Nuffnang Ads

Sunday, December 27, 2015

Salam & Hye..

Lamanya tak berupdate. dah nak masuk tahun baru, trip ke PENANG pun blom update. Dah sort out gambar tapi tak sempat nak draftkan lagi entry. It will be a loooooong entry. I'll try to finish it by this year ok.

So here, kita cerita and teaser sikit-sikit about my cousin sister's wedding, Aalia. Will update about cake, hantaran, deco, baju, make up and everything once gambar dah dapat. Untuk simpanan masa depan sendiri jugak and untuk kawan-kawan yang nak kawin soon. Syira dah suka dah MUA dia.

Jom la tengok teaser siket-siket yer. Ni semua dekat FB aunties je ni. 

Ni semua masa akad nikah, kita buat kat rumah je.


The Groom & Bride with some of uncles and aunties from bride's dad side.

From Left: Our beautiful grandma, my mom, my dad, Pok Kama, Pok Kama's wife (Cik Yah), Che su's husband (Pok Din), Che su, Mok Milah



Again, from bride's dad side

From Left: Ma Lela, Ayah Long Jaafar, Pok Pik, Mok Milah, Pok Jalil, my mom, Pok Kama, Che Su



Its ME, with my nephew tapi tak tau nama dia apa. Lol
#beratbibirweyh

Now, a few gambar on reception pulak.

Venue: West Garden, One City.


The groom & bride with their parents together with bestman and maid of honour.

The groom's side pakai greenish tone and the bride's side pakai brownish tone. Konon garden wedding theme la sebab buat dekat open space kan. Satu amik batang pokok, satu amik daun pokok. Hehehe

Anak - anak allahyarham Hj Ismail Bin Ali

 Once again, the bride's dad side (My mum's siblings). Bukan senang nak kumpul semua 11 orang. Ni pun, ada 9 je. Pok Nasir datang kejap je, dia ada hal. Even me myself nampak dia dari jauh, nak salam and say hye pun tak sempat. Sedar-sedar dah balik.

From Left : Lela (4th), Taufik (11th), Latifah (7th), Mahshuri (6th), Manja (5th), Jamilah (3rd), Jalil (2nd), Kamarudin @ Hang Jebat (8th), Mas Ayu (12th) (Not in the pic, Nasir (9th) , Jaafar (1st))



Mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad @ Ayoh Wan
Sahabat baik Allahyarham Hj. Ismail Ali, our Che'. never fail to come to our family's wedding since my aunty, my mum and ny cousins.



The bride's cousin sister & Syira. :p
#bibirkurangberat #eyebagduakilo

Sekian sahaja, laporan pertama #aaliaesqandar. Tunggu dapat gambar semua dulu baru full update k.

To Es : Welcome to our big family, senang je, kitaorang semua tak makan saman, semua bising volume kuat-kuat, mulut takda imsurans punya, muka memang tak malu. Langgar je. Haha. Please, do take a good care of our sister, love her. InshaAllah. Barakallah for both of you. :)






p/s: Tak pasal menangis tengok Khabi Khushi Khabi Gham, padahal dah berpuluh kali tengok. Lol sangat. eh, lagi satu Alhamdulillah, we both can control the situation. :)

Sunday, October 11, 2015

Kenangan Makanan Asrama

Salam & Hye,

This morning, i came across to this article:


9 Makanan Dewan Makan Yang Jadi Kenangan


Current DM (Upper Form) Credit to Kuya

Was taken on our last visit (Credit to Azi)

Terus teringat kenangan di asrama. 5 years beratur amik makanan dekat dewan makan. Mungkin sebab tu kot, sekarang ni semua makanan pun boleh telan.

Aku rasa, makanan asrama la punca aku kurang makan kuah bila makan nasi, i dont like nasi jadi tooo soupy, gravy melimpah. Dulu dekat asrama (F1-F3), kita tak pakai tray besi ketung ketang tu, but we used pinggan melamine/ plastik yang nasik tambah tu. Since memang akak dewan makan yang cedokkan semua, aku selalu request tak nak kuah sebab dia akan letak suka hari dia je, so takut tak kena selera, kita mintak taknak kuah. Since that, nasi kering tanpa kuah lagi best la.haha.

Way back, asrama kitaorang akan ada menu for two weeks. Meaning that, selang seli la. Minggu ni menu satu, minggu depan menu dua then menu satu balik. Aku kenal nama kuih tradisional pun sebab menu dekat asrama la. Kuih lopis was my favourite, selalunya minum petang la. Even ada Koperasi tapi jarang la pergi koperasi. Lapar tak lapar, sedap tak sedap. apa yang di served itu je la makan.

At least, once a month akan ada puasa perdana hari Khamis, so akan buka puasa best-best. Ala makan beradab macam tu. Nasi Baryani ke, pergh. Sedapnya, rasanya tu la yang paling sedap pernah makan. Belum lagi bila minggu aktiviti, akan ada dinner makan chicken chop. Mungkin sebab jarang-jarang dapat, maka itulah makanan paling best.

Kalau supper, ada la sekali dalam dua minggu makan burger. Beratur amik yang dah siap bungkus. Dari dulu aku cerewet makan burger and not my favourite sangat burger ni. Aku tak suka sayur dia yang dah jadi lembik bila dah bercampur sos. So, aku akan bagi kawan aku. Selalunya, Siti la yang dapat. My bedmate. Kadang - kadang kalau geng yang lain bijak, 3 hari sebelum tu dia dah cop dah dengan aku. hahaha. Dan sampai sekarang pun, aku kurang siket burger ni, thats why even dekat Mcd pun i order Fillet o Fish.

As other asrama pun, weekend adalah hari yang paling best. Makan tengahari nasi tomato, nasi ayam etc package dengan aiskrim and buah yang best. Apple ke, Orange ke. Buah tu selalu, ktorang simpan, buat makan petang-petang or malam.

Aku jarang take breakfast, sebab aku bukan yang bangun awal, mandi, bersiap. Lower form, sekolah kita wajib solat dekat surau semua waktu, so, aku orang yang bangun je g gosok gigi, wudhuk terus gi surau, balik nanti baru mandi. Bila Upper form, jarang sangat aku gi surau sebab sedikit jauh, so aku akan mintak cubemate aku kejut bila dia dah nak siap. So, mana datang nak breakfastnya. Haha. Kecuali kalau menu dia roti, kaya tu dia campur dengan marjerin. Uihh, sedap gila kot. No matter, pagi tu nasi lemak ke even scrambl egg dengan sosej pun aku jarang pergi. Tidur itu nikmat, hahaha.

