Nuffnang Ads

Thursday, April 17, 2014

RESEPI : Cheesekut

Salam & Hye..

Aku penggemar cheese..bagila ketika perut penuh pun, aku selamba je telan..haha..tapi..kalo JCO donut cheese meleleh tu tak sedap..langsung!! rasa mcm makan minyak..and mmg aku tak kan makan lagi dah donut cheese JCO...waaaaaaaaaaa, membanyangkannya pun dh rasa euuuuwww..ha, amik ko..sengau dah jadinya..aku tak tau la korang, tapi tekak aku mmg tak leh nak telan..

aritu aku bercuti seminggu kt rumah..so, bawak budak2, Dikni dgn Nadhi pg beli groceries then, aku pun terbeli skali barang2 nk buat cheesekut ni..



BAHAN-BAHAN:


250 gram Cream Cheese 

1/2 tin creamer pekat manis

susu segar secukupnya

Cream Creaker HUP SENG


Selalunya dalam resipi2 lain, diorang prefer deluxe creaker yang lebih lemak, tp aku lagi gemar ni, sebab nanti tekstur dia jadi lebih loose, aku suka..hihi.. nak pakai cream cheese cap ape2 pun boleh, tp yang ni, yang paling murah la and dia ngam2 250 gram, so senang..

CARA-CARA:

1)Putar cream cheese sampai jadi ala-ala putih dan secukupnya
(kalau takda mixer, boleh pakai whisker je..)

2)tambahkan 1/2 tin of susu pekat dan sebatikan sehingga adunan likat dan menarik untuk disapu

3)sediakan bekas berbentuk empat segi yang sesuai

4)celupkan 1-2 saat biskut tadi ke dalam susu segar kemudian susun menjadi satu lapisan dalam bekas tadi

5)ratakan adunan chese tadi menjadi satu lapisan di atas biskut yang disusun
(jangan terlalu tebal dan jgn terlalu nipis)

6)ulangi step 4 & 5 secara berselang seli sehing mendapat ketinggian yang kita suka

7)akhiri lapisan cheesekut dengan lapisan cheese, nak tebal sket pun boleh yang akhir ni

8) sejukkan dalam peti 2-3 jam sebelum dihidangkan

TIPS:

* biarkan bahan-bahan pada suhu bilik untuk mudahkan proses, jadi tak perlu guna mixer, boleh putar dgn whisker or senduk kayu sahaja

*juga boleh taburkan nestum/ oats/ milo/ cornflakes hancur di setiap lapisan

* untuk hiasan : boleh taburkan chocolate chips atau susun M&M yang kalerful tu jadi satu ucapan e.g. SELAMAT HARI LAHIR :)


Mudah kan..? Selamat Mencuba :)
Yang ni, aku suruh Nadhi je yang buat, kakaknya hanya suruh and observe sahaja..nmpk tak ciri-ciri diktaktor kt situ..? haha..over sangat..




Yang ini pula, orange cake with lemon creme cheese topping & coffee cake with coffee cheese topping. Nampak tak dressing dekat atas cake tu..? kita letak chopped almond and lagi satu taburkan oreo hancur bagi nampak effect coffee..hihi.. boleh jugak cuba untuk Cheesekut korang nanti... :))


-Chempaka-




P/S: Happy Good Friday to all who celebrated it :)



No comments: