia..so dia masuk balik..kot la nak tanya org lain kan..xdenya..dia masuk sambung bergelak ketawa..
Dipendekkan cerita..dah dekat 20 minit ++ xde jugak yg datang, horn takyah cakap la..kot ada la rasanya kt kt apartment depan tu baby terjaga sampai mengigau..horn panjang, horn pendek, horn kejap2..suma la..sampai dah tahap xleh sabar kot lama2.. ktorng decide masuk je pub tu, tanye dekat kaunter tu..Aalia masuk satu..aku masuk satu..ha, amik ko!.. nasib baik pakai seluar ktorng malam tu..kot la pakai jubah itam..dah masuk beautiful nara dah esoknya..haha..
Aku masuk dalam, cakap baik2 la kan..mintak dia tolong buat announcement or tanyakan customer dia..aku bagi plat number suma (Sampai skang ingt lagi W** 8**5)..walaupun bengang tahap petala kesepuluh dah time tu ktorng tp nasib baik..sabar tu ada sikitttt lagi..Keluar je bar tu, Aalia dah macam "its not everyday to see a girl with tudung came out from a bar"..nasib baik dia macam pub/bar restaurant camtu je..bukan club..so, org dia pun chill-chill je..lg pun TTDI kan..kalo Changkat harus aku macam amik kete esok je la..or call polis je...
Dalam tak sampai 5 minit, datang la 2 guys, masa tu aku dah sikit lagi nak call polis dah..diorang mintak maaf sebab block kereta..then, he did mentioned, "thanks for being nice miss"..keep cakap sorry repeatedly.. Bila dia duk sorry2 tu, kita yang nak marah ni dah tak jadi nak marah..macam hilang gitu je..jadi, kitorng keluar..dia terus masuk parking tu..
Power of Sorry atau Maaf... Kalo ikutkan hati aku mula2, mmg nak marah je sebab ktorng sampai setengah jam kot..kalo depan klinik ke, boleh la kata emergency, org sakit..ini depan pub! tggu ko tgah syok2 berhibur kt dalam yg mmg dah boleh agak akan berlama-lama melepak kt dalam..haruslah, puting beliung aku kt situ kan..tapi bila dia datang, terus mintak maaf..cakap baik2 ng kita..terus sejuk hati ni..mungkin sebab ktorng pun masa tu, pegi cakap baik2 kan..bukan mengamuk depan2 pun yang ramai orang tu..so, diorng pun baik2 gak mintak maaf..
Tu la kan..bila kita buat baik..orang balas baik..hati kita tenang, dia pun senang hati..
Lepas tu, Aalia hanta aku dekat kereta sebab aku parking belakang ari tu.Nasib baik xde org block gak..kalo kali ni block lagi..ktorng call polis je terus dah..haha..Eh, elok2 nak keluar dari simpang tu, banyak pulak polis peronda duk pusing-pusing..tadi, masa tunggu setengah jam tu, tak da plak nak datang kan..haishh!
-Bye-
P/S: Selalulah berhemah bila bercakap, sebab kita bukan sahaja represent diri kita tapi juga agama dan komuniti kita. :)
No comments:
Post a Comment