Korang pulak, ce share pengalaman makan di asrama :)

Eh, lagi satu. air masa supper after prep, lower for, lagi best, sebab dia siap-siap letak dalam cawan. Upper form, ko amik gelak, cedok sendiri dalam tong besar. Teh or nescafe selalunya which i dont like.So, kita amik makanan, dan terus jalan pulang ke asrama.

Oppppssss, tengok slamdunk??? Ktorang akan berebut berdiri depan tv dekat dewan makan dengan air kt tangan sebab nak tengok Slamdunk. Rindu!


Disclaimer: Kita sekolah lain-lain lower form dengan upper form. Sekian.







P/S: Sometimes, we will regret something we have said lagi-lagi something we dont mean it. Its spontaneous. Bukan sebab kita dont care or tak ambik kisah tapi kita rasa itu tak patut tanya. When it is obviously wrong, do something. Its not gonna be right with only a question regardless what the answers are. #jualgorengpisangbarutau

Wednesday, October 7, 2015

Kind-Hearted Malaysian

Salam & Hye

Since most of my family members bagi positive feedback untuk POLIS EVO, jadi diri ini tak mahu ketinggalan la nak pergi tengok. After work, singgah KLCC and take 7.25pm show. Tak ada hal pun, since magrib awal sekarang. Plus, iklan sure lama. Almost 10pm jugak baru habis. Ramai yang tengok, mostly orang yang dah besar-besar. Bukan budak sekolah la, maybe sebab weekdays ke tak tau la.

Since tak plan nak tengok yesterday, parking semua pun tak plan. After 30 mnts tunggu KTM, pukul 11 baru sampai KTM Subang. Dekat parking memang tinggal seketui je lagi keretanya which is mine. Huhu.

Aku per nah cerita tak pasal almost kena gigit dengan anjing dekat parking?

Takpe, kita cerita lagi sekali k.

Satu hari tu, masa balik kerja, macam biasa akan berlenggang ke kereta lepas bayar parking. Aku dah perasan satu anjing liar, hitam dan besar. Pandang je, tapi aku buat buat berani since orang selalu cakap, kita tak kacau dia, dia tak akan kacau kita. Sekali aku dengar dia barked, aku toleh tengok dia memang macam nak terkam aku dah. Apa lagi, teruk bersepak aku lari weyh. Siap pakej jerit, "takutttttttt!!!!" dengan kuatnya ok. Aku dan bayangkan anjing tu gigit kaki aku pastu aku kena jangkitan, duduk dekat hospital, scaryyyyyyy. Seriously, memang dah tak ada malu dah time tu, tak ada control dah kalau ada mamat macho pun. haha.Then, ada this one Sir, halau anjing tu dan panggil aku pergi ke dia. Baru lah anjing tu diam dan stop. That Sir hantar aku dekat kereta, pastikan aku dah masuk kereta, dah jalan. Baru dia ke kereta dia. Thanks a lot Sir. Kadang-kadang terserempak jugak masa balik kerja lepas-lepas tu, kita hanya balas-balas  senyum je la.

Nak di jadikan cerita, malam tadi, from KTM to parking tu aku dah nampak a group of anjing, 4 ekor semua, including si hitam tu duk main lintas-lintas jalan. Macam biasa, aku akan budget cool. Aku terus ke depan Aeon Big, masa tu those anjing elok je masuk ke kawasan parking. Sadly speaking, tinggal la kereta aku seketui je lagi kat situ. Huhu. Kan ada lopak-lopak air lepas hujan, seronok diorang bergurau senda budget romantik kat situ. Aku dah nekad dah, tunggu sampai dia lari tak selamat jugak, redah je pergi, memang serah diri nama dia. aku pun randomly tahan this one guy, mintak tolong dia teman pergi dekat kereta. Alhamdulillah, dia nak tolong aku. Siap offer tolong bayarkan tiket dan hantar balik kat aku dekat kereta. Aku nak offer hantarkan dia to where he wants to go tapi mulut tak tertanya pulak. Masa tu, kot aku tak fikir dah orang tu baik ke jahat, aku percaya je. Masuk kereta, boleh pulak nak bukak lampu, gi bukak viper belakang. Eh, ko dah kenapa. Haha. Cuak punya pasal.

Nak sangat tengok Polis EVO kan, tak pasal balik lambat. Nasib baik Nora Danish comel. Sam dengan Zizan gila. Si kawan baik Sh. Amani tu sengal. Eh, nanti la kalau rajin aku review k.

Nak cakapnya, baik nya rakyat Malaysia ni. Random act of kindness. Thank you so much ;)))







p/s: Finally, budak sengal tu dah reti keluar ayat, "nak tido awal, esok kerja". 

Thursday, September 3, 2015

'Common Values' yang Perlu Ada

Salam &  Hye,

Tau pendidikan sivik tak? Yes, zaman kita tak ada or belum ada or tiada subjek khusus untuk ini. I am talking about 70's,80's and early 90's babies tau. Sekarang, di sekolah-sekolah memang ada subjek pendidikan sivik which need them to buat projek, presentation, exam etc yang soalan dia kadang-kadang common senses sangat. For me, its reaaaalllyyyy good as kita human being lagi-lagi Malaysian (including myself) lack of it nowadays.

I have been blog about something similar to this before dekat SINI dan SINI, tapi kali ni what triggers me to blog it again is because of a post on FB. Lupa nak print screen yesterday. Cerita dia macam ni...

An admin of a page posted gambar Sos Cili dekat rack barang lain yang tak ade kaitan langsung, ok, lets put it as rack sabun la. Caption wrote ialah lebih kurang "Ni tahap malas sangat ni". Ramai yang komen, and aku pun tak pasti pasal apa yang kegigihan sangat baca komen-komen tersebut until came across to satu komen ni, she claim herself as ex part timer dekat giant rasanya. Katanya, better letak dekat kaunter, so senang pekerja nak susun balik daripada letak merata-rata yang kadang-kadang boleh terlepas pandang. aku bersetuju pada mulanya dan rasa macam, owh begitu ke. Kita yang tak kerja macam tu tak faham susah senang diorang kan. A guy replied with, "Ingatkan tak boleh buat macam tu sebelum ni". So, kita boleh assume yang lelaki itu usually letak barang yang tak jadi beli ke tempat asal which is a good deed.

Tapi, surprisingly, that lady replied with "takpe, itu memang kerja diorang". Whattt???????. My blood goes upstairs you know. Tambah pulak, the guy jawab, "Ok, lepas ni saya buat macam tu". terus macam rasa nak *&^%$#x,shfgdnmh&^%$#)*(& je.

I cant believe it came out from a youngster, lady lagi. Kepantangan aku kalau dengar macam ni. Secara tak langsung, dari sikap positif lelaki tersebut terus turns to something not so positive. I dont think itu memang kerja diorang at first, but become one because of this third class mentality of most malaysian. Sorry to say ok. I am neither a good person nor budget tak reckless pun, but small thing can change something bigger kan. I try my best to always be positive and influence my immediate sisters and brothers too. Mungkin sekali sekala buat juga but at least try not to.

"takpe, itu memang kerja diorang"
" Abes, diorang nak buat kerja apa"
"kita customer,kita bayar kot"

Ini MENTALITY bukan sikap. Jom lepas ni kita sama-sama jadi positif dan train anak-anak, adik-adik kita dan diri kita sendiri terutamanya:

1 - Letak Barang Yang Tak Jadi Nak Beli ke Tempat Asal

2 - Kosongkan Meja Selepas Makan Bila Ke KFC, MCD,IKEA atau yang Sewaktu Dengannya.

3 - Amalkan Buang Sampah Dalam Tong Sampah Walaupun Kulit Gula-Gula

Kalau itu mentality, ini SIKAP :

1 - Beri Laluan untuk Penumpang Keluar Dahulu Bila Menggunakan Pengangkutan Awam. Tak lari train dikejar yea.

2 - Preferred Seating Pada Yang Sepatutnya. Tegur Orang Lain untuk Bagi Tempat Duduk Pada Ibu Mengandung Misalnya, sebab Mungkin Dia Tak Perasan. Kalau orang banyak barang pun, apa salah bagi dia duduk kan.

3 - Escalator: Kiri untuk berdiri dan Kanan untuk yang Mahu Pantas. Tolong jangan buat tak cerdik yer. Kalau ada Veteran yang Buat Begitu, Tegur dengan Baik. Mungkin dia Orang Kampung yang Jarang Pakai Escalator.

4 - Ikut Kiri Jika Tidak Memotong. 

5 - Bagi Signal untuk Menukar Laluan.

6 - Sabar Bila Memandu, Ni Nak Cepat Je. Lagi-lagi di Bulatan yang Sesak, Parking Lot etc. Kita Lalu Dulu Tak Membezakan Sampai 1 Jam Pun Perjalanan Kita, Mungkin Ada Kebaikkan Tuhan bagi Waktu Kita Sempit Kemudian Hari.

7 - Belajar Ucapkan Terima Kasih Bila Berjaya Menukar Laluan Dalam jalan Sesak seperti hazard lamp, Angkat Tangan di Cermin Pandang Belakang, Hon 2x etc.

8 - Jangan Budget Gangster Lalu Laluan Kecemasan Sesuka Hati

9 - Jangan Nak Melepak Sangat Di Kedai Makan Kalau Nampak Ramai Yang Menunggu.

10 - Sediakan Ashtray Bertutup Dalam Kereta Kalau Tiada Restriction for Smokers Untuk Kereta Anda. Oppss, untuk Vapors, please hormati orang sekeliling. Terima kasih kalau anda begitu :)

Last But Not Least, At all.

11 - Dont Being Judgemental

Banyak lagi common senses yang lain yang patut kita instill dalam diri kita, dalam masyarakat kita. Sesuatu yang kita rasa akan memudahkan banyak pihak dan tidak merugikan kita pun if kita buat, then buat.

Jom sama - sama kita tanamkan sikat positif, jangan nak jadi keyboard warrior dan turun demonstrasi sahaja tapi sikap dan mentaliti tidak menggambarkan yang sepatutnya.



Bye, XOXO









P/S: Ramai Malaysian memang very helpfull, itu sangat diakui. Always bump into many beautiful scenes of random people helping out sight-disabilities person, bawakkan barang, offer a help for orang yang sakit (experienced myself), giving direction and even bring the person to a particular location. So pure :) Alhamdulillah.





Wednesday, August 26, 2015

#AaliaGotARing

Salam & hye,

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Isnin malam baru baru ni, ada small gathering untuk Majlis merisik or kita panggil hantar tanda la for my beloved cousin Aalia. Asalnya, we were planning to go direct to majlis kahwin semua but after the discussion among both parents last week. Both anak-anak hanya ikut apa yang orang cakap baik for both sides.

Since buat Isnin which hari bekerja and everyone pun kerja kecuali orang yang dirai, kita buat dekat Mahabba Restaurant, Bandar Sunway. After dinner, kita sarung cincin sebab nak chill chill je, taknak make it too formal. Purpose pun sebenarnya, nak confirmkan dekat extended families both sides that they are getting married soon. Since skip the bertunang thingy, kita buat la 'reservation ceremony' sket bak kata groom-to-be kan..haha. Nampak kesungguhan sket la kata Uncle Rashid. The best part is, we can see both parents sangat excited and happy, merestui relationship ni. Alhamdulillah. Im soo sooo sooo happy for them both Aalia and Esqandar.

From our side, ada Mok Milah (Our Mak Long) came all the way from Terengganu untuk this so called ceremony, me of course besides Aalia and parent, Kak Na & Abang Jiman, Cik Na & Paman, Uncle Din, Auntie Wan. Their side pun, makcik pakcik yang datang. Tu je. Sangat simple.

Time scheduled was 8.30, sume kumpul dekat restaurant terus sebab semua from office. Since this is my BFF punya majlis, so i asked permission to balik awal, at 5 dah sampai rumah. Terus keluar balik, since sempat lagi buat manicure ni, lagi pun dekat One City ada saloon for mani padi. Jari-jari adalah elemen utama yer, nak sarung cincin by future MIL kot, kena lah bersih dan cantik. I am sure i will do the same too when it comes to me nanti. Dah sampai dekat saloon, kene by appointment je pulak. Sebab dah tak ada masa nak cari tempat lain, we decided to buat sendiri, nasib la Guardian dekat.

Knowing our Mok Milah yang sangat punctual, ktorang sampai rumah around 6 + + tu, dia dah tengah bersiap. Haha, ktorang ni mandi pun belum.LOL. After magrib nak terus gerak. So, sempat lagi 1 episod TLU for Mok Milah.Kekeke *gelakgee*. Around 7 tu, Ayah Ngoh and Che Ngoh balik for magrib. Tapi, nasib baik diorang balik rumah dulu, so Mok Milah pergi restaurant dengan diorang. Ktorang lambat sket, nak bersiap semua. 8.07pm baru keluar rumah.

Sampai sana, terus park dekat parking area behind the restaurant, Iman who is Esqandar's brother nampak ktorang pass by the restaurant. Terus call and asked us to park dekat depan kedai. Betul-betul depan pintu masuk kedai, nasib baik sekali masuk je, omg..park your car while everyone is watching not  funny ok..Then, dan-dan tu gak Kak Na call to check mana ktorang tak sampai lagi sebab semua mostly dah sampai.Haha.

On the way tu, Aalia face-timed Esqandar. Yup, dia belum mandi pun lagi, tengah lepak-lepak sebab nak keluar gi futsal. Oh, he's already in Birmingham. See, senang kan jadi lelaki, relaks je.Haha. Tapi tu la orang cakap, merisik bertunang ni, kita perempuan yang rama-rama penuh dalam perut sebab kita yang jadi centre of attention. When it comes to Akad Nikah, lelaki punya time. After dinner, Uncle Rashid and Ayah Ngoh brief all of us what is the plan semua, Auntie sarung cincin to Aalia. We took a video actually, malas nak transfer and upload dekat sini. Nanti tengok Instagram je la yer. Hii. Uncle Rashid was jokingly said, nanti kita terus whatsapp gambar to Esqandar, seronok main futsal kan.

Nothing i want to say melainkan Alhamdulillah, im sooo happy. Suka la. Suka the simple-ness of semua ni. Family relationship yang terbina. Sangat look up to Aalia & Esqandar, big decision memang diorang serahkan pada parent yang tentukan. Janji dapat halalkan hubungan. Lagipun diorang dekat UK nanti and still terikat dengan komitmen masing-masing. InshaAllah, the solemnization and wedding reception bulan December nanti.







Seriously, menyesal tak pakai high heels. Ketot dan bulat sangat di situ.Haha

Semoga perancangan ini berjalan ini berjalan lancar dengan izinNYA. Ameen.
Love you so much Ya!









P/S: They said, next is me. InshaAllah. Doakan end of next year turn kita pulak yer.Ameen.

Sunday, August 23, 2015

'Eh, berisi sket sekarang"

Salam & Hye,

"Kak nampak berisi sikit Mok Milah tengok", Said my Mak Long.

"mmm, memang pun, berat kak naik dekat 2kg', replied me.

Ok, to be honest, she's not the only one said that to me, Aalia too..on last saturday while i am watched TV. Kawan kat ofis pun ade tegur benda yang sama. Sebelum ni memang dont bother sangatlah pasal berat ni since memang sejak azali, aku ni consider underweight. Tp it should be macam tu pun kan, sebab range normal tu besar sangat plus certain orang tulang berat, tulang ringan, besar peha la etc. Thats why pada aku, takyah ikut sangat BMI ni, as long as you feel comfortable with your self, then ok.

Back to the story, the only time as i can remember jadi sedikit berisi was after SPM. I sure everyone most of us have had experienced the same thing kan. Bayangkan, aku yang pendek kurang tinggi ni ada peha yang besar and lengan besar, pipi slightly chubby, oh God, thanks to my panjang face. Kalau tak, donut in the making weyh.hahaha. Then, start belajar, reduce dan makin reduce until i reach a flat weight of 42kg for a few years regardless kuat makan ke banyak jalan ke letih programmes ke and what not. Recently since i start working, it becomes 43kg. Mesti korang carut kan, eleh ciput tu pun nak kecoh, wait until the last word of this entry.

Nak jadikan cerita, baru-baru ni i went to GLC open day dengan Pqah. We had so much fun, collecting stamps at each and every booth was more interesting than dropping the resume.LOL! Matlamat asal tak tercapai.hahaha. Ok, suka merepek jauh-jauh kan..ok,ok..Camni, Mercy booth ade buat BMI test etc, sesaje la nak try. Dengan confidentnya tulis berat is 43kg, tapi bila timbang its 44.7 kg!!! Terbuntang-buntang mata aku kejap. The Doctor said, ya..your weight ok. OMG!!

Hati dah risau, bukan ape, at the age of sekarang dengan gaya hidup yang kurang sihat ni, no sport at all ok aku sekarang. Of course metabolisme akan turun, gaya-gaya baru lepas puasa and raya pun tak ada la makan beria sangat. Boleh naik almost 2kg. Then what will happen for the next 5 years? Masa tu dah 3 series kot, nanti menangis la kau do bucu katil sebab masih tak ada anak tapi badan dah sama dengan kawan kawan yang anak 3 or diorang lagi hot. So, camane nak ngorat anak ikan ni? diorang tak pandang yang katek dan lebih muatan ok..Ingat badan macam Fara Mendoza?? hahahaha..Harapnya masa tu kita dah ada anak la,hajat nak jadi mama vogue, kenela prepare dari sekarang kan..LOL..amin..

Before this, aku susah nak naik but easily reduce tau, now not anymore. Mungkin faktor usia plus aku pretty sure its gaya hidup yang kena ubah. Sabtu malam tu punya la plan, ahad pagi kena jugak jogging atleast. tapi nan hado. Pukul 1 tengahari baru bangun, tu pun sepatutnya pickup Mok Milah then g Seri Kembangan. Then, Kak Na cakap dia datang PH. Dah tak jadi keluar, kuih kapit pun belum la amik...*duk fikir makan lagi tuh*. Makan bubur nasi with all the lauk, daging la ikan la sayur la telur la, lepak tengok Teman Lelaki Upahan, petang lepas iron baju for a week, rase nak mengunyah, makan keropok lekor. Then KakNa datang, we oll kenduri rambutan and buah berangan kampung. Makan nasi pulak for dinner, bukan segenggam ye tapi sepinggan. Tengok TLU lagi, milo ais etc. Dekat TV area tu memang ada cookies, kerepek, kacang untuk kunyah-kunyah. Tak behenti la aku mengunyah. Sampai KakNa tegur, "tak behenti ngunyah, patutla berat naik". adeyhhh. Behenti kejap sebab rase macam melampau sangat makannya. Duk borak-borak about majlis hantar tanda Aalia malam, we decided to bagi patchi yang ada banyak dekat peti, so then tak payah beli favor lain, tak sempat pun nak beli. So, sume pakat-pakat rase la, ok ke tak, ada rase durian ke tak since letak dalam peti together with the durian. Yes, rase la sangat. 5 ketul masuk mulut yang macam-macam saiz tu. Masuk bilik Aalia, timbang. Yes, 44.8kg. Naik lagi 100 grams.

TLU memang addicted, those who havent watch it yet, please do. Semua duk mengadap until midnight kot. Around 1.30am macam tu, Aalia ajak teman dia carik burger since dia tak dinner with us sebab dah heavy minum petang. We went to 24 hours KFC, Mok Milah nak cheezy wedges, sebab sedar diri, so i tak order ape-ape la. Sampai rumah around 2.30am, semua dah tidur. So, korang rase large cheezy wedges tu ke mana sudahnya? Mestilah, ke perut ku jua. Minum air then tido. Arghhhhhh!!!

Tak boleh jadi ni, memang dah nekad nak buat jadual for my exercise time during weekend. Kalau hari kerja boleh bangun awal pagi, takkan sabtu ahad tak boleh kan. Its for your body and health jugak. Tidur memang best, tapi tengahari tidurlah. Weekand ni balik kampung, so probably petang baru buat activities. Kalau ada rezeki lebih, ingat nak enroll to any gym inshaAllah.

Now i know perasaan orang yang nak diet semua, its not diorang rase tak cantik ke ape, tapi keselesaan badan sendiri. Only you yang tau body you, rase sihat ke tak. Alhamdulillah, aku ni tak gemuk cuma berat naik. Sebab dia gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat. Bukan boleh cause berat je, tapi juga masalah kesihatan yang lain-lain. Itu yang aku risau sebenarnya.

Marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat!

#typeentrysambilkunyahcadbury






P/S: Kita bagi can sampi 45KG, then maintain. *lappeluhdidahi*


Thursday, July 30, 2015

International Friendship Day #Chingu Selfie

Salam & Hye,

Mesti tau kan sape chingu dihatiku?

Well, sempena International Day of Friendship on 30th July every year ni, chingu telah berjaya menyelfiekan diri di pagi hari.

Even tak cukup semua sebab komitmen kebusyan kemelandaan, maka tak cukupla semua. But its ok, chingu sentiasa di hati.


Ni fresh pagi 30 Julai, 2015
Suka sangat kita benda-benda random camni..hehe

Ktorang memang tak la tetiba nak selfie macam ni sebelum ni, aku pun kebaruan je jadi ahli chingu ni seperti Ajet jua. Hehe, sebab diorang awesome and very the pleasant jadinya senang nak jatuh cinta. Day by day we share more and more memories together, being together ups and down. Sebenarnya all the unexpected things that happened tu yang get us closer. Trips that we went together. With them, i know that i am not alone. Diorang ni saaangat baik. *insertheartandsmiley*


Ini cukup corum sket la..tapi takde siqin.Takde Ajet gak.


Dua entiti yang sudah dikenalpasti tidak membahayakan ni adalah yang paling kerap melepak bersama among the chingus. *Love*

Thanks chingu for allowing me be part of your life journey. :) sayang lillahi taala.

Oh, dah alang-alang FRIENDSHIP Day. marilah kenali sahabat-sahabat lain yang dekat di hati.

Hey korang, #whenisthenextlepak yea?

Nak cukupkan semua tujuh orang memang harapan la nak cukup. Mesti ada yang tertinggal satu. Pastu bila cukup je, tak amik gambar pulak. Memang tak ade la semua. This bunch of group is reminds me of #GengBukit if you guys rajin scroll dalam arkib warung ni, InshaAllah jumpa la. Bezanya, geng yang tu i am the youngest one, sekarang pun semua dah kawen and ada anak,so sangat jarang la jumpa. This group almost same age semua.


Ni after second time jumpstreet, me and syira bawak jeans spare and terus tukar after tu. Sorry la Zaid nampak kepala je.Lol.

Diorang ni memang voice of reasons. Anything, just spill it out. About food, fashion, travel, gadget, economy, technology (they are all excluding me! (-_-)"), politics, education, love, life, artist's gossip semua. Maybe sebab two gender, so opinions and interest would be different. The way us and they think also different. Thats make us colourful, not rainbow ya! lol

Anytime je has something in mind, hamburkan je. Sampai tahap randomnya soalan, saiz kasut, saiz baju power spek mata pun jadi topik,  haha. Maybe because we have two clock systems, kat sini 3/4 am and everyone is asleep but that two Mr. Gentlemen baru 9 o'clock at night. Kalau tak boleh tidur still ada yang boleh diharapkan, provided they are not busy with assignment and those la.hehe


Ni jelas sket ada Zaid and Topek too. Yang the rest tu pun kawan-kawan juga. Mase ni kawen Hasbi and Ana.

And this group on the spot punya style, jommmmm aje semua.Even cant make it, we will still make it! gittew.

Last but not least, #AMT!

Tak akan ada tukar ganti my sisters tiga orang ni. Tak tau la nak describe how, dengan diorang dont have to explain much, we understand easily. 10 years of friendship and still counting. Dengan family diorang pun baik. Now sume dah kawen and have two adorable kids, Eza is expecting too. 

Kita mungkin bukan sahabat senang sama-sama tapi kita susah sama-sama. Sorang susah, everyone akan ada.



With them, i will be saaaangat manja and gedikkk. Cakap je nak makan apa, diorang turutkan. Nak apa je, diorang adakan. Nak gi mana, diorang bawakan.

Rindu Mary, Bedah and Kiah banyak daunnnnnn !!!! *nangisrindu*


 Tak dilupa geng sekolah yang masih close sampai sekarang tapi couldnt find any pic in this PC. Tipa', Lily, and Shasha since 2000 juga Nedy, Rehe, Aisyah, Punet, Atun, Sheshe, Mama, Pura and Ili since 2003. Geng Sibling Long, Ngoh, Kakdik, "Acu rindu korang". Steamboat Crew, MM Family, La Diva, PnT'PPPC clan, Reg family, Resilia Team (sayang sangat)..Eh, tak tersebut la semua. Lagi-lagi untuk orang yang was away from home since 12 years old, memang countless la friends.

So... 


Happy International Friendship Day

you all............!!!





P/S: Mama was once said, "Have many friends could make you weak, choose wisely and appreciate those that appreciate you".

Sunday, July 12, 2015

The Confession

Salam & Hye

ye,

Have you guys tried making any confession to anyone?

Bagitau kawan that kau yang jatuhkan kasut sekolah dia yang baru kapur?
Bagitau cikgu yang kau calarkan kereta dia sebab bengang dia denda kau jalan itik keliling sekolah?
Bagitau parents yang kau sebenarnya lepak shisha dengan kawan-kawan sampai pagi dekat kedai arab bukannya study group dekat rumah member?
or
Bagitau your crush about your 'crushing' towards him/her?

Confession paling epik pernah aku dengar was during mama's reunion last year. Tu reunion high school dia and you guys can imagine how many years since they left high school. Its ages ok. They decided to did it at the schools canteen a week after raya and all families were invited including teachers yang mengajar diorang dulu.

This one pakcik as a MC on that day make a confession dekat cikgu subjek sains pertanian. aku pun tak tau subjek tu, probably back then, subjeknya lain ikut keperluan kan. 

He said, " saya nak mintak maaf dekat cikgu sebab selalu curi telur ayam cikgu, yang hilang tu semua saya yang curi ". Semua orang gelak, after almost 30 years baru bagitau. The cikgu gelak je. Sape nak marah kan after ages. hihihi. 

