Nuffnang Ads

Tuesday, October 28, 2014

#chinguchallenge1 - SKIN CARE Routine

Salam & Hye

*mata kelip kelip*

focus pada hashtag semua orang,yeah! kemain kan hashtagnya. This topic was suggested by chingu Pqah so sebagai chingu yang bagus di kalangan chingus semua, marilah kita menggigihkan diri update juga walaupun ntah ape-ape.

Takpe, pelan-pelan. So, jemputlah mengetahui macam mana diriku yang serebeh-serabai-selekeh ini menjaga kebersihan dan kesihatan muka which tempat yang paling penting bagi semua orang kan.

SKIN CARE

Facial Foam/Pencuci Muka ni aku mula belajar pakai masa form 1 form 2 macam tu sebab duduk asrama kan, so bila semua orang beratur cuci muka dekat singki sementara tunggu turn mandi, diri ini terasa kecil di situ akibat hanya mampu menunggu tanpa berbuat apa-apa. Yang mampu hanyala, gosok gigi berulang kali sampai berangin gusi..haha..

Belajar la pakai sabun susu kambing mula-mula yang bentuk macam siput tu, kotak hijau. Time tu sangat in ok sabun susu kambing ni. Bila makin maju siket, kita pakai clean and clear lepas tu akibat terpengaruh dengan promoter dekat Pasaraya Salwa, belilah satu brang ni tak ingat apa tapi tutup warna hijau. Masa lower form, alhamdulillah tak ada jerawat pun so, pakai cuci muka sebab konon-konon orang pakai.

Akibat ketulahan telah berlaku, mengutuk seorang lelaki sekelas yang penuh jerawat di muka.Maka berebut pakat duk keluar jerawat kat muka, tak sabar-sabar. Haish la..menyesal gila kutuk si Helmi tu masa tu. Maka kita pun budget2 kool pakai la Tea Tree for Teen..cakap remaja kan. haktuihh sangat!

Selepas itu lantakla nak jadi ape pun, kadang bila abes nak tunggu beli baru agak berkurun. Sental je dengan sabun badan, kalau dettol pun dettol la, dengan harapan hilang bakteria dekat muka. Sampaila ke matrik, brand berubah-ubah dan banyak tak pakai dari pakai. Ponds pernah cuba, Nutrogena la paling last, masa mula-mula start kerja. Bila dah habes tu, tak beli beli sampai la ke awal tahun haritu. Azam baru katanya..
Alhamdulillah..




EVERSOFT - Alhamdulillah, so far ok. Ni dah botol kedua dan dah tinggal separuh pun. Sebabnya packaging dia lawa dan senang nak bawah pergi travel, dia tak akan tumpah. Yang penting bagi kelembapan semulajadi pada muka memandangkan, kulit aku ni jenis dry/combination.

NIVEA TONER - Tak ingat dah bila belinya, kononnya nak jadi gadis cantik, orang pandang dari jauh nampak jelita gitu..hahaha. Kene la belajar pakai semua ni. Tapi, sehingga ke hari ini itu je la amount yang luak pun. payah betul nak disiplin benda-benda macam ni.haish..

BEAUTYCODE Pureness Night Repair Cream - Ni range produk from Cosway untuk kulit kering jugak which antara produk yang bagus la. Baru lagi beli, dalam 3,4 minggu lepas kot. Masa tu ada warehouse sales, RM8 je. sebab tu beli. daaaaaaaaaan alhamdulillah.. dah pakai sekali.. Yer sekali..bagus kan saya..*mata kelip kelip mintak simpati* haish...

Yang lain-lain tu, sample produk from Korea. Marketing suruh try before launch untuk jual. Ni untuk kulit berminyak aku rasa, sebab gatal jugak nak try even muka tu kulit kering maka keluar lah jerawat kecik-kecik. Terus stop pakai and call marketing bagitau. Duration of test actually 2 weeks tapi baru 3 hari dah stop. Bekas dia yang aku suka. Nanti boleh cuci bersih bersih and bawak pergi travel, letak kita punya sendiri. Cita-cita tu tinggi tapi tak jugak istikomah betul betul.

Sebaiknya, pakaila   Facial foam ---> Toner ---> Pelembap secara regular :)


Now i know sebab apa tak ada boyfriend, muka tak cukup bercahaya. Amik wuduk pun bila nak solat je, kena kerapkan ni, supaya bercahaya bagaikan hiasan kebahagian yang bersinar-sinar disimbahi lampu neon memancar. ;P jawapan Artis sangat kau!


MAKEUP



MIYAMI 2 Way Foundation - akibat terpengaruh dengan chingus, maka kita berjinak-jinak pakai. Alhamdulillah dengan bangganya nak bagitau rakyat jelata semua, ini dah yang kedua. Hebatnya rasa. sebelum ni pakai bedak tabur je. Dan macam-macam brand la pernah beli tapi pakainya jarang-jarang last-last hilang tanpa dapat dikesan. Konon kalau keluar dengan girlfriends, nampak macam girly uolls kalau ada compact powder. Idok le mak ni ketinggalan sangat.

GARNIER Whitening Cream - Pakai before pakai bedak sebab bedak tak akan bercapuk bila kita berpeluh nanti. Kenapa macam tu packaging dia? Owh itu sebenarnya sample sahaja. Dapat free masa pergi event apa ntah. Banyak pulak tu dapat. Ni yang last dah.

LIPBALM/LIPSTICK - Baru beli semalam.hahaha. Terpengaruh dengan budak ofis. Sebelum ni pakai lipbalm nivea dengan mulberry ape ntah. Tapi letak dalam beg sekali dengan perfume. Boleh plak perfume tu tumpah. Hoih beralkohol lipbalm aku. terus buang. Itu kejadian raya puasa haritu. Maka togel la bibirku sehingga pagi ini. Terasa cantik berkilauan plak.

Tengok IN2IT semalam, menarik jugak makeup range dia. Harga pun murah. Kalau beli tapi jarang pakai lepas tu expired, tak rugi sangat kot. Kita cuba sket-sket ok.





P/S: Kata teman-teman kesayangan baru-baru ni "wow,bergaya gila kawan ko.ko bila nak berubah ni?" haha. Takpe, nanti aku gojes jangan jeles k.haha

No comments: