Nuffnang Ads

Monday, December 1, 2014

#Chinguchallenge 4 - Kenangan Masa Kecil Yang Tak dapat Dilupakan

Salam & Hye,

Banyak lagi tajuk yang pending tapi ni tajuk senang yang tak yah buat research and berfikir sangat.

Yan tanya, "apa kenangan masa kecil yang tak dapat dilupakan?" *blursekejap*
Seriously, kalau aku ni selebriti pastu been asked soalan macam ni, memang aku tak boleh jawab.

Ingat tak dulu masa sekolah rendah, mesti ada tajuk-tajuk macam ni untuk karangan. Aku memang tak akan pilih tajuk berbentuk macam ni ke cereka ke ape, sebab memang aku bukan orang yang bijak dan kreatif sangat nak reka-reka. Pada aku, kalau tajuk karangan macam ni membunuh aku. Mesti la banyak kan yang tak boleh lupa. Mostly kita akan ingat la apa yang kita buat melainkan yang common daily routine or something yang typical sangat macam brape kali pegi makan dekat kedai siam tepi simpang. Tapi yang tu pun, kita akan ingat roughly macam, "owh, pernah pegi makan kat situ dengan atuk.", "order milo kosong tapi dia bagi yang cair"..Cuma tak akan ingat la betul-betul tarikh dan harinya.

Yeah, aku masih lagi tak tau apa kenangan yang nak tulis kat sini.hahahahaha.

Should be something yang happy atau yang tinggalkan kesan mendalam pada kita la kot.

So, lets choose something happy then..

hmm.. owh, pergi camping dalam hutan and nyanyi sebelah unggun api? lame..

apa kata kita cerita pasal, buat persembahan hari guru or perbarisan hari sukan yang macam sucks sebab termakan pujuk member mintak tukar kasut. Alih-alih kasut dia putus tengah-tengah duk perbarisan yang end up aku kaki ayam..patutla mintak tukar..Aritu dia kawen i tak balik kg pun, hadiah pun tak hantar..hahaha. *tak dendam la, tak balik sebab tak boleh cuti*

"Yuni, dah dapat baby bagitau, i visit you" :)))

Eh,tu kenangan tak happy..

Ok, kita cerita pasal jatuh pagar sampai gusi pecah dan gigi senget sampai besar, hidung allignment lari. pastu bila besar takda boyfriend sebab senyum tak lawa maka lelaki tak suka, nak pakai braces takut jumpa dentist.Dah jadi tragis sangat pulak ceritanya..hahaha..next!!

lalalalalalalala *sambil fikir-fikir apa yang menarik*

Ha.tau dah nak cerita apa. Cerita pasal main getah.

Bila balik sekolah, selalu la main getah dengan kawan-kawan. Selaku orang yang tak terror sangat and kurang ketinggian, maka bila sampai telinga or kepala mesti fail! benci tau. Satu hari, terjadi la satu kejadian kawan aku ni, lelaki..Dia macam budget terror la kan. Dengan yakin dan saksamanya lompat getah tu yang parat kepala masa tu. Yes!! berjaya!! tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

" Prakkkkk", rupa-rupanya seluar dia koyak. hahahahaha. Merah muka kawan tu..hahahahah hadoi..Besar gila koyak dia. Bayangkan dia punya lompatan yang mantap tu, harusla koyak sampai paha seluarnya.

Nasiblah, Arwah cg, Fatimah pinjamkan seluar anak lelaki dia. Dia duduk kuaters. so, dekat. Memang lepas tu, even sampai sekarang pun, kalau ktorang lepak dengan kawan-kawan sekolah rendah, still lagi cakap pasal benda ni..hahahaha..

Fuhh, akhirnya ada jugak ceritanya.. eh, tapi ni ke kenangan yang tak dapat dilupakan????

hmm, like i said, tajuk ni susah lagi dari tajuk-tajuk yang lain...

Janji siap satu entry..bolehla ni..

Nah, maksud KENANGAN daripada Dewan Bahasa Pustaka::

ok..






P/S:: Kerja belambak sampai tak tahu nak buat mana satu, tulis entry ni terapi kadang-kadang, sebab tulis apa yang bukan pasal kerja. 


Tuesday, November 4, 2014

#ChinguChallenge 3 - Korea Utara

Salam & Hye,

Korea????

Aku bukanlah peminat K-Pop sangat tapi sekarang dah belajar tengok realiti show dia, Running Man dengan We Got Married. Kalau Auni, tanyalah apa sahaja memang suka dan bagaikan CNN dah aku rasa. Pengetahuan K-Pop dia sangat luas.

Aku bukan nak cerita pasal K-Pop pun tapi Korea Utara yang mana Korea Utara dan Selatan terpisah sejak perang penghujung 1950-an dulu. Melalui pembacaan di Wiki (tak berapa tepat sangat maklumatnya mungkin) dan beberapa blog lain, Korea Utara sebuah negara Komunis yang mana Kim II-Sung sebagai satu-satunya Presiden negara tersebut walaupun telah meninggal dunia pada 1994. Kemudian legasinya diwarisi oleh anak lelakinya Kim Jong-Il dan kini pemrintahan dipegang oleh Kim Jong Un.

Unik sebenarnya Korea Utara ni yang sangatlah menerapkan nilai Patriotik terlampau yang tinggi pada rakyatnya. Hanya beberapa fesyen rambut sahaja dibenarkan bagi rakyat Korea Utara dan walau hanya ingin memiliki telefon bimbit, diorang kena dapatkan kebenaran pihak kerajaan. Rakyatnya diterap untuk sayangkan pemimpin mereka sehinggakan disemua rumah ada gambar pemimpin mereka. Ketika kematian Presiden Korea Utara dahulu, rakyatnya meratap yang amat sangat. Mereka ni juga memiliki pasukan ketenteraan antara yang ke-4 terbesar di dunia. Boleh la Google sendiri yer kalau nak tau sebab i is takutttttttt..nanti silap cakap boleh berdepan hukuman bunuh.huhu

Dalam Harian Metro semalam bahagian global ada satu berita pasal Korea Utara, katanya Kim telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Pegawai Kanan Tentera yang menukar lirik lagu kebangsaan mereka.

"Terima kasih kepada Parti kita"  jadi "Terima kasih kepada parti awak"

"Benci kepada musuh, cintakan tanah air" jadi "Bencikan isteri, cintakan perempuan simpanan"

lagu tersebut telah ditukar lirik masa berkaraoke. Kim menganggap tindakan tersebut sebagai pemberontakan. So,esoknya terus dia suruh pasukan penembak untuk mengheret Pegawai tersebut keluar dari rumah dan menembak mati. Uishh, takutttttttt!.

Pendapat aku, tindakan tegas bagi yang mempersendakan lagu kebangsaan memang bagus tapi tindakan menembak mati tu, terkejut jugaklah. Tapi itulah keistimewaan Korea Utara.

Berlainan dekat Malaysia, bila Namewee mempersedakan lagu Negaraku yang kita duk nyanyi dari tadika tiap-tiap pagi, tindakannya hanyalah acah-acah sahaja. Aku tak mengikuti sangat kes tersebut, tapi Namewee sehingga sekarang masih lagi Vlogger yang terkenal. Kalau Kim yang memerintah Malaysia...hmmmm...




Korea Utara masuk World Cup




P/S: Kurang gemar dengan tindakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang letak tangan dekat dada bila lagu kebangsaan dimainkan. Bukan sepatutnya tangan ke tepi ke..????


Thursday, October 30, 2014

COSMO MEN at GUESS, One Utama

Salam & Hye,

Kita nak share gambar kita teman Syira pegi event Cosmo Men dekat OU on last 7th September. Syira menang slogan contest kalau tak silap la. So boleh bawak friends jumpa 10 Cosmo Men dekat Guess, OU. Ada ramai la consider 'Malaysia Hot Guy' la kot yang ada dekat event tu.



Should be by 12pm kita dah kat sana dah tapi sebab masing-masing ada hal itu dan ini. Zaid je yang sampai awal. Aku pulak, after drop Hasif dekat LRT Kelana Jaya, terus ke OU dengan Nadya, budak ni datang KL hantar Mok sebab cucu-cucu dia dah nak pergi UK sambung belajar(now dah pergi pun). Sampai sana orang dah beratur nak ambik goodie bag. Kita duk tepi je, dapatla belon diorang duk bagi-bagi jugak.

Then, the guys datang, aku kan tak reti sangat kalau retis-retis ni. Tengok je dari jauh, then Zaid offer nak tolong amikkan gambar.Terus laju je la ktorang tapi nak cari kekuatan pergi ke arah crowd and "nak amik gambar boleh?", hamboi kemain lama lagi aku rasa. Nampak Karl Shafek, terus hilang segan sebab suka tengok dia dalam Masterchef Selebriti. Nadya gigih nak amik gambar dengan Jibam Oh My English, katanya nak jeleskan students dia. They are friendly. Dengan Karl Shafek yang kelakar, dah la pinjam phone Zaid nak selfie dah phone sendiri cap ayam akan, tak reti nak guna frontcamera pastu tak reti selfie plak tu. Aduyai.. Sudahnya, Karl Shafek yang tolong pegang phone sebab tak malu mintak dia pegang..haha.Dia memang terror gila selfie, sempatla 2,3 keping. (-_-)".





Bila Syira sampai dia terus pergi jumpa PIC event tu, because she won untuk lunch/tea with all the Cosmo Men. Mungkin la rezeki kitaorang, ada tempat kosong tiga, terusla the lady tu ajak kitaorang skali. Ape lagi, terus on.After makan tu, ada la pesanan khidmat masyarakat from Cosmo Men about Stop Violence Against Woman. Yang tak tahan tu, siapa dah nama yang jadi Doktor dalam MISIKU KUZA tu, ha dialah, kemain panjang pesanan, dah macam ucapan dah.Aku suspect dia ni tak bagi mic ni kat dia, lagi tak behenti agaknya.


After that, Editor Cosmo datang kat ktorang borak-borak semua and tanya suka siapa. Terus laju jawab Sher, Chef 5 Rencah 5 Rasa tu. Dia panggil Sher, terus ktorang bergambar.Tinggi mak aih. Semua la tinggi, terasa sangat katik aku. Nasib baik pakai 2 inches shoe,kalau pakai flat tak tau la.





Habis je, aku terus blah. Sebab nak rushing flight Nadya balik terengganu pukul 5 petang, nak kene balik rumah dulu semua. Syira and Zaid stay lagi pergi Body Shop pulak untuk event yang sama.

Lambat gila kan update, haha. Actually, duk dalam draft je berkurun nak tunggu transfer gambar.

Ok. Bye.





P/S: Ada Mejar Dr. Faiz datang jugak.Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
Singgah beli buku Dari Ulu Yam ke Liverpool, such an amazing story.

Wednesday, October 29, 2014

#ChinguChallenge 2 - Resepi Mudah

Salam & Hye

Resepi??? 
pandai masak ke? Untuk tekak sendiri boleh la tapi jarang sangat aku masak sebenarnya. Jujur dan saksama jawapan. Tapi kalau mintak aku masak, inshaallah. Boleh masak kalau yang basic tu tapi jarang ke dapur. Bulan puasa rajin la jugak.Bukan ape sebab, dekat rumah sewa semua jenis macam ko nak makan, ko masak.Tak ada jadual. Since Nadya dah tak duduk dengan aku, so kalau setakat sorang tu memang tak gigih la nak masak.

Kadang-kadang masak juga. Pernah sekali tu rajin hari-hari bawak bekal. Lagi pun, hujung minggu selalunya makan dekat luar, balik kampung, balik PH dan ke mana-mana la. Alasan memang hebat kan, nak tutup kemalasan yang melanda. To be honest, antara adik-beradik aku lah yang paling tak ke dapur sekali. Mama cakap, kalau tinggalkan adik-adik dekat Hasif, lagi confident dari tinggalkan dekat aku sebab kalau dia lapar dia akan masak. Sebab aku akan ikut tekak sendiri, haha. Kalau aku ada kerja ke apa, makan bukan priority, akan setelkan semua dulu pastu baru, "eh, belum makan lagi la harini?". Kalau nak makan, kena bagitau. Then, aku akan bawak pergi makan kat luar ke, tapaukan lauk dan hanya masak nasi sahaja ke. Ape-ape aje.

Makanan berbentuk desert, western food atau kuih muih tradisional aku rajin. Lauk pauk leceh sket sebab tu aku boleh telan apa aja.

Tapi kalau memang Mama suruh masak, atau memang adik-adik mintak aku masak.Aku akan masak tapi inisiatif sendiri untuk start tu memang payah melainkan kalau jin memasak aku datang buat lawatan sekali sekala..hahaha.. *matikla kalau ada jejaka ketak-ketak baca post ni, jatuh saham* - *Takpe, diorang jaga makan, jaga perut takut boroi* Ini statement sedapkan hati..haha

Motif cerita panjang-panjang??? sebab malu dengan resepi, secoet sangat. Boleh google my resepi je kan semua kalau nak resepi elok sket.

TAPI...

bagi menyahut seruan chingu, aku share la satu resepi mudah Malas aku.

TELUR SOS TIRAM

2 biji telur (discramble dalam non stick pan)
1 biji bawang putih diketuk
2-3 bawang merah / setengah biji bawang holland
**ikut apa ada dekat dapur la,aku prefer bawang holland
Sos tiram
*sos-sos lain yang disekeliling..hehe
Air

Cara-cara:

- Tumis bawang sampai naik bau.
-Masukkan sos tiram secukupnya (2sudu kot)
-masukkan sedikit air, kacau secukupnya
-tambah black pepper sos sikit, apa-apa aja kalau suka
-Kacau, kalau pekat tambah air, pandai-pandaila
- tambah seasoning/garam/gula secukupnya
- Angkat dan tuangkan atas scrambled egg tadi

Bolehlah makan bersama nasi panas dan ikan kering berbulus yang rangup itu. :)
Silalah omit telur dengan ayam yang dipotong kecik-kecik supaya kelihatan lebih lauk dirumah,bukan lauk dalam hutan..hahahahahaha

5 minit, siap!

Ini sangat berguna kalau dihujung minggu ketika kemalasan melanda dan hanya ada telur dalam peti. Juga sangat afdhal dimakan bila lapar dah tahap harimau dan sahabat yang diajak keluar makan off data..hihihihihihi ;p *larikkkkkk*





P/S: Rindu nak berbaking, nanti kita buat chocolate chips cookies ok.

Tuesday, October 28, 2014

#chinguchallenge1 - SKIN CARE Routine

Salam & Hye

*mata kelip kelip*

focus pada hashtag semua orang,yeah! kemain kan hashtagnya. This topic was suggested by chingu Pqah so sebagai chingu yang bagus di kalangan chingus semua, marilah kita menggigihkan diri update juga walaupun ntah ape-ape.

Takpe, pelan-pelan. So, jemputlah mengetahui macam mana diriku yang serebeh-serabai-selekeh ini menjaga kebersihan dan kesihatan muka which tempat yang paling penting bagi semua orang kan.

SKIN CARE

Facial Foam/Pencuci Muka ni aku mula belajar pakai masa form 1 form 2 macam tu sebab duduk asrama kan, so bila semua orang beratur cuci muka dekat singki sementara tunggu turn mandi, diri ini terasa kecil di situ akibat hanya mampu menunggu tanpa berbuat apa-apa. Yang mampu hanyala, gosok gigi berulang kali sampai berangin gusi..haha..

Belajar la pakai sabun susu kambing mula-mula yang bentuk macam siput tu, kotak hijau. Time tu sangat in ok sabun susu kambing ni. Bila makin maju siket, kita pakai clean and clear lepas tu akibat terpengaruh dengan promoter dekat Pasaraya Salwa, belilah satu brang ni tak ingat apa tapi tutup warna hijau. Masa lower form, alhamdulillah tak ada jerawat pun so, pakai cuci muka sebab konon-konon orang pakai.

Akibat ketulahan telah berlaku, mengutuk seorang lelaki sekelas yang penuh jerawat di muka.Maka berebut pakat duk keluar jerawat kat muka, tak sabar-sabar. Haish la..menyesal gila kutuk si Helmi tu masa tu. Maka kita pun budget2 kool pakai la Tea Tree for Teen..cakap remaja kan. haktuihh sangat!

Selepas itu lantakla nak jadi ape pun, kadang bila abes nak tunggu beli baru agak berkurun. Sental je dengan sabun badan, kalau dettol pun dettol la, dengan harapan hilang bakteria dekat muka. Sampaila ke matrik, brand berubah-ubah dan banyak tak pakai dari pakai. Ponds pernah cuba, Nutrogena la paling last, masa mula-mula start kerja. Bila dah habes tu, tak beli beli sampai la ke awal tahun haritu. Azam baru katanya..
Alhamdulillah..




EVERSOFT - Alhamdulillah, so far ok. Ni dah botol kedua dan dah tinggal separuh pun. Sebabnya packaging dia lawa dan senang nak bawah pergi travel, dia tak akan tumpah. Yang penting bagi kelembapan semulajadi pada muka memandangkan, kulit aku ni jenis dry/combination.

NIVEA TONER - Tak ingat dah bila belinya, kononnya nak jadi gadis cantik, orang pandang dari jauh nampak jelita gitu..hahaha. Kene la belajar pakai semua ni. Tapi, sehingga ke hari ini itu je la amount yang luak pun. payah betul nak disiplin benda-benda macam ni.haish..

BEAUTYCODE Pureness Night Repair Cream - Ni range produk from Cosway untuk kulit kering jugak which antara produk yang bagus la. Baru lagi beli, dalam 3,4 minggu lepas kot. Masa tu ada warehouse sales, RM8 je. sebab tu beli. daaaaaaaaaan alhamdulillah.. dah pakai sekali.. Yer sekali..bagus kan saya..*mata kelip kelip mintak simpati* haish...

Yang lain-lain tu, sample produk from Korea. Marketing suruh try before launch untuk jual. Ni untuk kulit berminyak aku rasa, sebab gatal jugak nak try even muka tu kulit kering maka keluar lah jerawat kecik-kecik. Terus stop pakai and call marketing bagitau. Duration of test actually 2 weeks tapi baru 3 hari dah stop. Bekas dia yang aku suka. Nanti boleh cuci bersih bersih and bawak pergi travel, letak kita punya sendiri. Cita-cita tu tinggi tapi tak jugak istikomah betul betul.

Sebaiknya, pakaila   Facial foam ---> Toner ---> Pelembap secara regular :)


Now i know sebab apa tak ada boyfriend, muka tak cukup bercahaya. Amik wuduk pun bila nak solat je, kena kerapkan ni, supaya bercahaya bagaikan hiasan kebahagian yang bersinar-sinar disimbahi lampu neon memancar. ;P jawapan Artis sangat kau!


MAKEUP



MIYAMI 2 Way Foundation - akibat terpengaruh dengan chingus, maka kita berjinak-jinak pakai. Alhamdulillah dengan bangganya nak bagitau rakyat jelata semua, ini dah yang kedua. Hebatnya rasa. sebelum ni pakai bedak tabur je. Dan macam-macam brand la pernah beli tapi pakainya jarang-jarang last-last hilang tanpa dapat dikesan. Konon kalau keluar dengan girlfriends, nampak macam girly uolls kalau ada compact powder. Idok le mak ni ketinggalan sangat.

GARNIER Whitening Cream - Pakai before pakai bedak sebab bedak tak akan bercapuk bila kita berpeluh nanti. Kenapa macam tu packaging dia? Owh itu sebenarnya sample sahaja. Dapat free masa pergi event apa ntah. Banyak pulak tu dapat. Ni yang last dah.

LIPBALM/LIPSTICK - Baru beli semalam.hahaha. Terpengaruh dengan budak ofis. Sebelum ni pakai lipbalm nivea dengan mulberry ape ntah. Tapi letak dalam beg sekali dengan perfume. Boleh plak perfume tu tumpah. Hoih beralkohol lipbalm aku. terus buang. Itu kejadian raya puasa haritu. Maka togel la bibirku sehingga pagi ini. Terasa cantik berkilauan plak.

Tengok IN2IT semalam, menarik jugak makeup range dia. Harga pun murah. Kalau beli tapi jarang pakai lepas tu expired, tak rugi sangat kot. Kita cuba sket-sket ok.





P/S: Kata teman-teman kesayangan baru-baru ni "wow,bergaya gila kawan ko.ko bila nak berubah ni?" haha. Takpe, nanti aku gojes jangan jeles k.haha

Thursday, October 9, 2014

Must Visit Cafe & Coffee in KL

Salam & Hye,

Banyak aktivities actually aku nak share dengan semua tapi sebab tak tau nak mula dari mana, kita mulakan dengan kisah makan-makan dulu.

New cafes macam cendawan tumbuh lepas hujan banyaknya, even banyak pun masih lagi orang pegi walaupun untuk secawan kopi, you have to spend sometimes up to RM15. Sebabnya, wanna try new places with different ambient which best la bila nak lepak dengan kawan-kawan after work and over the weekends.

For the past few weeks, aku dah pegi Farrenheit dekat Publika dengan Syira and Nini which actually ktorang nak makan dekat cafe lain tapi dah tutup. Even before Aalia flew to UK pun, banyak jugak gi minum kopi area SS15. Dekat situ i tell you, memang bersepah kedai kopi yang memang macam, "eh, ni baru ea?", "ni kene try ni".. Since, Aalia dah dekat UK, lucky i have Syira untuk pergi coffee hunting ni..Yeay!!

Ni aku bagi list kedai kopi and cafe yang akan aku pergi satu-satu or dah try. So the, kita boleh same-same pegi dan try!!


FAHRENHEIT 600 @PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS

HOT SHOTS COFFEE & TEA, PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS

THE RED BEAN BAG, SOLARIS DUTAMAS

MUKHA CAFE, TTDI

KULKATS, TTDI

A PIE THING, UPTOWN DAMANSARA

TRYST, SS15, SUBANG

BIG CUP CAFE, SS15, SUBANG

COSANS CAFFEE, SS15, SUBANG

THAT LATTE PLACE, PERSIARAN RITCHIE

GARAGE 51, BUNDAR SUNWAY

KIDZ & CREME, SETIA ALAM

CHEMISTRY CAFE + LAB, SHAH ALAM

KOPITIAM, SEKSYEN 7, SHAH ALAM (Lupa nama, hehe)


List above ni ada yang dah banyak kali pergi, ada yang soon akan pergi and ada yang in waiting list. Because of malas nak carik gambar, so this entry is photoless, wakakaka..Yang penting isi nya kan..Dasar pemalas memang macam ni.

If you guys ada suggestion any cafe yang best, bagi lah. :) nanti kita boleh sama-sama try..

Bye.





P/S: If i can drink espresso double shots until the last sip; waiting you for another year will be no biggie at all huh.. ;)

Sunday, September 21, 2014

KUCING dan AUNI

Salam &  Hye,

Lama sangat tak update kan, dari Ramadhan membawak ke Syawal dan sampai dah habis syawal pun. InshaAllah, nanti aku akan buat satu entry letak gambar raya je. Senang, habis cerita...hehe. Nak gigih mengupdate pun, raya dah habis pun kan tapi gigih la kita meletak nanti, bukan apa pun, saja untuk kenang-kenangan raya.

Tadi bukak blog Gee, lama tak bukak. So, latest update dia ada cerita pasal kucing. Jadi aku pun dengki kan, nak cerita jugak pasal kucing. Haha.

NOTED:

1- aku BUKAN peminat kucing even tak suka pun sebab ada pengalaman kurang manis dengan makhluk berbulu dan tidak pernah dibiasakan dengan kucing pun.

2- Sekarang dan mampu pegang dan riba-riba kucing walau hanya kucing yang terpilih sahaja yakni yang ada dalam sangkat dekat PH.

3- Itu pun bukan semua daripada 11 ekor yang berkeliaran itu, yang tertentu sahaja.hehe

4- Hati tetap belum berkenan sepenuhnya pada makhluk berbulu ni, lagi prefer kura-kura, ikan dan yang sewaktu dengannya.

