Nuffnang Ads

Monday, May 26, 2014

Weekentivities

Salam & hye

Ni ntah crita bila ntah tapi cerita-cerita bulan 5 la yang pasti, or mungkin end of April. Sepatutnya dah lama share tapi sebab kekangan waktu yang tak mengizinkan..maafkan saya tuan puan.. (yeah, alasan paling bijak atau yang lembut sket menggantikan perkataan malas) hehe.


Cerita 030514



Alhamdulillah, lagi seorang #chingu selamat menjadi tunangan orang dan majlisnya inshaAllah tahun depan. Kita terjah kelantan pulok yer. Majlis bertunang ni buat kat rumah abang Siqin di Taman Bukit Subang, itu yang ktorang boleh pegi tu.

Makan sedap....lama kot tak makan makanan kenduri kelantan, tu yang bila dapat makan rasa puas gila. Raya haji tahun ni ntah berapa hari la boleh cuti agaknya. Cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je ni, plan bercuti bukan main banyak lagi. susah-susah kita behenti kerja je la..hihi..lepas tu, makan pasir.. :p

Lepas tu, kita ke OU sebab nak cari hadiah kawen Aimi. Tak lama dah, minggu depan dah. eh, hujung minggu ni..lagi beberapa hari je. Semoga urusan dipermudahkanNya, amin :)

Itu bukan topik utama yer kawan-kawan, topik utama dia aku jatuh di OU. *tutupmukadanlarilajulaju*. Ya Allah, maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..haha..tapi haruslah kontrol macho yang utama, cepat-cepat bangun buat macam tak de ape ape, terus jalan..haha..padahal, dalam hati..malu yang amat, sakit pun buat tak tau je..sampai ada pakcik tengah duduk dekat bangku tepi-tepi tu siap "Ya Allah"..nasib baik tak melatah, pakai dah vougue ni, dengan cardingan ala kebaya, chewah..tudung lilit-lilit.sekali, amik ko..gedebuk..arghhh, sampai sekarang malu lagi....wawawawa

Cerita dekat mama, dia boleh gelakkan aku..haish..tapi seriously, dh dua hari baru perasan ada lebam dua dekat lutut..memang malu buatkan sakit tak rasa apa-apa..haha


Cerita raikan Gee's Birthday


Itu baju fresh aku beli dekat JJ Wangsa Maju, terus pakai..haha..sebab baju takde, malam tu tido umah Eza..hihi.. cerita disebaliknya tak payah la cerita. Tapi, aku rasa saaaaangat bertuah, masih ada kawan-kawan susah. Dari malam sampai ke pagi sampai ke tengah hari. Terima kasih sangat-sangat. Tak tau nak balas macam mana budi baik kalian. Doa je mampu aku bagi agar kalian sentiasa dalam lindunganNYA *lapairmata*

Syahdu la pulak kan..hihi..blom tau lagi ke? aku kan kadang-kadang jiwang..hihi :) kuat nangis jugak ni, tapi tak sedrama Aisyah Rosedi la..itu tabik spring aku bagi..hihi oppss, sorry Syah, aku tau ko tak baca..hehe

Ktorang pegi lepak dekat Wahab Cendol Sri Rampai lepas pekena Mee Udang Mak Jah. Nak lepak dan bercerita je sebenarnya..Macam-macam plan..hihi, tungguuuuuu




Ini Kegigihan Pqah nak dapatkan shot terbaik mee udang mak jah. Nampak tak kegigihan yang amat di situ.. Pernah la ktorang datang dulu kat sini, tapi udang habis. Kali ni ada rezeki ktorang, alhamdulillah. Marila kita treat birthday girl yer.Dah besar-besar, takde cake and surprise party pun no probs sebab spend time with each other tu yang penting. rasa dekattt sangattttt. Rasa sayangggg sangat..*kangdahcakapakujiwang* *tangankebahumatakeatas*


Cerita hari cari baju #RaikanAimiUsen




 Ini hari, pagi-pagi sudah kita keluar. Janji di Imbi terus. Jalan-jalan thendari decide warna tema baby blue sampai ke hijau sampi ke dark blue sampai biru sahaja, asalkan biru..haha, biasalah..dah ktorang yang cari baju dulu, maka pilihan di tangan kita..hahahahahahahahaha (gelak jahat). Kita yang survey rambang mata, tu yang jadi berkali-kali tukar theme.

Lepas tu, aku konon nak bawah Gee pegi KLCC jalan kaki, akhirnya sepatutnya kita naik monorel ke titiwangsa, tiba-tiba kita ke KL Sentral, sedar-sedar dah Hang Tuah. Sengal betul, makanya melepak di KL Sentral sudah, yang baru tu..best..ada TYPO..ktorang lepak sambil minum kopi di Espresso Lab, aku kan sejak akhir-akhir ni penggemar kopi yang amat. Simptom orang tua kot..haha.

Alhamdulillah, ktorang come out with a few ideas. Harapnya semua berjalan lancar. Doa-doakan yer. Belum boleh share lagi sebab tengah peringkat paper work lagi.