Tapi,

Bila cakap pasal topik ni, orang akan kaitkan dengan dengan confession to a guy or a girl.
Tak ada salahnya pun buat confession ni even i always advise my friends to do the same sebab its better you confess and got rejected dari tak confess and tak dapat ape-ape.At least bila confess, ada la chance kan.

But when it comes to you urself, memang easier said than done. Jangan main serkap je sebab sebenarnya kan effect a good relationship that already built up with your crush. Confidence tu amat penting dan lapangkan rasa bila dah buat. Ready for any consequences, positive or negative, just live with it!

Here's the TIPS on how to tell your crush you like him when you lack of confidence.

1) Make sure you really have a crush on him
Ni point paling penting sebab if the confession turns out positively, then baru kau realize yang apa kau rasa tu tak betul, dah haru biru jadinya. Melainkan to your best-tingtong-masak sangat perangai ko-buddy-crazy-damn best friend. Which i did, but later on la i put here the screenshot k. Dia boleh jawab:

    "Ok, ko bet dengan sape ni suruh terus terang sangat ni? ape ko nak cerita ni, cepat!"

Gigih plak aku nak kena buat macam-macam ayat nak suruh dia percaya yang aku serius. Then i finally told him that, thats not the thing la. Ade benda lain nak cerita. Pastu, tak henti-henti tiap-tiap hari text paksa aku cerita, aku buat tak tau je. Last-last dia tak tahan sangat, call aku tengah-tengah malam, paksa aku cerita. Stress aku! haha.

    [Weyh, ko keje sini la, ade geng aku nak ajak lepak]

2) Find out about his interest
Important! Then you know when is the right time to confess. What conversation can leads to it etc. Normally, when really had a crush on, you akan ambik tahu.

3) Buch Up! 
Gamble je and just go! 

4) He doesn't read your thoughts.
Oh, tak ada telepati yer. Say it! For a girl, yes! A guy should clearly say it that he likes her. Girl dont reads your mind, dont bother your hint or gestures, they want a word! But a guy, without you notices, they observe you. (-_-)". Macam dialog drama MAID when the husband said," i know, the way you react, the way you talk to me.."

5) Become his friend first
Dont admit to the strangers. Yes, you can actually but tengok kegentelman cara approach la.gentle tak gentle kan. One thing for sure, dont friendzoning the friendship, make it open.

6) Dont tell him you like him on a social media.
A big no-no. Face to face is the great choice.

7) Just DO IT!
Dont think twice, tawakal and buck up!

Risiko dia, its either putuslah friendship or positively to a serious relationship or become awkward for along time.



Kat sini, meh aku share on what do you do after confessing to a guy. aku cilok from www.quora.com

Salah satu answer yang menarik sket aku rasa :-


I am guessing that you are a girl. Not that I am judging or anything, but then the answer varies by leaps and bounds.
Okay, so now assuming you are a girl, let's say you have told the guy that you so dearly love about how you feel and how he means a lot you. If he looks shocked it could be because 

1.He doesn't like you back and probably even tried telling you in the past about it via his actions, which explains why it would be bewildering to him that you proposed knowing very well how he perceived this whole thing.

2.He is shocked but in a surprised way. This usually happens when the thing we expect the least takes place and it changes EVERYTHING. 

3.Last but not the least of the possible scenarios could be that he is gay, which is then a no brainer as to why he is shocked at the very thought of such a situation actually happening.
Anyways, coming to how you could persuade him and make him see your point of view. 
1.If he doesn't like you, there is little you can do. Be there for him, get to know him better, be his 4 am buddy, and so on. You get the point! Believe me, if you stick close to him he will sooner or later fall for you. More often than not guys have this thing where they fall for not the prettiest or smartest or most intelligent of women, but for the one that cares for them no matter what. 
2.If he is only shocked in a deeply surprised way, he will come around a lot sooner than you thought. You will probably hate to hear this, but all you can do in such a case is wait! Give Time some Time :)
3.And if it is the last of the above mentioned scenarios. I have only two words for you! Move on!

So, to you guys. Go and make your confession. Sebab one thing for sure, ko akan rasa lega. Everything will get better. Ko akan rasa relax and tenang and yakin, perancangan Allah adalah yang terbaik dan hanya berserah segalanya pada-Nya. 

Some people choose to confess after actually the rasa is off already because any possible answer from other party tu kita kan boleh terima, positif of negatif. Ada orang, tak sabar-sabar nak cakap. Cuma yang penting, after that, give him or her space, dont push. Elok-elok orang tu terima baik je, terus rasa nak lari jauh. Be matured and cool.


All the best to all the confessors-to-be! :)


XoXo




P/S: tunggu hingga ke hujung tahun.
        Haila la awak, 3x panas kita tau!
       Damn!

Tuesday, July 7, 2015

Buka Puasa Part 1

Salam & Hye,

Selamat berpuasa.

Jangan sia-siakan 10 mlm terakhir ni.

As for every ramadhan pun, akan ada buka puasa ramai-ramai ktorang dekat umah Ayah Ngoh since kiranya dia yang paling dewasa la ada dekat area KL/Selangor ni. Kalau sebelum ni, aku akan sampai tengahari and tolong ape yang patut. Malam akan tidur dekat sana, esoknya tengahari akan balik rumah la. Sekarang, memang aku dah duduk dengan dia so, kita jadi tuan rumah jugak la.

After 7 years plus, the Kids (Mok Teh's kids) for the first time balik beraya dekat Malaysia as sekarang diorang stay dekat Scotland. They will spend 2 weeks puasa dengan ktorang before ke Penang kampung Pakteh and then going back to Terengganu untuk raya.

So, Weekend haritu kita buka puasa sama-sama. Both days sabtu dan ahad, penat weyh but best sebab ramai-ramai kan. Dah memang habit suka melepak sampai tengah malam tu dah jadi sebati dalam diri, dengan aku-aku sekali tak tidur malam, lepas subuh baru tidur. Kalah orang jetleg. muahahahaha.

Jumaat malam, kita ke Pasar Borong Selangor yang bukak 24 hours, senang. Murah pun murah.

Menu wajib adalah bubur lambuk terengganu yang ada ikan, pucuk paku dan segala mak nenek dalam tu. Kebetulan, aku balik Terengganu a week before tu bawak balik banyak daun-daun bubuk lambuk memang banyak chengoh buat. Even jumaat tu pun dia ada bawak pegi ofis bagi dekat kawan-kawan ofis. Sabtu petang tu pun, pergi hantar dekat rumah kawan-kawan rapat and jiran-jiran dekat terengganu yang sama jugak dah settledown dekat KL. Itu yang best ramadhan ni, mesti akan ada makan-makan dengan semua kaum kerabat. We consider untuk masak je hari sabtu tu, but for ahad kita tempah je nasi arab dekat Sri Petaling.

Ahad lagi ramai yang ada, ada Kakna jugak and kebetulan Aalia invited Esqandar, for the first time officially introduce pada family. Kalau aku jadi Es, ketaq lutut bak hang. Ramai gila dengan bising sangat, tau-tau je la ktorang ni memang gelak tak pernah control, mulut main lepas je, nak tanya ape tanya je. Masa solat magrib jemaah dekat bawah, aku and kakna yang cuak. Buatnya, tetiba siapa-siapa cuit Es suruh jadi Imam, kalut jugak tu. Memang boleh, tapi mestila cuak kan. Alhamdulillah, everything went well.

Si Amni buat lawak dia pergi menari Sakitnya Tuh Di Sini. Ya Allah dia punya joget tu tak boleh blah. Budak-budak semua sugar rush malam tu, ktorang sumbat cake, kit kat, chocolate. Tu yang macam-macam hal tu.

Kakna dengan Abg Jiman pulak buat lawak antarabangsa malam tu, Aalia and Es keluar gi beli ais time tu, so diaorang ambik kesempatan tell the whole story yang Es ni study together with my friend dekat UK. Dah tak pasal-pasal cerita kita yang tak berkait ni keluar. Pening aku dengan diorang. Ok dah tutup cerita pasal tu.

As lepak mamak tu wajib, after golongan atasan and golongan babies sudah kembali ke sarang masing-masing. Kita yang remaja dan muda-mudi ni ngeteh la. Bawak the Kids gi mamak and lets them order themselves. Roti canai and milo ais je diorang reti order. Nak maggi sup taknak sayur kene pakai translator dah la.Kekekeke. Around 12 plus kita dah balik sebab aku pun nak kena hantar Nadhi balik Kolej. Hasif pun tunggu kawan dia pick up nak balik Kolej jugak. Nasib baik ada Farah temankan hantar Nadhi, tu pun guard tu dah tanya dah kenapa lambat. Budak Kisas balik Kolej pukul 1am, rare sangat ni. Balik lepak lagi dengan Farah.Tak sedar diri nak kerja esoknya.

Nasib baik dekat ofis tak mengantuk, tapi balik malam tadi, Tidur terus lepas buka. Pukul 10 baru bangun balik. This coming weekend ada lagi another session. Kali ni family belah ktorang pulak, maybe ada bbq kali ni, sebab ramai pembakar yang sudi mengasap-apikan diri. Ahad, inshaAllah akan iftar dengan chingus. Jumaat malam, kita nak lepak Bangsar. Lepas tu bilanya projek biskut raya ni??? Cepat cakap..Tinggal angan-angan je la. Azam tiap kali weekend nak bake, dan setiap kali itu jugalah, plan last minit pergi lepak ngeteh ngopi yang jadi keutamaan.

Gambar?

Huhu, tak sempat nak transfer from diorang lagi, busy makan, gambar pun lupa, yang ada dalam phone ni macam kurang wajar diupload. Takpe lah. Sebab tak ade gambar, kita bagi resepi salad arab untuk tatapan semua yer :)


Bahan-Bahan


Sebiji bawang besar

Sebiji Tomato

Daun Sup

Garam

Perahan lemon

Black pepper

Olive Oil

Caranya

Potong dadu semua bahan-bahan


Masukkan garam

Sesudu olive oil

2-3 sudu perahan lemon

Black pepper

Kacau, cover dengan plastic wrap dan chillkan
(Better jangan berair sangat, so agak agak je la letak bahan bahan)

The taste has to be masam-masam and masin siket je.

Sedia untuk dihidang.


Sesuai makan dengan nasi arab, chicken grill or lamb grill.


Ok, bye. nanti minggu depan kita merapu lagi k.




P/S: That leads to the overnight chatting and the confession.
       Betul lah Ramadan mengajar umatnya jujur, terlampau jujur payah jugak.
       *lappeluhdekatdahitapihatirasalegadanlapang*
     

P/SS: Hey you, senget kan! *dushdush*

Tuesday, June 30, 2015

Kenangan Kanak-Kanak 80-an Ketika Remaja

Salam & Hye,

Chingu lately semua down to memory lane, as seperti kata AJET (you can visit hers too) baru je lagi menjadi ahli Chingu. Puasa-puasa ni macam-macam la topik keluar dekat group, it happens when one of us getting sleepy.

Aku tak tau la this post title related much ke tak, tapi boleh la sket-sket. Chingus berjaya figure out a few things that we did during our schooldays back then.

1) Gosok tudung pakai lilin



Which i never apply, tapi most of my friends did. Gosok atau tenyehkan lilin pada tudung sekolah dekat bahagian muka untuk effect yang keras dan terbentuk sebelum gosok pakai iron.Ada juga yang cairkan lilin pada iron kemudian gosokkan pada tudung. Nanti bila pakai, tudung akan kekal terbentuk cantik kebabom.

2) Awning tudung pakai clear cover



Yang ni almost semua dekat kelas buat, since sekolah rendah sampailah menengah. Tau kan, dulu-dulu kalau subjek kajian tempatan mesti kena buat buku scrap, so kita akan ada plastic cover, mase tu 50 sen satu kalau tak silap. Gunting plastic cover bagi ngam-ngam boleh letak bahagian dalam tudung sekolah. Memang kena angin sepoi-sepoi pun tak bergerak weyh. Bila dah masa rehat tu, benda alah tu dah berpeluh, keluarkan, lap then letak balik. Bulat je tudung semua.

3) Kain Labuh

Yang ni mungkin tak apply to all, tapi ada satu waktu tu, kain labuh memang jadi trend. Sapu semua sampah sarap daun kering semua, setel. Waktu tu, makin labuh kainnya makin power orang tu. Kira dah cukup nakal dah tu.

4) Tulis buku lagu



Kalau sekarang, tanya je pakcik Google, semua keluar. Tapi masa tu, penggunaan internet ni sangat jarang. Dengar lagu pun pakai walkman lagi and kaset. Siapa ada walkman dah dikira kaya la even harga walkman masa tu dalam RM60-RM100 ikut brand. Apa yang kitaorang buat is, dengar lagu sambil salin laju-laju. Kalau siapa yang hafal lagu tu, akan tulis dan kita ni akan copy buku lagu dia. Gigih tak gigihnya la.

5) Balut meja



Meja sekolah tak begitu cantik mungkin sebab dah bertahun tak ditukar. So caranya, balutkan dengan pembalut hadiah dan cover dengan plastic pembalut buku.Dekat atas meja tu, bolehla kalau nak letak lirik lagu kegemaran. Kalau nak mengorant pun, tinggalkan lah note kat situ.