TAPI,

Kalau si Auni tu, tak tau la daripada mana dia warisi, tapi memang sangat suka kucing daripada kecik sampai sekarang. Pernah la dulu dia bela kucing, nama TOM or nama sebenarnya KUNTUM. Suka sangat dia dekat kucing dia tu, sebab dia tak pandai lagi nak jaga kucing masa tu, umur pun baru 4-5 tahun tak silap aku. Ktorang decide nak buang TOM. Kitorang plan nak hantar TOM dekat pasar. Auni mencarik kucing dia sampai ke demam-demam la budak kecik tu. Sedih sangat. Yang kitorang plak poyo poyo la carik kucing dia. Pastu ditakdirkan satu hari tu, kitaorang ternampak ada satu kucing mati dekat simpang nak masuk rumah. Gigih la Auni pergi tengok dengan abang dia and aku tak tau la kebetulan atau memang betul itu TOM..Memang sebijik! So, amik and tanamkan.Sedih la Auninya, tapi atleast dia tau ke mana kucing dia.

Sejak tu, dah tak bela kucing dah. Bela Ikan, kura-kura dan Arnab sekejap. Lagi pun, Abah resdung yang teruk.Haiwan berbulu ni aku kurang sket...huhu

Sampai sekarang, dekat PH ada 7 ekor kucing, aku pernah cerita dalam entry terdahulu..carikla yer..Tapi disebabkan, selalu sangat nampak and acah-acah berani dengan kucing tu..aku dah ok dengan diorang, dah boleh pegang and angkat-angkat tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Dengan syarat, kucing yang tujuh ekor tu je la. Yang lain, memang tak boleh. Kalo dekat kedai makan, aku sanggup ,makan sambil angkat kaki daripada makan tak tenang, sebab fikirkan takut tetiba kucing tu meleser ke, lompat naik ke..uishhhh seram!..

Kira ok la kan, dah ada improvement dah dalam hal ehwal kucing ni. *tepuknahusendiriduakali*

Gambar???

Tiada..sebab aku tak snap. Aku ni payah siket nak snap pakai handphone sendiri sebab kualitinya hazabedah sangat. Jadi aku selalu, pakai phone member pastu ko tolonglah whatsapp kat aku. Kalo kat rumah pun sama, curik handphone mama or abah.hihi..

Ok la. cukup untuk update kali ni.hehe..

Next updata ---- bila rajin kembali bertamu..haha



Bye *kenyitmatasket*




P/S: Bukan niat nak upload di mana-mana pun, untuk simpanan peribadi sahaja. Jangan bimbang, kalau memang kita tiada apa-apa.Tiada masaalah upload atau tidak.



Wednesday, June 25, 2014

AMT Juniors

Salam & Hye

Kalau yang selalu baca post-post kat sini mesti tau la siapa dan ape AMT tu.. Sekarang AMT dah ada juniors dan semuanya perempuan..hahahaha AMT sangat!

1) Yang ni Kak Long kawasan sebab dia paling otai, lahir dulu..biasalah..hihi

NUR HANI ARIANNA
13/11/2012


Makin nakal sekarang ni, nanti dah dapat adik nanti mama papa awak dah tak sayang..padan muka.. ;p
Takpe..your aunty ada je selalu.



Hoih, geram nak gomol pipi tu...

2) Yang ni plak seeeeeeenyuuuummmm je. Sebijik Ummi dia.

NURUL IMAN
20/6/2013

Macam biasa, dah tau dah, sure semua pink..tak pe Iman, nant Aunty belikan awak semua kaler lain. Biar Ummi awak stress..haha


Ni baru 5 bulan masa ni..


Ni baru 10 bulan..Sekarang Iman dah satu tahun... Rindu Imannnnnn!
Nanti kita jumpa k Iman sayang :)))

3) Ha, yang ni pulak special sket..sebab belum pun 40 hari jadi gambonya kita peram dulu.

NUR LAILA AMANI
8/6/2014

Aunty  awak ni belum berkesempatan jumpa lagi. InshaAllah nanti kita jumpa k.


Takpe Lela, mummy daddy dah bawak awak balik KL. Kita selalu jumpa k, sebelum ni mummy awak selalu tak sihat, so aunty pun tak nak la kacau selalu. hihi..


Hoih, dah tiga orang dah..alhamdulillah..soon to be 4 orang, bertambah happy. Nanti tiba-tiba dah boleh jalan semua, lepas tu dah pandai cakap, lepas tu dah sekolah. Cepat sangat masa berlalu.

Sebab diorang ni tak reti cakap lagi, macam2 la aku bahasakan diri, aunty la, makcik la, suka hati aku je la..kita tengok la nant Nana panggil apa, selalunya yang 1st akan jadi trendsetter pastu yang lain ikut..haha


To AMT juniors, I LOVE U sooooo muchhhh!!!






P/S: Emm..panggil Bonda la, nampak macam klasik gitu, nak lagi cool, panggil Mak. Tapi Aunty Mama pun best ni..hihi..

Sunday, June 22, 2014

PECAH RUMAH

Salam & Hye

hoih takut sangat ni nak tulis tajuk entry. Belum tulis lagi dah rasa meremang bulu roma.

mmmm..aku tak aku ada cerita ke tak rumah sewa ktorang kene pecak dalam bulan 3 haritu. Lepas tu ada la dengar yang rumah lain pun kene jugak. 2,3 hari lepas, aku dapat tau, ada lagi kes! kali ni lagi berani. Kalau sebelum ni, sebelum rumah ktorang ada satu kes lebih kurang sama sebulan sebelum tu. Lepas 2-3 minggu ada lagi satu. macam jarak jugak la. Ni dah expert sangat dah ni aku rasa..


SATU HARI EMPAT RUMAH!!!


Pihak Management dah tampal notis dekat dalam lift maklumkan pasal hal ni dan mintak kami para resident ni berhati-hati. Kak Nani, akak rumah aku tu ada la kebetulan terserempak dengan salah satu abang guard dan borak-borak la pasal hal ni kan. Cerita la rumah ktorng pun pernah kena, dah buat report tapi nak tengok CCTV tak dapat sebab pelbagai alasan yang kadang rasa tak masuk akal dari pihak Management. Rupa-rupanya, baru la kita dapat tau yang bukan semua CCTV berfungsi.Hoishhhh, bangkitkan kemarahan ni, kalau lambat bayar maintenance, bukan main hantar notis siap surat kaler merah okeyh. Kalah TNB, TNB pun pakai kertas warna pink.Ini tak de maknanya ye, kaler merah makngah kau dia bagi. Kalau tak bayar, akan potong bekalan air tanpa notis. Mau tak geram, kita bayar dia untuk jaga keselamatan, memang purposely cari rumah yang ada security, nak secure sket la kan. Takpa la mahal sket pun tapi macam ni dia buat. Kecewa la kan..

Memang la, ktorang sedapkan hati lepas kejadian tu.Bukan rezeki kan dan nasib baik waktu kerja so, takde orang dekat rumah. Kalau ktorang ada, ntah tak apa jadi, seribu satu kemungkinan boleh jadi, nauzubillah..mintak jauh sangat-sangat. Tawakal je. Tapi tawakal pun kene usaha, salah satu usaha, kita hire security, Management sediakan kawalan dan kemudahan yang bagus, setimpal dengan apa yang kita resident ni bayar.

Ok, apartment aku duduk ni ada 3 blok, A-B-C dan satu blok ada 25 tingkat. Satu blok ada 3 lift termasuk satu lift bomba. Abg Guard tu pun ada bagitau, dia sendiri dah pernah cakap dekat dekat Management pasal security yang kurang, mintak perbaik CCTV yang tak berfungsi tapi alih-alih dia yang kene marah, diugut nak buang kerja. Kata dia, dalam satu masa hanya ada 6 orang guard on duty. Korang pikir la, mana nak ronda setiap floor, mana nak usha parking, mana nak jaga main entrance. Memang bukan setakat 4 rumah satu hari, 10 rumah pun boleh la nak kene pecah.

CCTV hanya ada di dalam lift sahaja ya! dan hanya di blok A(Blok aku) sahaja CCTV Bomba berfungsi, lagi dua blok, tak berfungsi. Pagi tadi aku turun, kebetulan dapat lift biasa, memang betul, CCTV tak nyala pun, yang lagi satu tak tau la ok ke tak. TV yang ada visual untuk kita monitor tu, diletak dalam office Management, ko boleh pikir tak logik dia kat situ nak letak dalam office. Ko dah kenapa kan.. Office bukak dari 9/10 pagi sampai 4 ptg je. Kalau malam camne? Aku ingat dulu awal-awal aku pindah masuk sini, TV tu ada dalam pondok security tu, so, boleh la diorang monitor. Ni ko letak dalam ofis, pastu malam ko tutup.Ada orang kene bunuh dengan silencer dalam lift pun ko tak leh tengok.CCTV plak, tak berfungsi.hmm.Kalah rumah flat bahaya dia.Papan tanda "under CCTV surveillance" tu bukan main terpampang tapi...haremmmmm.

Yang lagi tambah tahap takut aku jadi infiniti ni, yang buat kerja tu, adalah salah seorang penghuni kat situ jugak. Dan aku syak dari blok aku sebab blok aku paling banyak kes. Jugak, kalau macam 2-3 kes satu hari, mesti kes mula-mula dari blok aku. Tapi rumah mana dan tungkaT brape, masih tak tau lagi. 'Spiderman' ni power, dia masuk ikut pintu dapur yang tempat jemur baju tu. Aku tak tau dia panjat macamana, tapi memang berani mati la. Sekali tergelincir tu, memang jatuh ke bawah la kau! Kalau tingkat 1 takpe lagi, ni tingkat 20, 25, 9..Kalau jatuh senang plak kan, kalau tak out kemungkinan besar lumpuh.Takde la kes-kes macam ni lagi kan..Bukan nak doa yang tak baik, tapi tu la...geram!!! Yang risaunya, kalau jatuh mati, kang berhantu plak tempat tu.Dah satu kerja lain plak.

eeeeeeeee..takuttttt!!! takut hantu satu hal, baca doa insha Allah lari..Buatnya, samun kita dalam lift nak balik rumah.Ya Allah, mintak jauh ya Allah.. Aku sampai aritu, niat nak drive tru eskrem MCD terbantut sebab rasa macam paranoid tak selamat nak jalan pegi dekat kereta sorang-sorang.Haish..

Pikir-pikir balik, senang je ni, kita call TV3 ke TV9 ke, aduan rakyat ke ape la.Barulah pihak Management nak berubah aku rasa. Tapi tak nak la sampai macamtu kan.Ha, sebelum aku lupa! lagi satu, no phone yang boleh dihubungi kalau berlaku apa-apa, hanya no management sahaja! and again, dalam ofis je la. Tak ada no security ok.Call ke la 999 terus, senang!

Lam-lama ni, ada jugak, diam-diam aku hanta emel aduan dekat newpaper ni..sabar lah...

Satu je aku nak mintak jasa baik korang..Doa-doakan keselamatan aku dan akak-akak rumah aku dan semua resident, harap tak berlaku perkara yang tak dingini..aminnn..TQ sangat-sangat :)






P/S: teringat kejadian 10 tahun yang lepas, uish..ngeri..5 lelaki bersenjatakan parang pecah masuk rumah

Friday, June 6, 2014

Recycle Baju

Salam & Hye

Godeh-godeh folder, nak transfer gambar ke PC, jumpa la gambar-gambar keluar dua minggu lepas kalau tak silap. Pakai baju sama la pulak, tapi jeans lain-lain dan tempat pun lain-lain.

Korang pernah recycle baju?Mesti pernah kan kan kan..Lagi-lagi baju sekolah kan.

Masa dulu-dulu aku tak reti recycle baju ni, tapi bila dah besar, tengok orang buat, banyak join program which recycle baju mesti sebab tak nak bawak banyak-banyak baju..dah reti dah. Sampai gi jalan-jalan pun nak recycle. Tak senonoh sangat..haha..tapi tips dia, pastikan tempat dan orang yang kita jumpa tu lain-lain.Kalo tak, kantoi! Kene bahan je nanti free-free kan.

Lagi satuuuuuuuuuu.. Biarlah yang recycle tu macam sweater ke, cardigan ke, ok la lagi. Jangan baju ko main bola tampar harini, buat gi main futsal esok petang pulak.Kang hapak tak pasal..Tapi, lelaki selalu buat kannnnn...hehe

Haritu, aku lepak dengan Afiq dan Fauzan, lama tak jumpa. Lepak dekat Starbuck Lingkaran Karan tu. Duk dalam aircond, malam pulak tu. So sayang la nak sumbat baju dalam bakul kotor terus. Kita hangerkan, tengok la nanti bila pulak boleh pakai.



Afiq belanja air, Fauzan belanja Cake..Aku?? belanja 18% less jadilah..hihi



Macam-macam topik la borak, diorang belanja, maklumlah, kita kan seorang perempuan yang harus dilindungi. Beg duit simpan, lelaki-lelaki kene gentleman..hihihi. Seronok lepak dengan lelaki is topik yang borak tu tak mengarut, pandangan diorang kan terkedepan sket, bab ekonomi negara la, isu semasa politik negara, sosial, semua la..Jadi kita pun, terbukak la minda sket daripada duk bincang gosip abg nara je kan.

eh, berbalik cerita tadi..hihi, melalut pulak I..ampun~~


Seluar lain-lain okeyh.hihi



Esoknya, keluar tengok Movie dekat Citta Mall with Aalia and Nadya, adik aku. Kebetulan budak tu datang KL, sebab nak setelkan keje dekat opis lama dia, bolehlah ktorng lepak-lepak. Movie pukul 10.30pm, so kita pakai baju semalam je la ye. Jimat sabun dan tenaga.Lagipun, mesen basuh dekat rumah rosak, aku gigih basuh tangan okeyh. Aritu gatal pegi hantar dobi, lepas tu, addicted. Nasib baik cepat disedarkan oleh Gegee dan Miyyan. Kalau tak, rabak poket minggu-minggu. Dasar pemalas memang camni kan..hahaha


 Bye~





P/S: Kupu-kupu malam bukan beerti jalang tak terarahkan;
       Berkurung terlindung malam bukan beerti suci tanpa cela;

Monday, May 26, 2014

Weekentivities

Salam & hye

Ni ntah crita bila ntah tapi cerita-cerita bulan 5 la yang pasti, or mungkin end of April. Sepatutnya dah lama share tapi sebab kekangan waktu yang tak mengizinkan..maafkan saya tuan puan.. (yeah, alasan paling bijak atau yang lembut sket menggantikan perkataan malas) hehe.


Cerita 030514



Alhamdulillah, lagi seorang #chingu selamat menjadi tunangan orang dan majlisnya inshaAllah tahun depan. Kita terjah kelantan pulok yer. Majlis bertunang ni buat kat rumah abang Siqin di Taman Bukit Subang, itu yang ktorang boleh pegi tu.

Makan sedap....lama kot tak makan makanan kenduri kelantan, tu yang bila dapat makan rasa puas gila. Raya haji tahun ni ntah berapa hari la boleh cuti agaknya. Cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je ni, plan bercuti bukan main banyak lagi. susah-susah kita behenti kerja je la..hihi..lepas tu, makan pasir.. :p

Lepas tu, kita ke OU sebab nak cari hadiah kawen Aimi. Tak lama dah, minggu depan dah. eh, hujung minggu ni..lagi beberapa hari je. Semoga urusan dipermudahkanNya, amin :)

Itu bukan topik utama yer kawan-kawan, topik utama dia aku jatuh di OU. *tutupmukadanlarilajulaju*. Ya Allah, maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..haha..tapi haruslah kontrol macho yang utama, cepat-cepat bangun buat macam tak de ape ape, terus jalan..haha..padahal, dalam hati..malu yang amat, sakit pun buat tak tau je..sampai ada pakcik tengah duduk dekat bangku tepi-tepi tu siap "Ya Allah"..nasib baik tak melatah, pakai dah vougue ni, dengan cardingan ala kebaya, chewah..tudung lilit-lilit.sekali, amik ko..gedebuk..arghhh, sampai sekarang malu lagi....wawawawa

