Nuffnang Ads

Thursday, September 6, 2012

Arah & Udara

BERUBAH ANGIN..
KE ARAH DAN UDARA..
 
"Ku lalu ke arah itu, dan udaranya kotor;
Kerana orang orang di situ waktu subuhnya dalam angan;
Waktu zohornya dalam makan;
Waktu asarnya dalam jalan;
Waktu mangribnya dalam tidur;
Dan waktu isyaknya dalam hibur;

May Allah bless.."
( Hazeeha Ibrahim,2012)
"Ku lalu ke arah itu, dan udaranya kotor;
Kerana orang orang di situ waktu subuhnya pada bantal;
Waktu zohornya pada pinggan;
Waktu asarnya pada kaki;
Waktu mangribnya pada mata ;
Dan waktu isyaknya pada tv;
"Ku lalu ke arah itu, dan udaranya kotor;
Kerana orang orang di situ waktu subuhnya ke awan terbang;
Waktu zohornya ke mulut dan perut;
Waktu asarnya ke mana-mana;
Waktu mangribnya ke mimpi indah;
Dan waktu isyaknya ke riang tawa;
"Ku lalu ke arah itu, dan udaranya kotor;
Kerana orang orang di situ waktu subuhnya hanya bila jaga;
Waktu zohornya hanya bila sempat;
Waktu asarnya hanya bila ingat;
Waktu mangribnya hanya bila perlu ;
Dan waktu isyaknya hanya bila rajin ;
"Ku lalu ke arah ini, dan udaranya nyaman;
Kerana orang orang di sini waktu subuhnya dengan syukur;
Waktu zohornya dengan ikhlas;
Waktu asarnya dengan ketaatan;
Waktu mangribnya dengan kusyuk;
Dan waktu isyaknya dengan  doa;
"Ku lalu ke arah ini, dan udaranya nyaman;
Kerana orang orang di sini waktu subuhnya dengan hati;
Waktu zohornya dengan jiwa;
Waktu asarnya dengan roh;
Waktu mangribnya dengan nyawa ;
Dan waktu isyaknya dengan jasad;
Untuk redha ampun;
Untuk hanya yang SATU"
5 Waktu itu BERAT kalau kita meRINGANkan;
5 Waktu itu RINGAN kalau kita memBERATkan;
5 Waktu itu SENANG kalau kita meMUDAHkan;
5 Waktu itu SUSAH kalu kita memPAYAHkan.

Inspired by panas dan terbang
 
Arah dan udara sama dengan pelangi dan awan :)
 
P/S: Kata seseorang.." siapa pun kita,sejahat mana pun kita, solat jangan tinggal"

2 comments:

suria_mahsuri88 said...

versi cuya dgn nadz xnk masukkan ke?? heee..

nadz_teyn said...

haha..malu..huhu..t kita tambah..