Nuffnang Ads

Thursday, February 13, 2014

TIPS KE CAMERON HIGHLANDS


Salam & Hye..

Baru-baru ni  aku ke Cameron Highlands from February 7, 2014 to February 9,2014.

1) Attending Izyan Farhana's wedding reception.. yg kat sana belah lelaki..tp sebab dekat CH so kita tetap pegi bacause.......

2) Nak jalan-jalan #chingu #CHwithbumblebeeNgipsy #LeBridemaidsonWHI

Jadi before ktorng pegi mmg buat research sket..and now a few tips for you guys yang ada plan nak ke sana..

1- Rancang Perjalanan anda

- Sama ada berkumpulan dengan kawan-kawan (sama jantina/mix), family atau individu.
- Kena tahu berapa lama di sana.
- Maximum budget seorang boleh afford (kalau berkumpulan dengan kawan-kawan)
- Masa anda ke sana (Cuti umum/hujung minggu/weekdays) sebab harga penginapan may vary depending on   season.
- Kenalpasti tempat yang nak pegi dan bayaran masuk
- Susun jadual anda. (Dalam trip ktorang ni, Gee dh tolong buatkan..TQ Gee :))
- Perjalanan akan mengambil masa dalam 3jam-3jam stgh je kot..bhenti la dekat RnR Tapah sekejap..

2- Transportation & Kos Perjalanan

- Ktorang pegi 2 kereta dan 6 orang (1 kereta = 3 orang) 
- KL- CH melalui Simpang Pulai dengan tol pegi dan balik tidak sampi RM50 untuk satu kereta
- Juga boleh melalui tapah tp jalannya agak bengkang bengkok dan bahaya sket..even simpang pulai mcm jauh sket tp jalan lagi selamat..
- Minyak kereta pegi/balik/berjalan-jalan di CH dalam RM100-RM130 (bergantung pada kereta apa        korang guna)
- Selain itu, korang boleh ke CH dengan bas samada dari Jalan Duta atau Ipoh dan akan terus ke Tanah    Rata. (Harga tak pasti)

Jadi kalo korang pegi satu kereta ber5, kos minyak dan tol lebih kurang RM30-RM40 seorang sahaja.

3- Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Ni aku tepek gamba skali antara tempat yang ktorng pegi..ada jugak yang ktorang tak pegi yang rasa macam tak worth it pegi..haha..Selain tu, dekat CH ni malam dia tak brape nk hidup..boleh dikatakan semua tempat-tempat menarik tutup paling lambang pukul 6PM..sebab tu Tips no 1 sangat penting!


** Ladang Teh

ada dua which are Ladang Teh Boh, Sungai Palas dan Bharat Tea..

Ktorang decide untuk ke Ladang Teh Boh which jalan dia agak adventure compare to Bharat Tea. Ramai orang memilih untuk ke Bharat Tea..

Location???
Ha..Bharat Tea agak jauh dari tanah rata..kalo nak pegi..seeloknya pegi dalam perjalanan datang or dh nak balik..kalo tak macam jauh sangat nk pegi dan patah balik dari Tanah Rata or Brinchang.

Ladang Teh Boh terletak dalam 2-3km dari Brinchang..kalo korang dari Brinchang, korang akan nampak simpang ke kiri naik bukit..kne alert takut terlepas..ada jugak yang naik ke sana dengan bas yang kebanyakkannya tourist/Mat Salleh..tp aku tak sure nk amik bas kt mane..


Ingat tak kt balakang tu tempat Izzah lari2lepas nampak Haris and Wafiah dalam ofis?..haha..
#ombakrindu


Ada kedai untuk beli produk Boh which boleh dapat kt mane2 kedai je di sekitar CH cuma harga kat sini lebih murah RM0.80 ke RM1.


Pemandangan Ladang Teh dari Cafe :))))))


Ni Gee jadi model cafe jap..hihi..cafe dia macam tergantung dekat lereng ladang..lawa :))
Ala macam Ombak Rindu tu..hihi

** Cameron Lavender 

A must visit place! nak masuk tu kne beli tiket RM5 je..kat sini pun ada boleh petik buah strawberry..ada cafe..tempat jual cenderamata..Ha, tempat game macam funfair yang dapat bear tu pun ada..


Ni yang akan nampak bila mula-mula masuk..bertentangan dengan rumah kecik2 ni..ada tempat gantung kunci banyak2..macam kau kunci cintamu la..boleh la beli, tulis dan lock kt situ kalo berminat..harga tak tanya la plak..




** Taman Agro Al-Mashoor Kg. Sedia.

Ni sepatutnya under tempat best makan..tapi boleh la..haha..Simpang nak masuk kami sedia ni adalah di tepi selekoh..pandai-pandaila bagi signal..haha..kalo dari tanah rata belah kanan dan kalau dari Brinchang belah kiri..Kalo dari Brinchang, agak-agak dah jumpa signboard ASZI Homestay..dah dekat la tu..ada pintu gerbang..

Kg. Sedia sangat best..tenang sangat..kalo korang stay or sewa homestay kt sana boleh la jogging pagi2..hihi.. eh, shot crita #terukirdibintang pun kt sini..

                                             
Nampak tak strawberry yang ditanam secara bertingkat dekat blakang tu?..ha..kt sini pun boleh pick yourself jugak buahnya..

                                               

Ni WAJIB try!! Harga dia RM2 sahaja..cubalah setiap hari..pasti puas hati..dekat MARDI pun ada tp tanpa strawberry dan topping..uihhh..xbest!


Gigih Pqah nk makan strawberry..
Al Mashoor ni ada jual macam-macam product lagi..macam jem, topping dll..

8.30 pagi dah bukak dah and tutup lbh kurang 6 ptg mcmtu..

** Fragrance Farm

Terletak antara brinchang dan Kea Farm..lebih kurang 1KM sebelum Kea Farm kalo dari Brinchang..belah kanan..




Bunga-bunga dia mmg ..pergh!!
aku org yang kurang gemar bunga-bunga ni tp pegi sini boleh jatuh CH boleh jatuh cinta..

** MARDI

Wajib pegi! RM3 je nak masuk..pukul 5 dh tutup..sebaiknya spend la sekurang-kurangnya 1-2 jam dekat sini..lagi2 yang gila bergambar mcm ktorng ni..


Tu ada peta dan modelnya..hihi..

ada banyak tempat..taman herba, bunga, lookup point pun ada..taman rabbit pun ada..ha..lagi satu..ada teko Ayah Pin kat sini..


Location??
Dun worry..aku akan memudahkan korang..terletak di tanah rata..dalam banyak2 tempat best yang pegi..ni paling ujung la..kalo korang bermula dari ringlet-Brinchang-Tanah Rata..Dekat dengan terminal bas..(Depan terminal ada Starbuck and a few cafes yg menarik..:))

Senang je..Korang cari sign board Hopital Sultanah apa ntah...masuk ikut situ.. mula2 masuk simpang akan jumpa terminal..belah kiri selepas skolah kalo tak silap..kanan plak Puncak Arabella.

** Cactus Point

Tak de bayaran..masuk dan beli la..kalo yang kecik2 tu dalam RM2 je satu.. macam2 jenis ada..ada yang dh siap tanam dalam pasu with variety of cactus..dalam RM25-RM45 sepasu..boleh la..nk bagi gift kt org..

Dekat Brinchang..kalo dari Tanah Rata..selepas pekan Brinchang..


** S'Corner

Memang Corner kt situ bentuk S pun..Pukul dh tutup..huhu..so tak merasalah ktorng makan aiskrim kt sini..huhuhuhu :((



Yang dari tempat parking dia..nampak tak jalan yang bentuk S tu.? Location juga selepas Pekan Brinchang..merasalah makan jem strawberry dalam kereta kalo petang ahad..haha..

Tempat-tempat lain yang harus dilawati kalo anada ke CH:

**  Taman Rama-Rama

 Bayaran Masuk RM5..rama-rama dia ikut musim..kalo time banyak..ada la...kalo tak..ada semut je la..
 ktorng tak masuk..sbb Uteh ng Uda Yan cakap tak worth it masuk..Tanya Dalili..budak tu cakap..Rama-rama tido..ada semut je..haha..Kanak-kanak tak pernah menipu..haha..
    
**  Bee Farm - depan sket dari Taman Rama-Rama
Ktorng tak masuk gak..sebab orang ofis Pqah cakap tak worth it..tp mmg tak banyak kete pun dekat tempat parking dia tu...

** Time Travel Museum

Tak sure brape ringgit..tapi dia dekat shoplot yang ada banyak2 pick yourself punya strawberry tu..dekat area Ringlet/Brinchang kot..kalo dari bawah..belah kiri..yang aku nampak signboard tgh2 jem..hihi..ikut yang dia tulis tu..mcm kita boleh tgok barang-barang antik ikut zaman la..mcm travelers time la..Cuba la korang g..hihi..Pick yourself strawberry yang area sini..glamer sket..kebun dia kt blakang..shoplot..RM20 kalo tak silap..kalo nak banyak kne bayar lebih ikut gram..

Tak banyak tempat sngt kan..lgpun dekat2..

Cadangan aku..spend masa banyak dekat MARDI dan Ladang TEH..mgkin ladang teh pagi or before balik..Lavender dan Ladang Teh Bharat dah dekat jalan nak turun..so..boleh la skali..

Cactus, Rama-Rama, Bee Farm,Pick up Strawberry, Time Travel Museum - Dekat area Brinchang and Ringlet..

Kg. Sedia, MARDI, - Dekat area Tanah Rata

Dan........................

** KEA Farm 

Jangan dilupakan..sebaiknya pegi la hari before nk balik sebab boleh shopping sayaur, strawberry, jagung dan bunga di sini..slalu jem kt sini.. pandai2 la..


Ni hari ktorang nk balik..otw to KEA Farm..hihi..

