Nuffnang Ads

Saturday, January 7, 2012

"Saya tak kesah berpoligami"




Aku tak kesah poligami..sebab mmg dihalalkan

poligami bermakna..

Lelaki:: mengahwini lebih daripada seorang isteri dalam satu-satu masa (xlebih 4 ya..hehe)

Perempuan :: mempunyai suami yg ada isteri selain dirinya or lebih indah lagi ayatnya..hidup berMADU (madu tu memang azalinya manis, tp dlm konteks ni...manis ke pahit..? tepuk dada, tanya hati)


"apa salahnya kalau mampu kan..janji tanggungjawab pada kita tak terabai"

" xpe..susah sekarang, nanti kt syurga dapat payung emas" (aku xpasti kbenarannya)

" kalau dia adil..aku xkesah.."

"kalo itu boleh mengelakkan maksiat, aku sanggup pinangkan"

"aku sanggup, asalkan dia bahagia"

" itu hak dia, yang penting..aku tahu dia tetap sayangkan aku"

ni antara alasan2 orang2 yang membenarkan suaminya beristeri lain..lagipun islam tak melarang kan..dh tertulis dalam surah an-nisa:-

'Jika kamu takut,bahwa kamu tak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahwa tiada akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau pakaila hamba sahaya. Yang demikian itu lebih dekat kepada tiada aniaya'




dan memg tertulis, maka jgn kita halang kalau ada antara suami2 korang nati meminta izin untuk beristeri lain. siapa kita untuk menghalang kan..selagi dia mampu dan boleh berlaku adil..cliche kan ayat ni..hehe..mmg pun, tapi itulah kenyataan nya..kita tak boleh tamak..sesuatu tu berlaku ada hikmahnya..bila ni terjadi, mgkin akan datang (aku sndiri pun xkawin lagi)..cuba tgok balik diri kita..kenapa lelaki tu buat keputusan macm tu..cermin balik diri kita..jgn tgok physical sebab dia mmg dh boleh trima kita..kalo tak, dia tak kawin ng kita, habis duit ribu2..terketar2 depan tok kadi,or 2,3 malam tak leh tido duk hafal lafaz akad mcm nk exam SPM..tapi..muhasabahlah..mgkin ada silap kita, antara sedar dan tidak..jadikan itu stepping stone untuk jadi lebih baik..macam aku cakap tadi.."tepuk dada, tanya hati"..

kalo kita rasa kita mmg banyak kurangnya..mcm kata seorang kawan aku...

Aku:: napa Atif bagi yer poligami?

Atif:: sebab saya rase saya banyak kurang..mungkin ada orang lain lebih baik

simple je jawapan nya, dan aku waktunya..tetap argue dengan dia..mcm2 situasi aku bagi..dan dia bukan orng pertama yg cakp membenarkan poligami, org kedua sebetulnya..(dlm ramai2, baru 2 org yg bagi kan..haha)...mgkin dia punya pendapat berbeza..so, sape2 ade niat nk kawin ramai, sila pegi pinag Atif sekarang..haha..

cammana plak ng yang tak benarkan..?? itu aku tak perlu cakap kt sini kot, kn aku dh cakap, dlm ramai2 kawan aku, dua org je yg bagi..yg len..TAK BAGI..haha..

penah dengar ayat ni.."aku bleh share ape sahaja..tapi bukan suami"

itu perempuan kan..cuba korang tanya kat kawan2 korang yg lelaki plak..brape orng yang nk berpoligami,maksud aku..ada ramai isteri..aku baru jumpa sorang..alasannya, sebab dia rase..die berhak dan die mampu..malahan, ayahnya juga punya lebih daripada seorang isteri dan diorang happy je..yang lain2, rata-ratanya..

"cukupla seorang...aku bukan anak raja"

"aku sayang die kot, aku taknak die sedey"

"gila ko nk kawin dua, mau kene kejar ng parang"

"sorang pun dh tak terjaga, ni kan ramai"

dan macam2 lagi la jawapannya...Itu sekarang,masa masih hangat bercinta..masa, aku tak kesah siapa ko..aku terima seadanya..tp bukan ke life begins at 40...?? yg tu cmne plak..?...selalunya, mmg lelaki akan tend to pasang lain bila dh 40..pendapat aku..mmg dh fakta kot,or lelaki baru matang secukupnya umur 40..atau..waktu tu, kebanyakkan lelaki dh betul2 stabil..so diorng rasa diorang mampu..or mmg tergedik2 gatal sangat kn..haha..kebanyakkan isteri plak, bila dh 40..dh malas nk mencantik..dh kurang menjaga itu ini..banyak xkesah daripada kesah..or take for granted sangat2..yela, dh bebelas tahun kawin, xkan nk carik lain lagi kot..so.......???? fikir2 kan lah...


dan aku plak...


kalau ditakdirkan terjadi kt aku..ini jawapan aku..

"pilih antara dua, saya atau die, saya boleh consider benda lain, tapi bukan yang ini"


eh, tadi awal2 cakap..boleh trima poligami..ni macam xboleh plak..apecer..?? mmg, aku trima, sbb dLam islam pun membenarkan..poligami tak salah..cuma..aku xnk benda tu jadi pada aku..untuk orng len, terpulang..tapi bukan aku..xsalah jugakkan kalo aku memilih untuk xsetuju kalo suami aku nanti nak ada orng len?..kn..kalo nk cakap, mampu adil..adil yg macamana?..kalo cakap mampu duit..setakat mana..?kalo cakap, 'sy tetap sayangkan awak'..banyak mana? sampai bila?..kalo cakap, 'saya akn lebih bahagia kalo ada dia jugak'...jadi pegila,tinggalkan yg tak bahagia ni..bukan aku selfish..tapi aku memang selfish..aku kedekut..aku tak reti, nk buat2 isteri mithali, dengan senyum menipu tp kt dalam sakit..aku tak nk trima hakikat yang, apa yg aku dapat, orng lain dapat jugak..aku xmampu nk raya asing2,sebab kne gilir2 dgn bini muda..aku tak nak raih simpati or pujian orng luar..

"wah, bagusnya dia..bagi husband dia kawin lain"

"kesian dia kn..dh jarang dh suami dia balik umah.."



mesti korang cakap..jauhnya aku fikir..kawin pun belum..haha..tapi aku punya atuks yang kawin lebih daripada seorang..aku ada makcik2 dan pakcik2 yang sama ayah tapi lain mak..(dua2 belah, abah and mama)..aku ada mata dan telinga, yang melihat pengalaman orang di sekeliling..aku bukan buta huruf yg xreti membaca kisah2 di akhbar dan majalah..yg xreti menonton rancangan2 di tv...jauh disudut hati yg paling dalam..korang rela ke...?

jadi...

untuk kamu,kamu dan kamu yang membaca,pembawa kromoson XX or XY...fikir-fikirkn lah..kalo mungkin satu hari, korang berdepan situasi mcm ni..amik masa..pandang ke belakang sejenak..apa yg dh korang lalui..pandang jauh kedepan sekejap, apa akan jadi nanti kalo....tgok kiri kanan, jgn lupa..siapa yang akan terkesan kalo itu terjadi...

"Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah" Ombak Rindu,Fauziah Ashaari







p/s:: masih ingat, nota bertaip pada A4 berlipat empat,antara ayatnya..'dan hancurnya hati seorang isteri'...

No comments: