Nuffnang Ads

Sunday, June 22, 2014

PECAH RUMAH

Salam & Hye

hoih takut sangat ni nak tulis tajuk entry. Belum tulis lagi dah rasa meremang bulu roma.

mmmm..aku tak aku ada cerita ke tak rumah sewa ktorang kene pecak dalam bulan 3 haritu. Lepas tu ada la dengar yang rumah lain pun kene jugak. 2,3 hari lepas, aku dapat tau, ada lagi kes! kali ni lagi berani. Kalau sebelum ni, sebelum rumah ktorang ada satu kes lebih kurang sama sebulan sebelum tu. Lepas 2-3 minggu ada lagi satu. macam jarak jugak la. Ni dah expert sangat dah ni aku rasa..


SATU HARI EMPAT RUMAH!!!


Pihak Management dah tampal notis dekat dalam lift maklumkan pasal hal ni dan mintak kami para resident ni berhati-hati. Kak Nani, akak rumah aku tu ada la kebetulan terserempak dengan salah satu abang guard dan borak-borak la pasal hal ni kan. Cerita la rumah ktorng pun pernah kena, dah buat report tapi nak tengok CCTV tak dapat sebab pelbagai alasan yang kadang rasa tak masuk akal dari pihak Management. Rupa-rupanya, baru la kita dapat tau yang bukan semua CCTV berfungsi.Hoishhhh, bangkitkan kemarahan ni, kalau lambat bayar maintenance, bukan main hantar notis siap surat kaler merah okeyh. Kalah TNB, TNB pun pakai kertas warna pink.Ini tak de maknanya ye, kaler merah makngah kau dia bagi. Kalau tak bayar, akan potong bekalan air tanpa notis. Mau tak geram, kita bayar dia untuk jaga keselamatan, memang purposely cari rumah yang ada security, nak secure sket la kan. Takpa la mahal sket pun tapi macam ni dia buat. Kecewa la kan..

Memang la, ktorang sedapkan hati lepas kejadian tu.Bukan rezeki kan dan nasib baik waktu kerja so, takde orang dekat rumah. Kalau ktorang ada, ntah tak apa jadi, seribu satu kemungkinan boleh jadi, nauzubillah..mintak jauh sangat-sangat. Tawakal je. Tapi tawakal pun kene usaha, salah satu usaha, kita hire security, Management sediakan kawalan dan kemudahan yang bagus, setimpal dengan apa yang kita resident ni bayar.

Ok, apartment aku duduk ni ada 3 blok, A-B-C dan satu blok ada 25 tingkat. Satu blok ada 3 lift termasuk satu lift bomba. Abg Guard tu pun ada bagitau, dia sendiri dah pernah cakap dekat dekat Management pasal security yang kurang, mintak perbaik CCTV yang tak berfungsi tapi alih-alih dia yang kene marah, diugut nak buang kerja. Kata dia, dalam satu masa hanya ada 6 orang guard on duty. Korang pikir la, mana nak ronda setiap floor, mana nak usha parking, mana nak jaga main entrance. Memang bukan setakat 4 rumah satu hari, 10 rumah pun boleh la nak kene pecah.

CCTV hanya ada di dalam lift sahaja ya! dan hanya di blok A(Blok aku) sahaja CCTV Bomba berfungsi, lagi dua blok, tak berfungsi. Pagi tadi aku turun, kebetulan dapat lift biasa, memang betul, CCTV tak nyala pun, yang lagi satu tak tau la ok ke tak. TV yang ada visual untuk kita monitor tu, diletak dalam office Management, ko boleh pikir tak logik dia kat situ nak letak dalam office. Ko dah kenapa kan.. Office bukak dari 9/10 pagi sampai 4 ptg je. Kalau malam camne? Aku ingat dulu awal-awal aku pindah masuk sini, TV tu ada dalam pondok security tu, so, boleh la diorang monitor. Ni ko letak dalam ofis, pastu malam ko tutup.Ada orang kene bunuh dengan silencer dalam lift pun ko tak leh tengok.CCTV plak, tak berfungsi.hmm.Kalah rumah flat bahaya dia.Papan tanda "under CCTV surveillance" tu bukan main terpampang tapi...haremmmmm.

Yang lagi tambah tahap takut aku jadi infiniti ni, yang buat kerja tu, adalah salah seorang penghuni kat situ jugak. Dan aku syak dari blok aku sebab blok aku paling banyak kes. Jugak, kalau macam 2-3 kes satu hari, mesti kes mula-mula dari blok aku. Tapi rumah mana dan tungkaT brape, masih tak tau lagi. 'Spiderman' ni power, dia masuk ikut pintu dapur yang tempat jemur baju tu. Aku tak tau dia panjat macamana, tapi memang berani mati la. Sekali tergelincir tu, memang jatuh ke bawah la kau! Kalau tingkat 1 takpe lagi, ni tingkat 20, 25, 9..Kalau jatuh senang plak kan, kalau tak out kemungkinan besar lumpuh.Takde la kes-kes macam ni lagi kan..Bukan nak doa yang tak baik, tapi tu la...geram!!! Yang risaunya, kalau jatuh mati, kang berhantu plak tempat tu.Dah satu kerja lain plak.

eeeeeeeee..takuttttt!!! takut hantu satu hal, baca doa insha Allah lari..Buatnya, samun kita dalam lift nak balik rumah.Ya Allah, mintak jauh ya Allah.. Aku sampai aritu, niat nak drive tru eskrem MCD terbantut sebab rasa macam paranoid tak selamat nak jalan pegi dekat kereta sorang-sorang.Haish..

Pikir-pikir balik, senang je ni, kita call TV3 ke TV9 ke, aduan rakyat ke ape la.Barulah pihak Management nak berubah aku rasa. Tapi tak nak la sampai macamtu kan.Ha, sebelum aku lupa! lagi satu, no phone yang boleh dihubungi kalau berlaku apa-apa, hanya no management sahaja! and again, dalam ofis je la. Tak ada no security ok.Call ke la 999 terus, senang!

Lam-lama ni, ada jugak, diam-diam aku hanta emel aduan dekat newpaper ni..sabar lah...

Satu je aku nak mintak jasa baik korang..Doa-doakan keselamatan aku dan akak-akak rumah aku dan semua resident, harap tak berlaku perkara yang tak dingini..aminnn..TQ sangat-sangat :)






P/S: teringat kejadian 10 tahun yang lepas, uish..ngeri..5 lelaki bersenjatakan parang pecah masuk rumah

No comments: