Resepi???
pandai masak ke? Untuk tekak sendiri boleh la tapi jarang sangat aku masak sebenarnya. Jujur dan saksama jawapan. Tapi kalau mintak aku masak, inshaallah. Boleh masak kalau yang basic tu tapi jarang ke dapur. Bulan puasa rajin la jugak.Bukan ape sebab, dekat rumah sewa semua jenis macam ko nak makan, ko masak.Tak ada jadual. Since Nadya dah tak duduk dengan aku, so kalau setakat sorang tu memang tak gigih la nak masak.
Kadang-kadang masak juga. Pernah sekali tu rajin hari-hari bawak bekal. Lagi pun, hujung minggu selalunya makan dekat luar, balik kampung, balik PH dan ke mana-mana la. Alasan memang hebat kan, nak tutup kemalasan yang melanda. To be honest, antara adik-beradik aku lah yang paling tak ke dapur sekali. Mama cakap, kalau tinggalkan adik-adik dekat Hasif, lagi confident dari tinggalkan dekat aku sebab kalau dia lapar dia akan masak. Sebab aku akan ikut tekak sendiri, haha. Kalau aku ada kerja ke apa, makan bukan priority, akan setelkan semua dulu pastu baru, "eh, belum makan lagi la harini?". Kalau nak makan, kena bagitau. Then, aku akan bawak pergi makan kat luar ke, tapaukan lauk dan hanya masak nasi sahaja ke. Ape-ape aje.
Makanan berbentuk desert, western food atau kuih muih tradisional aku rajin. Lauk pauk leceh sket sebab tu aku boleh telan apa aja.
Tapi kalau memang Mama suruh masak, atau memang adik-adik mintak aku masak.Aku akan masak tapi inisiatif sendiri untuk start tu memang payah melainkan kalau jin memasak aku datang buat lawatan sekali sekala..hahaha.. *matikla kalau ada jejaka ketak-ketak baca post ni, jatuh saham* - *Takpe, diorang jaga makan, jaga perut takut boroi* Ini statement sedapkan hati..haha
Motif cerita panjang-panjang??? sebab malu dengan resepi, secoet sangat. Boleh google my resepi je kan semua kalau nak resepi elok sket.
TAPI...
bagi menyahut seruan chingu, aku share la satu resepi
TELUR SOS TIRAM
2 biji telur (discramble dalam non stick pan)
1 biji bawang putih diketuk
2-3 bawang merah / setengah biji bawang holland
**ikut apa ada dekat dapur la,aku prefer bawang holland
Sos tiram
*sos-sos lain yang disekeliling..hehe
Air
Cara-cara:
- Tumis bawang sampai naik bau.
-Masukkan sos tiram secukupnya (2sudu kot)
-masukkan sedikit air, kacau secukupnya
-tambah black pepper sos sikit, apa-apa aja kalau suka
-Kacau, kalau pekat tambah air, pandai-pandaila
- tambah seasoning/garam/gula secukupnya
- Angkat dan tuangkan atas scrambled egg tadi
Bolehlah makan bersama nasi panas dan ikan kering berbulus yang rangup itu. :)
Silalah omit telur dengan ayam yang dipotong kecik-kecik supaya kelihatan lebih lauk dirumah,bukan lauk dalam hutan..hahahahahaha
5 minit, siap!
5 minit, siap!
Ini sangat berguna kalau dihujung minggu ketika kemalasan melanda dan hanya ada telur dalam peti. Juga sangat afdhal dimakan bila lapar dah tahap harimau dan sahabat yang diajak keluar makan off data..hihihihihihi ;p *larikkkkkk*
P/S: Rindu nak berbaking, nanti kita buat chocolate chips cookies ok.
No comments:
Post a Comment