Cerita dekat mama, dia boleh gelakkan aku..haish..tapi seriously, dh dua hari baru perasan ada lebam dua dekat lutut..memang malu buatkan sakit tak rasa apa-apa..haha


Cerita raikan Gee's Birthday


Itu baju fresh aku beli dekat JJ Wangsa Maju, terus pakai..haha..sebab baju takde, malam tu tido umah Eza..hihi.. cerita disebaliknya tak payah la cerita. Tapi, aku rasa saaaaangat bertuah, masih ada kawan-kawan susah. Dari malam sampai ke pagi sampai ke tengah hari. Terima kasih sangat-sangat. Tak tau nak balas macam mana budi baik kalian. Doa je mampu aku bagi agar kalian sentiasa dalam lindunganNYA *lapairmata*

Syahdu la pulak kan..hihi..blom tau lagi ke? aku kan kadang-kadang jiwang..hihi :) kuat nangis jugak ni, tapi tak sedrama Aisyah Rosedi la..itu tabik spring aku bagi..hihi oppss, sorry Syah, aku tau ko tak baca..hehe

Ktorang pegi lepak dekat Wahab Cendol Sri Rampai lepas pekena Mee Udang Mak Jah. Nak lepak dan bercerita je sebenarnya..Macam-macam plan..hihi, tungguuuuuu




Ini Kegigihan Pqah nak dapatkan shot terbaik mee udang mak jah. Nampak tak kegigihan yang amat di situ.. Pernah la ktorang datang dulu kat sini, tapi udang habis. Kali ni ada rezeki ktorang, alhamdulillah. Marila kita treat birthday girl yer.Dah besar-besar, takde cake and surprise party pun no probs sebab spend time with each other tu yang penting. rasa dekattt sangattttt. Rasa sayangggg sangat..*kangdahcakapakujiwang* *tangankebahumatakeatas*


Cerita hari cari baju #RaikanAimiUsen




 Ini hari, pagi-pagi sudah kita keluar. Janji di Imbi terus. Jalan-jalan thendari decide warna tema baby blue sampai ke hijau sampi ke dark blue sampai biru sahaja, asalkan biru..haha, biasalah..dah ktorang yang cari baju dulu, maka pilihan di tangan kita..hahahahahahahahaha (gelak jahat). Kita yang survey rambang mata, tu yang jadi berkali-kali tukar theme.

Lepas tu, aku konon nak bawah Gee pegi KLCC jalan kaki, akhirnya sepatutnya kita naik monorel ke titiwangsa, tiba-tiba kita ke KL Sentral, sedar-sedar dah Hang Tuah. Sengal betul, makanya melepak di KL Sentral sudah, yang baru tu..best..ada TYPO..ktorang lepak sambil minum kopi di Espresso Lab, aku kan sejak akhir-akhir ni penggemar kopi yang amat. Simptom orang tua kot..haha.

Alhamdulillah, ktorang come out with a few ideas. Harapnya semua berjalan lancar. Doa-doakan yer. Belum boleh share lagi sebab tengah peringkat paper work lagi.

Harapan aku tinggi sebenarnya dengan projek ni. InshaAllah.. aminnnnn


Cerita lapar dan cari makan


Masa ni dekat Putra Heights, bangun tido je semua orang takde. Pembantu balik kampung, bukak peti tak de apa, ada la nugget tu tapi mestila malas. So, aku pun whatsapp, kot siapa-siapa dekat area shah alam kan. Gee on, then terus la keluar makan, dah alang-alang di shah alam, marilah kita singgah Vendour Festival. Ramai manusia yang amat.. 

Ada neelofa dan kakak maneh yang jual boot tu, yang aku berkenan tak ada kat situ, aku try dan test saiz je la. masaalahnya, sampai ke hari ni, belum bukak order lagi untuk online.Stresssssss mak tau.. habisla dah tak glamer pegi wedding aimi nanti..haha. Sempat la jugak habiskan duit sket2..hihi.. Jugak dapat idea untuk projek ktorng nanti.. :)

Malam baru balik after dinner. Kenyang..hihi


Cerita hari buruh


Kita pegi PBAKL sekejap sebab janji dengan geng-geng MM pukul 3pm.
Konon tak nak beli, sekali jumpa Buku Hitam, habislah jugak 50 hengget. Buku hitam kot, cannot tahan ok.
Lepas tu, bila nak bayar tu, abang tinggi ini offer, "nk sign tak?" sambil pegang buku Hangat Tahi Ayam. OMG OMG OMG OMG.. Fikhri Harun weyh, yang tulis #BukanDariJibril tu. Terus mintak amikkan gambar, wife dia rasanya akak yang amikkan gambar ktorng tu. Dekat jari dua-dua ada inai lagi.

 Selamat Pengantin Baru :)

Owh, kekurangan pada ketinggian aku terserlah..damn..


Cerita shopping advisor untuk Zaid


Biasalah, kalau keluar mesti makan kan. Keluar tengok movie, kene ada agenda makan-makan, keluar shopping pun wajiblah ada agenda makan-makan. Ktorng try restoran ni (Lupa nama) dekat OU sebab nampak deco dia macam cantik je. ada buai-buai siap. Actually, makan dekat meja belakang tu, tapi sesi amik gambar kene poyo sket. 

Tujuannya memang nak teman zaid shopping, dia nak cari sut. complete. Syira suggest dekat OU sebab banyak outlet kan. Before this, dia dah window shopping dengan kawan dia yg kacak itu dekat KLCC, whatsapp gambar mintak advise. Rasanya better, ikut sekali. senang. Ktorng pilih, ko try. 

Jelajah la from Topman, Uniqlo dan apa-apa aje la yang jual baju lelaki. Akhirnya kita ke H&M. Ada banyak choices, ktorng pilih semua, siap bagitau lagi. Kemeja macam ni, NO! Yang gini, YES! Kesian budak tu, yang dekat jaga fitting tu pun dah pelik. Lelaki seorang pegi fitting, yang ikut nak tengok hasilnya tiga orang perempuan. Oh lupa, Aniq pun ada kali ni, dia datang dengan husband dia, ada la husband dia bagi suggestion jugak. Bagusla, sebab from lelaki punya kaca mata kan. Zaid pun yakin la sket kan..

Dari petang, membawak ke malam. Akhirnya, si Zaid tak beli. Geram pulak para advisors ni. haha. Nasib baik  dia datang esoknya, dan beli yang dia berkenan from banyak banyak suggestion ktorang tu. Aku dah bagitau dah, elakkan seluar hitam, sebab coat yang dia berkenan bukan hitam. lagipun, apa salah lari dari kebiasaan. Dekat Topman, average harga untuk satu coat tak termasuk shirt and seluar, dalam RM600-RM800. Dekat H&M, coat + seluar + shirt, dalam RM300-RM400 dah boleh dapat. Bawah RM500 la satu set.

Kalau ada yang tengah mencari jugak, pergi la banyak-banyak outlet sebab bentuk badan lain-lain. Mungkin cutting di sini tak ok dengan kita dan mungkin kedai lagi satu ok.




Eh, siapa mamat ni????
Ha, ni la kawan zaid yang ktorng gigih suruh kirim salam. Ni Zaid hantar gambar masa ktorng insist nak jugak masa diorng window shopping tu.

Sepatutnya, dia datang sekali on that day tapi sebab dia kene siapkan projek yang due date dah dekat. So, dia hutang satu lepak dengan ktorang..haha

Frust sekejap ktorng..haha

Kenapa kene mosaic??? sebab aku tak kenal pun dia siapa..ha, takkan la nak tepek gambo orang tanpa kebenaran kan..buatnya satu hari dia terjumpa dan saman??? 


Yes, inilah gambar yang Zaid share dekat group ktorang which leads to ktorang kirim salam dekat kawannya itu..haha. Diorang pegi makan dekat IKEA, antara tempat peberet kalau kita semua melepak makan. Mula-mula aku dah nampak dah gambar sekerat ni..dalam hati dah berkata-kata, owh nampak separuh pun dah boleh melting..uhhh..haha..sekejap tu, Syira tanya dulu..aku pun sokong la..ada geng..haha..Siap la budak ni, kalau keluar dengan ktorang, memang kene usik je la nanti..haha

Motip watermark dekat mulut? haha


~Bye~





P/S: Pesan Fikhri Harun "Ingat, malas adalah musuh no 2 selepas syaitan!"