Harapan aku tinggi sebenarnya dengan projek ni. InshaAllah.. aminnnnn


Cerita lapar dan cari makan


Masa ni dekat Putra Heights, bangun tido je semua orang takde. Pembantu balik kampung, bukak peti tak de apa, ada la nugget tu tapi mestila malas. So, aku pun whatsapp, kot siapa-siapa dekat area shah alam kan. Gee on, then terus la keluar makan, dah alang-alang di shah alam, marilah kita singgah Vendour Festival. Ramai manusia yang amat.. 

Ada neelofa dan kakak maneh yang jual boot tu, yang aku berkenan tak ada kat situ, aku try dan test saiz je la. masaalahnya, sampai ke hari ni, belum bukak order lagi untuk online.Stresssssss mak tau.. habisla dah tak glamer pegi wedding aimi nanti..haha. Sempat la jugak habiskan duit sket2..hihi.. Jugak dapat idea untuk projek ktorng nanti.. :)

Malam baru balik after dinner. Kenyang..hihi


Cerita hari buruh


Kita pegi PBAKL sekejap sebab janji dengan geng-geng MM pukul 3pm.
Konon tak nak beli, sekali jumpa Buku Hitam, habislah jugak 50 hengget. Buku hitam kot, cannot tahan ok.
Lepas tu, bila nak bayar tu, abang tinggi ini offer, "nk sign tak?" sambil pegang buku Hangat Tahi Ayam. OMG OMG OMG OMG.. Fikhri Harun weyh, yang tulis #BukanDariJibril tu. Terus mintak amikkan gambar, wife dia rasanya akak yang amikkan gambar ktorng tu. Dekat jari dua-dua ada inai lagi.

 Selamat Pengantin Baru :)

Owh, kekurangan pada ketinggian aku terserlah..damn..


Cerita shopping advisor untuk Zaid


Biasalah, kalau keluar mesti makan kan. Keluar tengok movie, kene ada agenda makan-makan, keluar shopping pun wajiblah ada agenda makan-makan. Ktorng try restoran ni (Lupa nama) dekat OU sebab nampak deco dia macam cantik je. ada buai-buai siap. Actually, makan dekat meja belakang tu, tapi sesi amik gambar kene poyo sket. 

Tujuannya memang nak teman zaid shopping, dia nak cari sut. complete. Syira suggest dekat OU sebab banyak outlet kan. Before this, dia dah window shopping dengan kawan dia yg kacak itu dekat KLCC, whatsapp gambar mintak advise. Rasanya better, ikut sekali. senang. Ktorng pilih, ko try. 

Jelajah la from Topman, Uniqlo dan apa-apa aje la yang jual baju lelaki. Akhirnya kita ke H&M. Ada banyak choices, ktorng pilih semua, siap bagitau lagi. Kemeja macam ni, NO! Yang gini, YES! Kesian budak tu, yang dekat jaga fitting tu pun dah pelik. Lelaki seorang pegi fitting, yang ikut nak tengok hasilnya tiga orang perempuan. Oh lupa, Aniq pun ada kali ni, dia datang dengan husband dia, ada la husband dia bagi suggestion jugak. Bagusla, sebab from lelaki punya kaca mata kan. Zaid pun yakin la sket kan..

Dari petang, membawak ke malam. Akhirnya, si Zaid tak beli. Geram pulak para advisors ni. haha. Nasib baik  dia datang esoknya, dan beli yang dia berkenan from banyak banyak suggestion ktorang tu. Aku dah bagitau dah, elakkan seluar hitam, sebab coat yang dia berkenan bukan hitam. lagipun, apa salah lari dari kebiasaan. Dekat Topman, average harga untuk satu coat tak termasuk shirt and seluar, dalam RM600-RM800. Dekat H&M, coat + seluar + shirt, dalam RM300-RM400 dah boleh dapat. Bawah RM500 la satu set.

Kalau ada yang tengah mencari jugak, pergi la banyak-banyak outlet sebab bentuk badan lain-lain. Mungkin cutting di sini tak ok dengan kita dan mungkin kedai lagi satu ok.




Eh, siapa mamat ni????
Ha, ni la kawan zaid yang ktorng gigih suruh kirim salam. Ni Zaid hantar gambar masa ktorng insist nak jugak masa diorng window shopping tu.

Sepatutnya, dia datang sekali on that day tapi sebab dia kene siapkan projek yang due date dah dekat. So, dia hutang satu lepak dengan ktorang..haha

Frust sekejap ktorng..haha

Kenapa kene mosaic??? sebab aku tak kenal pun dia siapa..ha, takkan la nak tepek gambo orang tanpa kebenaran kan..buatnya satu hari dia terjumpa dan saman??? 


Yes, inilah gambar yang Zaid share dekat group ktorang which leads to ktorang kirim salam dekat kawannya itu..haha. Diorang pegi makan dekat IKEA, antara tempat peberet kalau kita semua melepak makan. Mula-mula aku dah nampak dah gambar sekerat ni..dalam hati dah berkata-kata, owh nampak separuh pun dah boleh melting..uhhh..haha..sekejap tu, Syira tanya dulu..aku pun sokong la..ada geng..haha..Siap la budak ni, kalau keluar dengan ktorang, memang kene usik je la nanti..haha

Motip watermark dekat mulut? haha


~Bye~





P/S: Pesan Fikhri Harun "Ingat, malas adalah musuh no 2 selepas syaitan!"

1 comment:

Unknown said...

wahhh..bestkan kuar & buat aktiviti reramai ngan kwn2.. ^-^