Nuffnang Ads

Wednesday, June 25, 2014

AMT Juniors

Salam & Hye

Kalau yang selalu baca post-post kat sini mesti tau la siapa dan ape AMT tu.. Sekarang AMT dah ada juniors dan semuanya perempuan..hahahaha AMT sangat!

1) Yang ni Kak Long kawasan sebab dia paling otai, lahir dulu..biasalah..hihi

NUR HANI ARIANNA
13/11/2012


Makin nakal sekarang ni, nanti dah dapat adik nanti mama papa awak dah tak sayang..padan muka.. ;p
Takpe..your aunty ada je selalu.



Hoih, geram nak gomol pipi tu...

2) Yang ni plak seeeeeeenyuuuummmm je. Sebijik Ummi dia.

NURUL IMAN
20/6/2013

Macam biasa, dah tau dah, sure semua pink..tak pe Iman, nant Aunty belikan awak semua kaler lain. Biar Ummi awak stress..haha


Ni baru 5 bulan masa ni..


Ni baru 10 bulan..Sekarang Iman dah satu tahun... Rindu Imannnnnn!
Nanti kita jumpa k Iman sayang :)))

3) Ha, yang ni pulak special sket..sebab belum pun 40 hari jadi gambonya kita peram dulu.

NUR LAILA AMANI
8/6/2014

Aunty  awak ni belum berkesempatan jumpa lagi. InshaAllah nanti kita jumpa k.


Takpe Lela, mummy daddy dah bawak awak balik KL. Kita selalu jumpa k, sebelum ni mummy awak selalu tak sihat, so aunty pun tak nak la kacau selalu. hihi..


Hoih, dah tiga orang dah..alhamdulillah..soon to be 4 orang, bertambah happy. Nanti tiba-tiba dah boleh jalan semua, lepas tu dah pandai cakap, lepas tu dah sekolah. Cepat sangat masa berlalu.

Sebab diorang ni tak reti cakap lagi, macam2 la aku bahasakan diri, aunty la, makcik la, suka hati aku je la..kita tengok la nant Nana panggil apa, selalunya yang 1st akan jadi trendsetter pastu yang lain ikut..haha


To AMT juniors, I LOVE U sooooo muchhhh!!!






P/S: Emm..panggil Bonda la, nampak macam klasik gitu, nak lagi cool, panggil Mak. Tapi Aunty Mama pun best ni..hihi..

Sunday, June 22, 2014

PECAH RUMAH

Salam & Hye

hoih takut sangat ni nak tulis tajuk entry. Belum tulis lagi dah rasa meremang bulu roma.

mmmm..aku tak aku ada cerita ke tak rumah sewa ktorang kene pecak dalam bulan 3 haritu. Lepas tu ada la dengar yang rumah lain pun kene jugak. 2,3 hari lepas, aku dapat tau, ada lagi kes! kali ni lagi berani. Kalau sebelum ni, sebelum rumah ktorang ada satu kes lebih kurang sama sebulan sebelum tu. Lepas 2-3 minggu ada lagi satu. macam jarak jugak la. Ni dah expert sangat dah ni aku rasa..


SATU HARI EMPAT RUMAH!!!


Pihak Management dah tampal notis dekat dalam lift maklumkan pasal hal ni dan mintak kami para resident ni berhati-hati. Kak Nani, akak rumah aku tu ada la kebetulan terserempak dengan salah satu abang guard dan borak-borak la pasal hal ni kan. Cerita la rumah ktorng pun pernah kena, dah buat report tapi nak tengok CCTV tak dapat sebab pelbagai alasan yang kadang rasa tak masuk akal dari pihak Management. Rupa-rupanya, baru la kita dapat tau yang bukan semua CCTV berfungsi.Hoishhhh, bangkitkan kemarahan ni, kalau lambat bayar maintenance, bukan main hantar notis siap surat kaler merah okeyh. Kalah TNB, TNB pun pakai kertas warna pink.Ini tak de maknanya ye, kaler merah makngah kau dia bagi. Kalau tak bayar, akan potong bekalan air tanpa notis. Mau tak geram, kita bayar dia untuk jaga keselamatan, memang purposely cari rumah yang ada security, nak secure sket la kan. Takpa la mahal sket pun tapi macam ni dia buat. Kecewa la kan..