Thursday, May 22, 2014

Segmen : Cari Followers Mei !

Salam & Hye
Jom sertai contest ni, moga moga boleh tambah kenalan alam maya :)
Klik sahaja pada banner dekat bawah atau link [CLICK HERE]


eh, lagi satu.. Tarikh tutup 31 MEI 2014


*Salam kenal dan follow aku jugak k korang :)*




Monday, May 19, 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Salam and Hye..


Suka girang hati aku bila tgok email aritu, dapat invi ni from Nuffnang.

Thanks Nuffnang for the invitation. :)

Memang aku suka la, dapat pegi melaka plak tu..then Mamee Chef Event some more. Aku ni bukan orang yang suka mee segera, nant mula la perut rasa sebu..tekak rasa mual..payah la nak terima.. tapiiiiiiiiiiiii...
Mamee Chef Tomyam MEMANG THORBAIKKKKKK!!
Sampai satu masa tu, jadi addicted.Tiap tiap hari aku duk makan. Banyak-banyak, tomyam la yang paling kena dengan tekak aku. Haritu pun, masa pergi Giant dengan Pqah pun, pandang Mamee Chef, bagai terpanggil-panggil untuk membeli. Tapi mengenangkan, makanan banyak lagi dekat rumah maka, aku tahankan nafsu ku..hahaha..

Walau bagaimanapun (kurlass kau penanda wacana..haha), aku tak dapat join event ni atas beberapa sebab:

1) Pada tarikh tu, Aimi Aimirah Kahwin dan semestinya aku berada di Terengganu masa tu.

2) I is malu la uollsss, haruslah ramai blogger blogger ternama join event, siapala saya ini..setakat syok sendiri. Followers pun adalah 18 ketul..hahaha..sadisss sangat..Update pun 4 tahun skali.

Ape-ape pun, THANKS so much pada nuffnang sebab hanta invi ni..nant event-event lain. jemputla lagi. In sha Allah akan hadirkan diri. Aku kan muka tak malu..haha.



Eh, nak pesan ni..:

Jangan Lupa Beli Mamee Chef Tomyam!






P/S: So, silalah rajin-rajinkan blogwalking dan update yer..haha..

Thursday, May 15, 2014

Happy Teachers Day & Happy Birthday

Salam & Hye


16 Mei 2014

Happy Teachers Day to MAMA & ABAH

My forever teachers. Aku saaaaaaangat respect dekat mama dan abah sebab pada diorang, being a teacher is their passion. Bukan sebab senang dapat kerja atau senang nak buat loan (sebab tu ramai prefer kerja kerajaan).

Kalau dekat rumah, sejak sejak dah besar ni even masa secondary school pun, mama selalu cerita pasal students dia. Mama mengajar sekolah rendah si kawasan kampung, jadi murid-murid dia ada macam macam cerita. Even, aku pun pernah jadi student mama. Mama kan cikgu BM, tahap kuat membebel dan garang dia memang to the max. Kawan-kawan pun takut dengan dia kalo kat sekolah tu. Pulas telingan tu perkara biasa. Yang paling tak boleh blah sangat dan akan ku kenang sampai sekarang pulas dekat perut..aduihh, kesan dia tu memang power. Bayangkan ea, cubit perut, tekan ke dalam sket, pulasss, tarik...pastu lepas..perghhhhhh, cili padi dekat perut weyh..di sebabkan cikgu tu mama sendiri, anak dia dapat extra la. package dengan telinga skali.Pastu dalam kereta nak balik rumah, sambung membebel pulak. Sampai rumah, ada lagi..fuhh, masyukkkkkkk..haha

Cuba kalau budak-budak sekarang, ketuk ketampi pun dah tak boleh. Apatah lagi rotan dan sebagainya.

Mama ni ibarat kamus dewan bergerak ktorang semua, sampai sekarang pun, apa-apa yang aku konfius, aku akan whatsapp or call mama. Mama kurang gemar kalau ktorang guna ayat tak betul,nanti dia akan betulkan..Kata dia,"nanti terbiasa yang salah, tu yang exam pun salah".. 

Kalau abah pulak, lebih cool dan relax. Sebab bertahunnnnnn mengajar sekolah menengah as math's teacher, masa mula-mula mengajar sekolah rendah dulu macam culture shock sket.haha. Yela, abah cerita, masa tu dia ajar budak darjah 3, ko bayangkan la..mesti macam-macam perangai kan. sorang nak pegi toilet, satu kelas nak ikut..sekolah menengah mana ada macam ni,paling paling pun, 1,2 orang je. Ada sekali tu, ada sorang budak lelaki tegur abah "eh, cikgu..rambut cikgu ada uban la, cikgu nak saya buang tak?"..haha..gelak guling2 ktorng. Abah bukan cikgu yang garang, jadi budak2 berani dengan dia.. mama kata, kalo nak tau, ktorng adik-beradik camne dekat sekolah..macamtu la..tak makan saman, main langgar je..

Abah- Cikgu terbaik maths. Dulu kalau nak exam, abah akan datang dekat asrama dan tanya aku, apa lagi tak paham..so dia akan ajar..aku suka cara abah ajar..dia kan pahamkan kita, konsep dulu dengan cara yang paling mudah.Abah cakap, tak perlu ikut sebijik2 cara kerja dalam buku..kalo kita paham nak mampu skip few steps, skip je..

Mungkin sebab abah orang math, orang yang fikir logik, maka lagi senang kalo nak cerita apa-apa.mudah. Mama pulak, orang sastera, complicated sket, kene tengok mood mama kalau aku nak tanya apa-apa.

Tapi, BOTH aku sayaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat2! No one can replace them! 

To MAMA ABAH:

Umrah Mei, 2014

Currently at Kenyir Houseboat


" Kalo kecik-kecik, kak selit bawah pintu handmade kad ucapan, letak bawak bantal la. Hadiah pun ntah apa2..bila dah besar ni, kak shoutout dekat blog je la ea..hihi..Thanks for all these years and many more years ahead! semoga mama abah sentiasa sihat, diberkatiNya, dipanjangkan usia. doakan anakmu ini selalu..LOVE UUUUUU!!!!" *mataberpasir*
#SelamatHariGuru#Guru:PencetusKreativitiPenjanaInovasi #Homesick


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Happy Birthday to Afiqah Tajizizi

Aku kenal Pqah from Izyan, lepas tu ntah macam mana jadi rapat. Rasanya start pegi Kedah untuk kawen Liza. Selalu-selalu jumpa dan sekarang pun, kalau tanya apa-apa dekat group chingu, dia dengan Gee je la yang reply.

Tak kesah bila kita kenal, berapa lama kita kenal tapi sekali kita kenal, kau teman selamanya Pqah. Sahabat selamanya. 

Aku pernah tanya, kalau susah-susah, korang akan cari sapa? Aku suka kalo ko cari aku, sebab aku tahu kalau ko cari aku, maksudnya aku kawan susah ko. Maksudnya, ko sayang aku. Dan inshaAllah, ko pun kawan susah aku. Yang aku tak segan nak suruh pick up, yang aku tak segan nak ajak lepak minum.. 

Pqah + Gee: InshaAllah, kita ada untuk kita dalam susah senang kita

Pqah:

"Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kelapangan dan kemudahan  untuk berbakti pada orang tua, dikurnia kesihatan yang baik, ditenangkan hati dalam setiap keadaan. Baik baik selalu. Inshaallah didatangkan lelaki yang memahami dan melindungi. amin."

Oppss..

Jangan lupa daku dalam doamu.hehe..

Izyan's Pre wed dinner

Izyan's solemnization


Ok la..

Bye..








P/S: Tak lupa selamat hari Guru buat semua guru terutama guru-guru di MRSMYTD 2001, what was happened malam ambang hari guru tu jadikan siapa kami hari ini.. :) terima kasih cikgu.. masa tu bengang dan kecewa, tapi bila sekarang..rasa kelakar dan macam..ktorang je ada pengalaman macam tu..hehe

Sunday, May 4, 2014

Power of Sorry

Salam & hye.

