Aku seorang yang suka laut dan pantai tapi tak reti berenang..haha..aim mmg nk visit semua pulau dekat Malaysia ni tapi belom berkesempatan..In sha Allah..sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang..
So, after a few adjustment pada warung ni, aku nak share beberapa Pulau di Malaysia yang affordable dan wajib pergi oleh pencinta laut sekalian..disebabkan aku sendiri pun tak pegi lagi, so kita share link pengalaman orang lain sbb nant bila aku nak pegi, tak susah-susah nk cari dah..bukak je entry sendiri..
1) Pulau Pangkor
Pulau ni paling mudah nak pegi which boleh naik jeti dekat lumut je..budget pun murah tp aku prefer pagi pulau lain dulu then baru aku akan ke sini..or mgkin akan singgh sekejap untuk beli ikan masin..haha..nk bercuti tu blom lagi..
Boleh rujuk link ni untuk reference -------; PULAU PANGKOR
2) Pulau Tioman
Walaupun blom pegi tapi aku dapat rasakan Tioman ni cantik..So, in sha Allah yg ni aku nk g ng adik2 aku..nk bawak diorng snorkelling..bawak diorng merasa duk hotel budget..tahun depan in sha Allah, sbb thun ni diorng ada big exam..pg weekdays pun ok diorng ni..kaki ponteng..haha..dengar crita, ikan2 kt sini cantik2..
Tioman |
3) Pulau Redang
Pulau ni terletak di Terengganu..aku ada sedara kt sana, ingt dulu kecik2 kalau dia ada urusan dekat bandar, dia akan stay umah ktorng 1,2 mlm..then ptg ktorng hanta dia ke jeti..nak ke Redang boleh melalui jeti Merang or Jeti shahbandar which sebelah pasar payang, Kuala Terengganu..Mama abah dah berkali-kali ke .
Redang |
4) Pulau Kapas
Juga di terengganu. Kalau mencandat sotong tu, bot tu akan stay berhampiran Pulau Kapas, boleh nampak la dari atas bot tu.. Pulau ni aku rasa, cousins yang besar2 and aunties uncles yang muda2 family aku suma dah pegi kot..diorng pernah buat trip dulu..i will be there too one day guys!
Kapas |
5) Pulau Perhentian
I have been there in 2009 i think..tapi tak de review dekat blog ni..sebab malas..tp kalo korang nak, masih boleh direviewkan.. haha..gambar2 dan pengalaman masih kuat dekat kepala ni.. Ke sana dengan teman-teman Inspire.. we had fun :)))) Coral dia sangat cantik and disebabkan itu lah, aku jatuh cinta dengan dasar laut...Cuba cari gambar, tp xde dalam PC ni, i will update later k..
Boleh dapat dlm RM500 je utk ke sini..
Papepun, boleh jugak rujuk di sini ---------->>> PULAU PERHENTIAN
6) Pulau Langkawi
Been here a few times, tp masa cenonet dulu2 la..plus Nadya adik aku pernah flirt2 dgn sorang mamat ni masa dalam feri nak ke sana, which budak kecik jgk masa tu..and its happened that, mak budak tu ada restoran kt Langkawi, terus la ktorng ke sana dan makan free, minum ABC sedap..dekat Padang Mat Sirat tak silap aku..haha..boleh la dik..
Skang Langkawi dh baaanyak improvement dari dulu..banyak sejarah..utk itu mmg best la, tp kalo nk tenang2, better ke pulau lain..syurga shopping juga di sini, bebas cukai kan..dannnnnnnn..sekarang ada cabel car suma..which should try if korang ke sana..
Langkawi |
Ni masih lagi aku sharekan tips utk semua ------------>>> PULAU LANGKAWI
7) Pulau Mamutik, Manukan, Sapi (3 Serangkai)
Pulau-pulau ni di sabah..kalo ke Kota Kinabalu, sangatlah dialu-alukan untuk merasa pengalaman snorkelling di pulau-pulau ni..dia ada package untuk tour pulau sahaja meaning that, korang xyah stay di pulau tersebut tapi just spend one day untuk pengalaman berpulau..pastu boleh sambung jalan-jalan lagi di sabah.. Pulau-pulau ni dekat-dekat je..kalo cuaca kurang elok, mungkin xdpt nak pegi tiga3 la..
Yang ni boleh la try google2 ye or SEA WALKING di sini --------->>> MAMUKANSAPI
8) Pulau Sipadan - Mabul - Kapalai
saaaangatlah aku nak pegi..which boleh naik air asia sampai Tawau then, ke jeti untuk ke mana-mana pulau. Boleh pilih nak pegi satu-satu tapi boleh juga pilih untuk pegi tiga-tiga :))
Mabul sangat cantik! sebelum ni, Censerve, UIA ada buat Outreach to Mabul Island which aku sangatlah terpanggil2 and termimpi2 nak pegi..Ada kampung di Mabul, perkampungan nelayan. Kalau aku berkesempatan ke sana, nakkkk sangat melawat anak-anak di sana..
Mabul |
Pulau di Sabah |
Sipadan |
-------->>> SIBULAI
Menarik dan indah kan pulau-pulau di Malaysia ? Banyak lagi pulau-pulau lain yang boleh diterokai macam Pom Pom, Rawa, Tenggol, Lang Tengah, Layang-Layang...tak terlist la..
Nikmati keindahan bumi Allah.. cantiknya tak terkata..
Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
Akan nanti aku jelajahiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
Sape2 nak ajak aku ke sana..JOM! terbuka kepada lelaki dan perempuan..cepat2..
Selamat bercuti..selamat bervacay.. enjoy ur gataway peeps!
**[Sumber Gambar From Google]
-Chempaka-
P/S: Nak cari geng g jalan-jalan bukan senang, sebab goal dan aim kita tak sama..kita mungkin enjoy begini tapi dia prefer begitu..bertolakansurlah..itu saja..
No comments:
Post a Comment