Memang la, ktorang sedapkan hati lepas kejadian tu.Bukan rezeki kan dan nasib baik waktu kerja so, takde orang dekat rumah. Kalau ktorang ada, ntah tak apa jadi, seribu satu kemungkinan boleh jadi, nauzubillah..mintak jauh sangat-sangat. Tawakal je. Tapi tawakal pun kene usaha, salah satu usaha, kita hire security, Management sediakan kawalan dan kemudahan yang bagus, setimpal dengan apa yang kita resident ni bayar.

Ok, apartment aku duduk ni ada 3 blok, A-B-C dan satu blok ada 25 tingkat. Satu blok ada 3 lift termasuk satu lift bomba. Abg Guard tu pun ada bagitau, dia sendiri dah pernah cakap dekat dekat Management pasal security yang kurang, mintak perbaik CCTV yang tak berfungsi tapi alih-alih dia yang kene marah, diugut nak buang kerja. Kata dia, dalam satu masa hanya ada 6 orang guard on duty. Korang pikir la, mana nak ronda setiap floor, mana nak usha parking, mana nak jaga main entrance. Memang bukan setakat 4 rumah satu hari, 10 rumah pun boleh la nak kene pecah.

CCTV hanya ada di dalam lift sahaja ya! dan hanya di blok A(Blok aku) sahaja CCTV Bomba berfungsi, lagi dua blok, tak berfungsi. Pagi tadi aku turun, kebetulan dapat lift biasa, memang betul, CCTV tak nyala pun, yang lagi satu tak tau la ok ke tak. TV yang ada visual untuk kita monitor tu, diletak dalam office Management, ko boleh pikir tak logik dia kat situ nak letak dalam office. Ko dah kenapa kan.. Office bukak dari 9/10 pagi sampai 4 ptg je. Kalau malam camne? Aku ingat dulu awal-awal aku pindah masuk sini, TV tu ada dalam pondok security tu, so, boleh la diorang monitor. Ni ko letak dalam ofis, pastu malam ko tutup.Ada orang kene bunuh dengan silencer dalam lift pun ko tak leh tengok.CCTV plak, tak berfungsi.hmm.Kalah rumah flat bahaya dia.Papan tanda "under CCTV surveillance" tu bukan main terpampang tapi...haremmmmm.

Yang lagi tambah tahap takut aku jadi infiniti ni, yang buat kerja tu, adalah salah seorang penghuni kat situ jugak. Dan aku syak dari blok aku sebab blok aku paling banyak kes. Jugak, kalau macam 2-3 kes satu hari, mesti kes mula-mula dari blok aku. Tapi rumah mana dan tungkaT brape, masih tak tau lagi. 'Spiderman' ni power, dia masuk ikut pintu dapur yang tempat jemur baju tu. Aku tak tau dia panjat macamana, tapi memang berani mati la. Sekali tergelincir tu, memang jatuh ke bawah la kau! Kalau tingkat 1 takpe lagi, ni tingkat 20, 25, 9..Kalau jatuh senang plak kan, kalau tak out kemungkinan besar lumpuh.Takde la kes-kes macam ni lagi kan..Bukan nak doa yang tak baik, tapi tu la...geram!!! Yang risaunya, kalau jatuh mati, kang berhantu plak tempat tu.Dah satu kerja lain plak.

eeeeeeeee..takuttttt!!! takut hantu satu hal, baca doa insha Allah lari..Buatnya, samun kita dalam lift nak balik rumah.Ya Allah, mintak jauh ya Allah.. Aku sampai aritu, niat nak drive tru eskrem MCD terbantut sebab rasa macam paranoid tak selamat nak jalan pegi dekat kereta sorang-sorang.Haish..