Aku skrang ada kelas dekat TTDI 3 kali seminggu dari pukul 8 mlm. Kelas ni under yayasan Ta'lim yang terletak di shop lot jalan rahim kajai dekat area maybank sume tu. To be specified, di tingkat dua yg berhampiran Pub Interlude & Duke and Duchess.

Nak dijadikan cerita, Rabu lepas selepas kelas, aku late dinner with Aalia & Izyan dekat cafe sebelah maybank..biasala mesti borak-borak kan..plus esoknya cuti 1 May.. dalam pukul 11 lebih ktorng ke kereta nk balik. aku parking dekat belakang and Aalia parking tepi jalan depan pubs tu..mungkin sebab ramai sangat org nk enjoy malam tu, maklumla cuti plus baru pay day kan..parking penuh, so dgn selamba badaknya ada kereta block kereta Aalia. Dengan tak turun handbreaknya.. So, nak tolak pun x boleh..then, ktorng horn  la panjang2 dengan harapan, adalah yang sedar dan terdetik kt hati dia, "owh, aku parking salah" dan cepat cepat datang alih kereta dia.Tapi..nan hado... :(

Tunggu punya tggu dekat 10 minit jugak, lepas aku dah berdiri je kt depan pub dalam jarak 5 meter je..pastu datangla sorang ni, intai2..pastu blah..mungkin bukan kereta dia..so dia masuk balik..kot la nak tanya org lain kan..xdenya..dia masuk sambung bergelak ketawa..

Dipendekkan cerita..dah dekat 20 minit ++ xde jugak yg datang, horn takyah cakap la..kot ada la rasanya kt kt apartment depan tu baby terjaga sampai mengigau..horn panjang, horn pendek, horn kejap2..suma la..sampai dah tahap xleh sabar kot lama2.. ktorng decide masuk je pub tu, tanye dekat kaunter tu..Aalia masuk satu..aku masuk satu..ha, amik ko!.. nasib baik pakai seluar ktorng malam tu..kot la pakai jubah itam..dah masuk beautiful nara dah esoknya..haha..

Aku masuk dalam, cakap baik2 la kan..mintak dia tolong buat announcement or tanyakan customer dia..aku bagi plat number suma (Sampai skang ingt lagi W** 8**5)..walaupun bengang tahap petala kesepuluh dah time tu ktorng tp nasib baik..sabar tu ada sikitttt lagi..Keluar je bar tu, Aalia dah macam "its not everyday to see a girl with tudung came out from a bar"..nasib baik dia macam pub/bar restaurant camtu je..bukan club..so, org dia pun chill-chill je..lg pun TTDI kan..kalo Changkat harus aku macam amik kete esok je la..or call polis je...

Dalam tak sampai 5 minit, datang la 2 guys, masa tu aku dah sikit lagi nak call polis dah..diorang mintak maaf sebab block kereta..then, he did mentioned, "thanks for being nice miss"..keep cakap sorry repeatedly.. Bila dia duk sorry2 tu, kita yang nak marah ni dah tak jadi nak marah..macam hilang gitu je..jadi, kitorng keluar..dia terus masuk parking tu..

Power of Sorry atau Maaf... Kalo ikutkan hati aku mula2, mmg nak marah je sebab ktorng sampai setengah jam kot..kalo depan klinik ke, boleh la kata emergency, org sakit..ini depan pub! tggu ko tgah syok2 berhibur kt dalam yg mmg dah boleh agak akan berlama-lama melepak kt dalam..haruslah, puting beliung aku kt situ kan..tapi bila dia datang, terus mintak maaf..cakap baik2 ng kita..terus sejuk hati ni..mungkin sebab ktorng pun masa tu, pegi cakap baik2 kan..bukan mengamuk depan2 pun yang ramai orang tu..so, diorng pun baik2 gak mintak maaf..

Tu la kan..bila kita buat baik..orang balas baik..hati kita tenang, dia pun senang hati..

Lepas tu, Aalia hanta aku dekat kereta sebab aku parking belakang ari tu.Nasib baik xde org block gak..kalo kali ni block lagi..ktorng call polis je terus dah..haha..Eh, elok2 nak keluar dari simpang tu, banyak pulak polis peronda duk pusing-pusing..tadi, masa tunggu setengah jam tu, tak da plak nak datang kan..haishh!


-Bye-






P/S: Selalulah berhemah bila bercakap, sebab kita bukan sahaja represent diri kita tapi juga agama dan komuniti kita. :)




Monday, April 28, 2014

Cerita AMT:Dinner with Kesayangans

Salam & Hye..

Kalo dah bace dari post2 lepas, mesti tau kan sape AMT atau nama panjangnya, Ahli Mesyuarat Tingkap..hihi..

Ini sahabat dunia akhirat nama dia, takde kecik2 ati dah..masing-masing dah faham perangai masing-masing, tak da berkira langsung..dari matrik lagi dah kenal each other even ktorng bukan sebaya dan bukan Course yang sama.. Ini la yang keluar malam2, melepak..study dekat McD..dekat dataran merdeka pun boleh buat assignment..mane2 je la..

Sekarang, masing-masing dah besar dan ada hidup masing2 tapi still cuba cari masa nak catch up each other..Anis and Zati dan ada baby, Eza soon..tak lama dah...aku yang tak sabar, nak tau lelaki ke perempuan, sbb scan tak nampak..Aku?..hehe..bagi anak2 buah besar dulu, boleh jadi flower girls..InshaAllah, the time will come..aminnn..Diorng slalu la jgk tanya, bila nak g trganu ni..? tapi sbb diorang mmg wajib pegi kalo aku kawen..bagi la ank2 besar dulu sket ye..nk jalan jauh ni..hihi :p

2 mggu lepas aku ada jumpa Eza, bawak dia g makan suma, beli barang sket2..kesian tgok dia..tak larat sngt nmpak..dh masuk 8 bulan kan..tp dia mmg morning sickness teruk pun..ni dh ok tp tak larat sngt..nasib baik bangah jaga dgn baik..:)


                                   

Then, last saturday, aku teman Eza tido umah dia sebab bangah outstation..then we decide nak jmpa Zati skali..Ibu mengandung cakap, nk makan tomyam dekat Niara, then ke sana la kami..dh Ibu mengandung cakap, mmg xleh buat apala..hihi..Aku g fetch Eza dulu dekat AU5 pastu g niara..sampai dkt pukul 12 gak la..Iman dah ngantuk2 dah..baru balik..

                                  

Macam2 la duk borak, pasal keibuan la banyak..sampai satu masa tu..aku macam lost..haha..topik yg aku dah tak tercatch up..advance sangat..so, aku amik Iman, bawak dia g jalan2..selfie2 ng Iman..baru aku dtg balik..nasib baik ada Iman, kalo tak..lagi la amiantie lost iman..haha..Sayaaaaang Iman..:)


                                   

                                    

Nak jadi crita, boleh plak pintu kete tak leh bukak..macam2 cara la buat stil, xleh..aku dh serba salah dah..dgn Iman lagi..Eza yg mcm tu..mmg la diorg cakap tak kesah, taknak tggl aku kt situ..tp..tak tau nk ckp cemane perasaan tu..rasa sgt menyusahkan dan membebankan org lain...Then, Bonnie dtg fetch aku ng Eza, anta balik AU5. Esoknya, Gee dtg amik..the rest is history..bersalah dekat Gee lagi sbb dah menyusahkan dia..aku ni xreti nk gmbrkan rasa aku cmne..sama ada aku akan diam berkhayal, org ckp apa aku tak dgr..or aku akan ckp banyak2 sbb nak kurangkan rasa bersalah..Harap Allah je dpt balas kebaikkan diorng..kawan2 susah senang aku..dunia akhirat..

Last but not least..

Nah..#trowbank sangat..

Date tu mungkin betul..tapi time tu mcm salah je..awal sngt utk ktorng ke dataran ni..rasanya dah pkul 1,2 pagi kot time ni..

                                                                     

Mama Arianna, Ummi Iman, Mummy to be, & ME! babies' amiantie :)





-Bye-





P/S: Sekali, kita jadi sahabat maka, akan selamanya akan begitu--tak mungkin ada 'bekas/ex'