6) Fenomena Boyband dan hindustan masih jadi kegilaan



Cubala tanya kawan-kawan sekeliling, pasti Nsync, Newboys, BSB, Spice Girl (pompuan ni, hehe) mereka kenali. Nick Carter contohnya, rambut belah tengah. Maka semua  lelaki-lelaki cuba bergaya rambut ala belah tengah jugak. Kalau di Malaysia, ini zaman Newboys, Qface, Spin, Syura dan Siti NurDiana. Tak lupa band dari seberang, Shiela On 7. Lagu Sejarah Mungkin Berulang oleh NewBoys pada ketika awal 2000-an glamornya seperti Mewangi hari ni.

Setiap hari Sabtu, orang masih lagi berkumpul depan tv untuk tengok filem Bollywood, Aishwarya Rai, SRK, Aamir Khan, Salman Khan, Juhi Chawla and the list goes on. Siapa tak tau cerita Dil To Pagal Hai, Mohabbatein dan banyak lagi. Yang kita suka is Tall, Dark and Hensem and not Jambu, Flawless and Skinny macam mamat Korea harini. Paling-paling pun Titanic, Smallvilles and all.

Ni je yang ingat setakat ni, nanti kita update lagi ok.

Belum cerita pasal denda dan hostel life lagi. Lagi awesome kot.

Disclaimer : All photos are from Google.












P/S: Pernah tertarik pada Tall, Dark & Hensem ketika zaman itu, owh macam-macam stupid things i did back then even some of it dah takleh ingat. Kelakar ada, malu pun ada. I've heard recently that you fall for someone. I am sure she's a nice girl. Go and get her, lambat-lambat nanti melepas. :)

Wednesday, June 10, 2015

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Salam & Hye,

As you guys know, baru-baru ni kan ade lepak dengan Dear Gee and Dear Pqah. After lunch dekat Berts Cafe tu, ktorang terus ke Seksyen 7 Shah Alam sebab Gee park dekat situ. Aku pulak Pqah yang fetch dekat rumah. Dah alang-alang, kita lalu lalu la dekat Laman Seni since Pqah pun tak pernah pergi situ lagi. This was the 2nd time i be there, before this pun dengan Gee jugak.

Now, sila muntah tengok gambar. Dah pilih-pilih semalam which nak tepek dekat sini. Korang layan je la ea. hihi..

Let the pictures speak!



I wonder, the one who painted this, is he/she a smoker?



My favourite spot!
Tapi tak take any photo pun here even dah lalu. Hati cakap nak tp ntah kenapa ntah, otak tak arahkan. Pastu menyesal.Ape pun tak boleh. Ni wajib singgah lagi ni, only for this one.
And aku rase, background ni sangat cool kalau nak buat Spoken words poetry..kan..?



Ni macam effect 3D sket tapi maybe yang tukang ketip gambarnya kurang soft skill, maka ini je la hasilnya..
Ok what? :)))




Perasan tak, ni adalah spot wajib those yang visit this place. Aku pun tak pasti kenapa..sebab tempat ni dah macam buruk-buruk dah tapi bila in camera awesome juga. Maybe sebab tu kot...






All murals ni hasil ketipan Pqah. Thanks Pqah!

yang lidah tu, aku tak tau motif dia but cool la gak jadinya knowing that yang kat bawah tu longkang..hahaha



Masa ktorang pergi sini, this guy tengah siapkan new mural. aku selalu rase impress dengan orang yang pandai melukis and high imagination ni, Doodle here and there, Walla! super awesome. Magic betul. 


Dah tak ade tiga-tiga bujang lapok ni but their works remain in our hearts forever.
Aku adik beradik memang sampai sekarang, everytime ada dekat tv, memang akan mengadap. Even pagi dekat RTM2,then petang dekat Astro plak. Still..tak jemu.

Al-Fatihah





Ce tengok belakang tu,lorong belakang yang being fully benefited by those talented hands.  



Cubaan Gee untuk menjadi Ohsem!


 yang ni Win! kalau bawak cactus lekat dekat brick coklat tu. Lagi power..
Serius comel Pqah..haha


Should be boleh swing la kat sini. Nampak tak tali ala tarzan tu. Motif dia boleh main-main dengan monyet kat belakang tu. Tapi aku rase macam putus je kalau alu try swing. Bags je dah 10 kg..kihkihkih


Love this!


"Di sini lahirnya sebuah CINTA" - Pqah's heart stealer POV



 Serius, memang busuk gila!Bau jamban habis. Menyesal buka, tu la kan,sape suruh buka?



Memang terserlah happynya Pqah.
Aku adala cuba nak lompat jugak, tapi terseksi la pulak gambar-gambarnya. So, kita bagi yang ala-ala nak nasyid masa tingkatan dua je la yer..ngeh ngeh



Yang ni pulak, semua dinding nak ada gambar dia.
Yang kat atas ni signature pose dia, kali ni tak ada peace atas kepala.hehe..
haish,macam-macam kan? but these memories will never die. Love u Gee!


So, ktorang pun nak la jugak. 
Bawah kiri: Ni signature pose Pqah.
Bawah kanan: Gambar passport..kihkihkih.
Love u too!


Ni pulak, macam sakai.
Cuba la jugak cari gambar yang proper but none of them ok. Apa ke gila sangat aku ni pun tak tau la.
Yang penting, gaya Nora Danish tak jadi tu kita selit gak kat sini. Aku akan practise lagi, sampai boleh gelak fake yang nampak sempurna. Ngeh ngeh ngeh


"May our friendship x retak seribu like this mirror. Sayang korg *muahh*" - Pqah

We pray for the same too, dear ;)


NADZ-GEE-PQAH

Sekian, laporan dari Laman Seni.

Ni wefie last dengan muka kehausan nak makan aiskrim pakcik depan pondok di hujung lorong. Opps, ada pondok kecik yang ala ala classic juga kat sini, tapi tak terambil pulak photo dia. Boleh budget-budget gadis desa kat situ yer.

Nak pergi laman seni ni mudah sahaja, dah ada signboard once you reach the commercial area dekat seksyen 7 tu. Kalau waze pun pun ada. Nearby butik-butik yang area papparich tu semua. Area belakang Jakel tu la.

To be honest, tempat dia macam kusam lil bit, but once you snap the photo with right angle and exposure. Hasilnya sangatlah Ohsem!

Jangan lupa Hashtag #arttomovement.


Bye,
XOXO





P/S: I have no regret for being single even until now despite most of my friends are already a mother. Allah knows best. Kalau tak, takkan ada memori orang bujang begini. :)