** Last But not least, Pasar malam brinchang...

Ingatkan hari-hari ada, rupanya sabtu dan ahad sahaja. Thanks to reader for the information..betul2 di pekan Brinchang. Ktaorg pegi hari jumaat haritu, mungkin kebetulan musim cuti ke tak pasti..makanan dan barang-barang lebih kurang je dari kedai ke kedai..panjang jugak pasar malam dia..

Ha..jgn lupa beli Goguma.. RM3 satu plastik..RM5 untuk 3 plastik.. :)

4) Penginapan

Tempah la awal-awal supaya sampi sana tak habiskan masa cari tempat nak tido..Korang boleh pilih:

- Hotel Budget - Di sekitar Pekan Brinchang dan harga pun murah..boleh jalan kaki je nk g makan and pasar malam..

- Hotel yang selesa - Ada banyak di merata-rata dari Brinchang ke Tanah Rata (Google yourself k..hihi)

- Homestay - Dekat Kg. Sedia ada bnyk..tp kne cek betul2..ada yg macam duduk ng tuan rumah tp kebnyakkn macam Chalet..harga pun murah..(Boleh google je Homestay di Cameron Highland)

- Homestay Apartment - Di Puncak Arabella, Tanah Rata which ktorng duk sini..Satu malam RM200..
 3 bilik 2 bilik air, boleh masak dan ada astro..
-Maklumat from reader jugak, boleh la ke apartment MARDI. RM250 sahaja satu malam dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Boleh google untuk dapatkan contact number.

5) Makan

Di sekitar Brichang dan Tanah Rata banyak kedai makan..bila malam choice yang ada hanyalah kedai mamak dan nasi kandar..ada banyak..pilih la..ada jugak kedai seafood..cafe2..pilih je..or nk masak sendiri pun boleh..nak beli pasar malam pun boleh..ada ayam goleh..ada goguma..hihi..Harga dia affordable :)

6) Budget

Secara puratanya RM300 seorang dah cukup dah..
Minyak + Tol + FEE Masuk = lebih kurang RM150 (ikut apa korang masuk,kereta apa korang bawak and brapa orang korang pg)
Makan = RM50-70 (ikut apa yg korang makan la..)
Shopping = RM100-RM200 (Ikut apa yg korang shopping gak)

Harap-harapnya tips yang serba sedikit dapat membantu korang untuk rancang percutian korang..gerak la awal pagi supaya masa tak terbuang..jangan lupa..tempah penginapan awal dan rancang perjalanan anda :))

oppssss..

Kalo lalu Tapah..singgah la Lata Iskandar..mandi-manda jap..hihi


Bye!..Selamat Bercuti

XOXO
Chempaka




p/s: Berjalanlah..merantaulah..kutipla sebanyak pengalaman di perjalanan..nescaya akan kau jumpa bunga-bunga indah, mutiara-mutiara bernilai, pelangi -pelangi cantik dan mendamaikan...

Thank you Allah!
* PAYGAS*

19 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas info yg diberi.. sgt2 berguna coz sya plan nak bawa students sya ke sana.. =)

Unknown said...

Terima kasih konsi info.. Cadang nk pegi. :)

http://aisasalwani.blogspot.com/

SilverBullet95 said...
This comment has been removed by the author.
azharjaafar said...

tenkiu ye.. lusa nk pegi sana insyaAllah

fadhlinsakina said...

akak, nak mintak akak punye jadual trip ni boleh? sy nak pegi dgn classmate. :)

Unknown said...

Sis pasar malam jumaat dan sabtu je

fazliana said...

bestnya...mmg nk pergi bln nie..tq for info

Anonymous said...

Cuya dgn tika nak pgi pulak may ni.tqx nad info


Anonymous said...

Kalo pergi dlm group ramai2 lg better dok apartment mardi...rm250 1mlm..3bilik tdo, 2toilet,ada pantry peti ais comel, dapur xde tp kalo bwk dapur karen boleh je wat steamboat, bbq karen, sofa ada, ruang tamu, tv, heater, tmn mainan, yg plg best dok sini kalo bernasib baik buka2 tgkap nmpk ladang teh mardi...tiket mardi free if masuk sini...

Unknown said...

aiskrim strawberry 2 dekat mana ya??

farisya said...

tqqqq!!!membantu sangat !!!

Unknown said...

Tq..i'm coming on 7th Nov.:-)

aisyah said...

Stawberry kat atas manis. Bwk turun jadi masam. Nape ek?

Unknown said...

Kalau naik bas, jauh tak nak jalan kaki or ada ke transportation lain utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat masa kat cameron highland tu?

Unknown said...

Jumaat petang pasar malam kat mna ye? Brinchang or tnh rata?

Unknown said...

Jumaat petang pasar malam kat mna ye? Brinchang or tnh rata?

suhaila said...

Wahh bestnya.. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!

sutera~unggu said...

Homestay tanah rata. 3 bilik 2 bilik air. Rm 250 . Public holiday dan weekend rm 300. contact number 014-2391070

sutera~unggu said...

Pasar malam sekarang dah tukar tempat. Di golden hills sungai ruil. Dulu kat brincang.