Pikir-pikir balik, senang je ni, kita call TV3 ke TV9 ke, aduan rakyat ke ape la.Barulah pihak Management nak berubah aku rasa. Tapi tak nak la sampai macamtu kan.Ha, sebelum aku lupa! lagi satu, no phone yang boleh dihubungi kalau berlaku apa-apa, hanya no management sahaja! and again, dalam ofis je la. Tak ada no security ok.Call ke la 999 terus, senang!

Lam-lama ni, ada jugak, diam-diam aku hanta emel aduan dekat newpaper ni..sabar lah...

Satu je aku nak mintak jasa baik korang..Doa-doakan keselamatan aku dan akak-akak rumah aku dan semua resident, harap tak berlaku perkara yang tak dingini..aminnn..TQ sangat-sangat :)






P/S: teringat kejadian 10 tahun yang lepas, uish..ngeri..5 lelaki bersenjatakan parang pecah masuk rumah

Friday, June 6, 2014

Recycle Baju

Salam & Hye

Godeh-godeh folder, nak transfer gambar ke PC, jumpa la gambar-gambar keluar dua minggu lepas kalau tak silap. Pakai baju sama la pulak, tapi jeans lain-lain dan tempat pun lain-lain.

Korang pernah recycle baju?Mesti pernah kan kan kan..Lagi-lagi baju sekolah kan.

Masa dulu-dulu aku tak reti recycle baju ni, tapi bila dah besar, tengok orang buat, banyak join program which recycle baju mesti sebab tak nak bawak banyak-banyak baju..dah reti dah. Sampai gi jalan-jalan pun nak recycle. Tak senonoh sangat..haha..tapi tips dia, pastikan tempat dan orang yang kita jumpa tu lain-lain.Kalo tak, kantoi! Kene bahan je nanti free-free kan.

Lagi satuuuuuuuuuu.. Biarlah yang recycle tu macam sweater ke, cardigan ke, ok la lagi. Jangan baju ko main bola tampar harini, buat gi main futsal esok petang pulak.Kang hapak tak pasal..Tapi, lelaki selalu buat kannnnn...hehe

Haritu, aku lepak dengan Afiq dan Fauzan, lama tak jumpa. Lepak dekat Starbuck Lingkaran Karan tu. Duk dalam aircond, malam pulak tu. So sayang la nak sumbat baju dalam bakul kotor terus. Kita hangerkan, tengok la nanti bila pulak boleh pakai.



Afiq belanja air, Fauzan belanja Cake..Aku?? belanja 18% less jadilah..hihi



Macam-macam topik la borak, diorang belanja, maklumlah, kita kan seorang perempuan yang harus dilindungi. Beg duit simpan, lelaki-lelaki kene gentleman..hihihi. Seronok lepak dengan lelaki is topik yang borak tu tak mengarut, pandangan diorang kan terkedepan sket, bab ekonomi negara la, isu semasa politik negara, sosial, semua la..Jadi kita pun, terbukak la minda sket daripada duk bincang gosip abg nara je kan.

eh, berbalik cerita tadi..hihi, melalut pulak I..ampun~~


Seluar lain-lain okeyh.hihi



Esoknya, keluar tengok Movie dekat Citta Mall with Aalia and Nadya, adik aku. Kebetulan budak tu datang KL, sebab nak setelkan keje dekat opis lama dia, bolehlah ktorng lepak-lepak. Movie pukul 10.30pm, so kita pakai baju semalam je la ye. Jimat sabun dan tenaga.Lagipun, mesen basuh dekat rumah rosak, aku gigih basuh tangan okeyh. Aritu gatal pegi hantar dobi, lepas tu, addicted. Nasib baik cepat disedarkan oleh Gegee dan Miyyan. Kalau tak, rabak poket minggu-minggu. Dasar pemalas memang camni kan..hahaha


 Bye~





P/S: Kupu-kupu malam bukan beerti jalang tak terarahkan;
       Berkurung terlindung malam bukan beerti suci tanpa cela;